Pages

Friday, November 30, 2007

butakah cinta?

Aku mungkin diserang,dikutuk,diejek dan dihina kerana menggarap topik yang keluar dari norma perbualan harian aku.Kaum-kaum jejaka macho tak pernah bincang topik macam ni secara terbuka tapi aku mengambil risiko untuk mereka-mereka yang sedang ingin bercinta tapi masih mentah dan beringus lagi,untuk mereka-mereka yang sedang bercinta hingga lupa dan leka lalu menganggap itulah cinta sejati mereka.Bodoh.Juga mereka yang tidak serik-serik bercinta walaupun berkali-kali dikecewakan.Syabas dan tahniah.

Seorang ustaz pernah berpesan,(ustaz tu,bukan calang-calang orang tau)"bila kamu sayang seseorang maka simpan sedikit perasaan benci,dan bila kamu benci seseorang maka simpan sedikit perasaan sayang".Kalau perlukan huraian sila hubungi aku.
Begitu juga pesanan senario"bercinta cinta juga tapi ingat dirimu.Jangan jadi seperti Mas Idayu "cintaku 100%".Serahkan segalanya.
Kalau ada apa-apa yang istimewa serah kat aku je.Dijamin selamat.

Seorang ahli falsafah dan bijak pandai yang aku dah lupa namanya dan aku malas nak cari balik apa nama mamat tu hanya semata-mata nak tolong golongan bercinta dan terluka ni pernah berkata "belajar lah dari pengalaman orang lain kerana kita tak cukup masa untuk mencuba semua perkara".Terang dan jelas,takkan tak boleh paham lagi kot.

Aku bagi satu contoh:(aku guna contoh perempuan sebab kaum ni le yang selalu sangat bodoh)

Shima:Aku dengar kau bercinta dengan Sukun.Betul ke Anum?
Anum:Emm.Betul le tu.Kenapa.
S:Sukun tu buaya le Anum.Baik kau cari orang lain je.
A:Kau memang dengki sebab Sukun tu hensem kan.(memang hensem pun)
S:Aku cerita dari pengalaman aku je.
A:Suka hati aku le.Aku lain,kau lain.


Maksudnya.Aku belajar semua ni dari pengalaman orang lain.Tak payah nak buang masa nak mencuba bercinta dengan semua jenis lelaki/perempuan.Apatah lagi nak cuba bercinta sesama kaum.Hentikan le.
Dah ramai mencuba.

Wednesday, November 28, 2007

apsal kasi aku pulak?

Tak pasal-pasal je aku di tujukan lagi lagu ni oleh seorang kawan yang dah gatal nak kahwin.






Aku tunggu orang masuk minang le oiii!!!!!!!!

cepat benar kau berubah.........

Seorang kawan pernah merungut pasal ni dan membebel secara panjang lebar dalam blognya satu masa dahulu dan benda macam ni masih lagi berterusan.Dulu kalau nak jumpa kawan lama bukan main lagi seronok.Nak pulak yang dah 4 5 tahun tak jumpa.Bekas kawan sekolah,sekelas,sebilik dan se se yang lain.

Mula-mula jumpa setelah sekian lama.Ayat-ayat biasa aku dengar.

stage pertama
Apa khabar kau?
Wah!!!masih hensem seperti dulu.(makin hensem le, aku betulkan)
Dok mana?
Bla bla bla
Bla bla bla

stage kedua
Dah kawin ke blom?
Anak berapa?
Kenapa blom kawin?(aku gay-jawapan ringkas)
Bal bla bla...bala betul

stage tiga
Buat apa?
Kerja kat mana?
Bagi le bisnes kad (kau nak buat bisnes dengan aku ke?)
Gaji berapa?(ada offer lagi best ke?)
Bla bla bla(boleh blah le kau)


Inilah kawan-kawan yang pernah berkongsi tawa.Kongsi bantal.Pernah berkongsi jag sebab takde gelas masa dalam dewan makan.Rasa macam baru semalam.Kata watak utama CSI Miami,Horatio Caine,perangai manusia tak kan berubah.Tapi rasanya sebahagian perangai je yang tak berubah.

