Pages

Friday, September 28, 2007

penjimatan yang maksima dengan cara yang berkesan macam ni

Hanphone aku jadi gila.
Tak boleh nak call.
Tak boleh receive call.
Tak boleh send text message.
Tak boleh receive text message.
Tak boleh send picture message.
Tak boleh receive picture message.
Tak boleh send email.
Tak boleh receive email.
Semua tak boleh.

Tak boleh on pun.

semalam berbuka puasa..manusia memang rakus

Aku tak tau nak tulis apa hari ni.
Tadi ada sorang kawan suruh tulis pasal berbuka semalam.
Ok le tu.Sumbangan idea anda agak bagus.Thanks Cris.

Aku memang nak tulis dah,tapi takut kurang lak pahala puasa aku ni.
Ada saja yang tak kena.Nak letak gambar pun tak boleh.Handphone aku buat pasal semalam.
Lansung tak boleh on.Tuan dia yang puasa dia pula yang letih.
Tak