Manusia berubah sebenarnya.Dari seorang budak suci bertukar mengikut acuan yang disediakan dan juga mengikut acuan sendiri.Dari seorang kawan yang sangat dikenali menjadi makhluk asing.

Inikah evolusi manusia??

Monday, November 26, 2007

teknik dan tektik meng-ayat...untuk jantan-jantan jongos

Agak menarik benda ni.Aku nak kongsikan dengan rakan-rakan.Yang tak jongos pun boleh juga baca,hafal,fahami dan praktik kan.Untuk lebih menarik lagi tips ni dari seorang perempuan.Kalau tak silap aku le.

Perempuan yang marah pada kaum lelaki yang gatal.Marah pada kaum lelaki yang menegur perempuan dengan perkataan hai sekali pun.Pejuang kaum wanita yang sejati.Wanita yang macam ni lah kita nak.Berani menegak kan keadilan untuk kaum wanita.

Bersuara(bertulisan)lantang dan tidak membenarkan hasil penulisannya dikomen.Beliau sungguh berani dan membuat kajian sebelum menulis.Statistik yang diberikan juga sangat jelas dan tepat.Bagi beliau punca kerosakan dan kemusnahan muka bumi dan apa juga jenis jenayah adalah berpunca dari kaum lelaki.Dengan kata bahasa senang lagi,kalau takde kaum lelaki aman le dunia ni.

Beliau adalah CIK MURNI ANTI-BIADAB.Masuk dan baca.Tapi jangan komen.Komen anda pasti salah kerana Cik Murni telah menulis dengan hati yang suci dan murni dan ditapis dua kali seperti minyak masak seri aji.


Kau pernah kena dera dengan bapa kau ke Cik Murni?

Friday, November 23, 2007

kenapa harus perempuan??

Iklan-iklan kita terlalu bergantung pada kaum perempuan.Iklan Nescafe ada perempuan.Iklan kereta ada perempuan.Iklan kasut gombak ada perempuan.Iklan bahan penjagaan kaum lelaki pun ada perempuan.Kalau setakat iklan syampu tu takpe le jugak.

Apa kata dizaman mellennium baru ni,ketika para perempuan,gadis dan juga wanita sibuk memperjuangkan hak persamaan antara kaum mereka dan lelaki.Nak buat apa yang kaum lelaki buat.Kita sebagai kaum lelaki juga perlu bangkit dan perjuangkan hak lelaki.

Kaum lelaki pun boleh jadi model iklan.Tak kira le iklan kereta ke,iklan majalah,iklan ubat cap kaki tiga mahupun iklan kotex atau laurier.Kalau perempuan boleh kenapa lelaki tak boleh

Contohnya macam ni.

























































































































































































Ok apa?

Sapa nak jadi model sila le hubungi aku.

Thursday, November 22, 2007

erti sebuah hadiah

Agak pelik bila terima hadiah harijadi setelah hampir dua minggu berlalu.Hingga semalam aku masih di kejar di paksa dan di rayu supaya menerima hadiah.Dan aku tiada alasan untuk menolak.Tak berdaya.Aku tak sanggup mengecewakan kalian yang bersusah payah membelikan aku hadiah.

Kadang-kadang hadiah adalah apa yang pemberi nampak dalam penerima.Dengan kata lain hadiah mewakili penerima dimata pemberi.Boleh faham kot?
Berikut adalah antara hadiah yang aku dapat.Dan apa yang aku rasa pemberi cuba sampaikan.

bekas pen/bekas syiling
Hadiah pertama yang aku terima.Dibalut kemas dan disertakan dengan sekotak Rocky dan sekeping kad bertulisan cakar ayam.Mungkin pemberi terpengaruh dengan pelajar-pelajar nya kerana pemberi adalah seorang guru.
Bekas berbentuk empat segi dihiasai ukiran buah strawberry.Mungkin pemberi mahu aku gunakan sebagai bekas abu rokok.Boleh penuh dalam masa satu hari saja.Tak praktikal.Mungkin untuk diletakkan syiling.Dia tahu aku orang yang jimat cermat.Hahaha.

buku
Fantastic Federer.Biografi mengenai Roger Federer yang tak dapat kerjasama Federer sepenuhnya.Dimata pemberi aku adalah ulat buku.Atau aku sekacak Federer?Tak mungkin.Aku jauh lebih kacak dari dia.

sapu tangan
Pelik.Aku tak pernah dapat atau ada sapu tangan sebelum ni.Tapi aku ada sehelai bandana berwajah Avril Lavigne berwarna putih kekuningan yang jarang-jarang aku gunakan.Percuma bila membeli album Avril Lavigne.Aku tak beli.Aku ambil benda yang percuma je.
Dimata pemberi kulit wajah aku sangat cantik.
5 helai sapu tangan cukup untuk seminggu hari kerja.
Macamana kalau kena kerja separuh hari pada hari Sabtu?

set adidas
3 dalam 1.
Mungkin apa yang disampaikan adalah macam ni.
Pencuci muka-jagalah kulit muka mu yang halus itu.
deodorant-sewangi ketiak mu
perfume-keharuman mu terserlah sayang.


Pada mereka-mereka yang tak sempat nak bagi hadiah tu jangan kecewa.Kumpul duit.Tahun depan beli hadiah lepas tu jumpa aku.Rayu dan pujuk aku.Semoga hati aku terbuka untuk terima hadiah dari kalian.Biasanya terbuka.

Dan kau.Ya.Kau yang berkata aku melawan tokey bila aku minta Suzuki Swift 1.6.Jangan malu-malu.Hubungi aku.Kita masih boleh berunding.
Jangan lupa tau.

Wednesday, November 21, 2007

soalan-soalan lucah disini....jawab segera

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua.Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua.Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik.

Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan
pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6",

Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya
sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu
terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia
sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya,okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri.Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya;
jawapan yang saya fikirkan semuanya sama".

Maybank top Brand in Malaysia.

(Lagi-lagi ada penulis jemputan nak memenuhi blog aku ni.Lansung tak tahu apa yang dia nak sampai kan.Tak masuk lansung dengan tema blog aku ni.Tapi sebagai sokongan moral pada mereka-meraka yang nak menulis tapi malu,terpaksa lah aku papar kat sini.Itu pun setelah dirayu-rayu oleh penulis.Kalau tak suka jangan marah aku,marah le penulis jemputan ni)

Recently, the 4As have announced the most valuable brand in Malaysia which is goes to not other than Maybank. I do agreed becoz everywhere we go, it is Maybank than the easier we can see, in term of bank itself or ATM even the credit card terminal charges, opsss not to mention Maybank card that can be charged to Petronas, Jusco,Carrefour etc…good aaa..Compare to others brands say the most popular fast food rest, Mcdonald.. or even Sime Darby or Petronas
( Sime Darby placed in 13th and Petronas in 15th)…hehehehe ( Pteronas, please try harder next year to beat Synergy Drive,ok)

Why all these branding so important to biz? Hmm I guess the value that strong brands give a biz the ability to secure income. In term of what? Hmmm brands that keep their promise attract loyal customers to buy those brands. E.g. I purchased one of the Maybank product, PA insurance when I was in Uni becoz of the price offered are affordable and hustle free even though it has no return but at least if anything happen, tak la mati katak. But after start working, I cancel the policy, becoz I can afford for more benefit return and more attractive product.

But I do still Maybank clients, as my pay also thru this bank and whenever I need to draw money for lunch, I just need to go the bank which is just at ground floor of my office building. And with Maybank2u, my life more easier, all utilities bills, credit card even transfer to other bank a/c also available (with minimal charges…hmmm and of coz suitable for lazy bum person).

Tuesday, November 13, 2007

jantan apa yang kau mahu???????????

(ini adalah hasil penulisan penulis jemputan.itu pun setelah dia merayu-rayu supaya aku memberi ruang untuk dia berkarya.takpe lah.layan je)


“Nyatakan ciri-ciri lelaki idaman kau”. Senyap. Dan sunyi. Dalam hati,saya hanya mampu menyumpah. Masing2 memandangku. Mengharapkan jawapan. Macam kanak2 tgk motor jual ais krim lalu depan rumah lagaknya..Buang tebiat ke kawan2 aku ni. Mahu berdebat perdana dengan aku ke malam ni? Saya syak mungkin mereka memikirkan 'seru' saya yang tak sampai-sampai, jadi masing2 sibuk nak memainkan peranan, kononnya mahu menjadi kawan yang berjasa, mahu kenen2kan saya dengan taulan masing2. Hampeh..

Ini bukan kali pertama soalan'lelaki idaman' diajukan kepada saya. Zaman sekolah dulu, semasa sesi makan keropok beramai-ramai di tengah malam sambil tengok vcd(semestinyer cetak rompak) saya dan kawan2 ada membincangkan isu ini. Dan selalunya saya malas nak melayan soalan seperti ini kerana menjawabnya bererti saya akan meletakkan beberapa kriteria yang mungkin tidak realistik dan akhirnya memakan diri sendiri. Misalnya, jika saya mahu lelaki seperti Brat Pitt ataupun Shah Rukh Khan, bagaimana kalau saya bertemu jodoh dengan makhluk yang hensem sket dari yang jual cendol kat pasar malam di area rumah saya (emm,hanya saya dan kejiranan jer yang tau betapa 'indahnya' ciptaan Allah itu). Adakah saya perlu menolaknya atas alasan dia tak cukup hensem? Bukankah itu namanya menolak rezeki? Dan terlalu memilih? Masalahnya, jarang sekali kita tahu apa yang kita benar2 perlukan sehinggalah orang itu muncul dan memenuhkan keperluan tersebut. Kalau seseorang itu malas mandi dan dia jodoh anda,maka dialah jodoh anda. Noktah. Saya tidak mahu mencabar takdir dengan menyatakan bahawa lelaki idaman saya harus begitu dan harus begini. Saya tidak mahu hampa.

Maka saya mengambil jalan tengah. Kesederhanaan itu pun dipuji agama. Siapa yang tidak ada lelaki idaman? Bohongla kalau saya kata tak pernah memikirkannya. Dahulu, senarai 'membeli belah' saya panjang berjela2. Mahu yang berimanlah, yangn cool lah, yang boleh menceriakan diri lah, yang pandai buat lawaklah, sekurang-kurangnya ada ijazah lah(cgpa tak kesah),yang suka seni, yang comey, dan yang buat saya tak tido malam memikirkannya( senarai saya paling panjang sewaktu tahap kritikal kejiwangan iaitu sekitar usia 20-21 tahun,tak berapa lama dahulu)..itulah saya yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Sekarang,berbekalkan usia dan pengalaman,, senarai saya cukup ringkas. Yang ada, hanya yang wajib. Hal2 lain boleh dirunding dan dikompromi. Ceh... Seperti juga membeli belah,kalau jenama x takde,jenama xx pun ade takpon jenama xxx. Try dulu ok ke tak,then baru tau...dont make early judgement.

Saya pandang kawan2..yg masih tak putus asa mendesak saya di kala malam itu...dan dgn penuh yakin saya berkata, ''lelaki idaman aku hendaklah seorang lelaki beragama islam dan heteroseksual. Zaman sekarang perempuan kena lebih berhati2 tau. Aku taulah bunyinya macam syarat2 sah nikah tapi ada betulnya juga syarat2 tu. Lepas tu, kalau dia cute,itu dikira bonus lah tapi janji sedap mata memandang''. Masing2 merenungku(cam nak telan pon ade)...tak puas ati agaknyer dengan jawapan standardku..huhuhu.

Friday, November 9, 2007

kau atau aku

Ini adalah lirik lagu.
Masa aku tengah taip tetiba berlaku peristiwa yang menaikan kemarahan aku.
DAh le aku tak save,jahanam betul.
Layan je la lirik lagu ni.

Mendalam maksudnya.

-------------------------------------

Berlindung disebalik wajah selamba
Bagai tiada apa perasaan
Di antara kita berdua

Lucunya dalam saling berpura-pura
Semua orang tahu kau dan aku
Masing-masing punya rasa yang serupa

Main tarik tali
Malu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mulakan dulu

Dilema di dalam permainan ini
Masa terasa panjang hingga membuatku tak tahan
Tertekan

Lakonan ini semakin membebankan
Terasa ingin saja aku terus terang
Tentang perasaan ku padamu

Tawa-tawaku
Memulanya dulu

Ruangan empat muka dinding keliling
Makin menghimpit kala menanti panggilan darimu
Berdering

Mengharap engkau jua sedang begini
Dalam keluh kesah menantikan
Terucap yang ku cinta padamu

Wednesday, November 7, 2007

hadiah harijadi yang sempurna










Terima kasih Rafa!!!
Terima kasih Gerrard!!!
Apa lagi yang aku boleh minta dari Liverpool?

Liverpool 8-0 Besiktas: Record-breaking Reds

Balik le Besiktas.Belajar macam mana nak sepak bola.Jangan nak jadi jaguh kampung saja.Jangan jadi macam Chelshit dan Ass-nal.Jadilah pasukan yang lebih global.Jangan pula malu kalah besar macam ni.Anda kalah dengan pasukan yang hebat.Balik belajar lagi.
Tahun depan buat rayuan masa cabutan undi.Minta jangan satu kumpulan dengan kami lagi.
Paling kurang pun anda boleh rayu supaya tak dibelasah sampai macam ni sekali.Jangan berlagak sangat kalau menang 2-1.
Dah kalah 8-0 macam ni,sapa pula yang malu.Bukan anda saja malah seluruh warga Turki tau.


Rasanya Piala Juara-juara Eropah lebih sesuai dinamakan Piala Liverpool di EPL.Ataupun Piala Anfield.Lebih sedap bunyinya,lebih tepat maksudnya.

Oh,harijadi yang indah.Sampai aku terlupa nak cakap terima kasih kat house mate aku.Namakan dia Fay-leer.Memang aku tak sangka Fay-leer merancang nak kenakan aku.Masa aku asyik menyahut seruan alam Fay-leer datang menepung tawar aku.Setahu aku kat rumah tu memang takde lansung tepung.Abis satu badan aku bertepung.Nasib baik aku tak digorengnya.
Terpaksa lah aku main futsal dengan tepung dibadan,kepala dan rambut.Best jugak.

Mana pergi Chelshiters yang kecoh-kecoh semalam.Kenapa membisu semua?Kenapa diam?Malu kah kalian semua?Tak sanggup ke nak makan ayat-ayat kalian.

Oh,semalam terlupa nak menamakan penyokong Man United dan Arsenal.Mari kita namakan mereka sebagai Manchestaik sebagai pengokong Man United dan Ass-nal sebagai penyokong Arsenal untuk memudah kan semua.

Malam ni jangan pulak memalu kan pasukan EPL.Main betul-betul.Jangan jadi macam Chelshit.Bangang.Main dengan team entah apa-apa pun seri je.Jangan segan-segan minta tips dengan Rafa,Gerrard mahupun Benayoun.Jangan jadi macam Besiktas pula ye.

Kepada Manchestaik dan Ass-nal,kamu semua ada game malam ni.
Ucapan dari aku.

Bad luck!!!!!!!!!!

Tuesday, November 6, 2007

tengok le pagi nanti........bukan janji tapi pasti menang!!!!!!!

Angin satu badan.Pagi-pagi buta dah ada orang kasi aku satu berita.Bodoh le paper ni.
Bila masa pula aku terdesak.Bila masa pula kami terdesak.
Mungkin kau orang lupa kami adalah pemenang lima kali Piala Juara-juara Eropah.
Lupa kah korang?
Takpe,biar aku ingatkan balik.

1976-1977.Sekali.
1977-1978.Dua kali.Berturut-turut.

Mungkin kau orang cakap itu benda lama.Dah basi.Bla bla bla.... .Ok,aku mengaku benda tu dah lama.Aku pun belum pandai sepak bola.Belum dilahirkan pun.
Tak lama lepas tu.

1980-1981.Menang lagi.Lama juga ke?Gerrard pun dah ada masa ni.

Tak cukup tiga kali.
1983-1984 dapat lagi.DAh jadi empat kali.
Ada ke pasukan EPL lain camni.
Oh, Manchestaik United ada menang sekali.

1967-1968.Jangan kata GAry Neville,Alex Ferguson pun belum sunat lagi masa ni.
Jaguh kampung je la.

Aku nak kutuk lebih pun tak boleh juga.Paling kurang ada juga merasa menang.Ass-nal pernah menang ke?Atau pun Chelshit.Hmmm...para penyokong Chelsea@Chelshit.Mari kita nama kan kaum-kaum ni semua sebagai Chelshiters.Tengok kat sini.

Kalau setakat baru setahun jagung,jangan le nak berlagak.Belajar berjalan dulu.
Oh ye,Chelshiters dan penyokong Ass-nal,kalau terasa nak tengok macam mana rupa Piala Eropah tu jangan segan-segan.Bertandang le ke Anfield.
KAt sana kalian semua boleh tengok.Maklum saja lah.Pemenang lima kali.

Baru je menang musim 2004-2005 lepas.Tak kan itu pun lupa juga.Penyokong Manchestaik United yang dah lupa macam mana bentuk Piala Eropah,anda juga boleh ke Anfield.Jangan malu-malu ye.

Malam ini (pagi waktu tempatan),Liverpool akan menang lagi.Mara ke peringkat seterusnya.Menjaga maruah EPL diperingkat Eropah.Kalau bukan kami siapa lagi nak di harapkan.

Sementara tu,Manchestaik,Ass-nal dan Chelshit sila le berebut jadi johan kampung.
Sape menang nanti kami bagi cium Piala Eropah.


Nak ke?




Thursday, November 1, 2007

untuk kesekian kalinya

Aku semakin jarang mengemaskini blog aku sekarang.
Macam dah kurang motivasi.Unsur-unsur malas meliputi seluruh sanubari dan jiwa.Musim-musim yang sejuk macam memang tak produktif.Hanya boleh jadi musim mengawan je.Ada sesapa cari pasangan mengawan ke?Email aku ye.

Kadang-kadang bila rajin masa pula yang tak cukup.Bila ada masa,idea pula yang tak datang.Kombinasi yang macam ni le menyebabkan blog aku tak ber entry setelah sekian lama..

Orang naik ke angkasa pun dah turun.Blog ni pun dah ada domain sendiri,tiba-tiba saja perli aku.Blog ni pula dah ada iklan toyota.Dulu kaler itam tapi sekarang dah kadi putih.Dah jadi baik kot.Atau dah nak jadi ahli syurga pula.Dasyat betul dia orang ni semua.

Bulan ni aku akan lebih rajin.Rajin menulis dan mengupdate blog aku ni.Sempena bulan kelahiran aku ni.Aku perlu lebih scorpio.Ganas dan menyengat.Janji aku pada diri sendiri.
Harap tak tinggal janji je.

Mula-mula aku perlukan bahan dan rempah.Idea-idea bernas.Jejari yang halus melancarkan taipan aku kat sini.Sel-sel otak yang bekerja dan bersambung seperti budak yang minum susu.
Mana nak dapat bahan?
Pasar malam?
Pasar raya?
Atau pasar seni?

Mungkin aku perlu tulis apa saja.
Apa saja yang terlintas.
Lebih spontan.

Tengoklah.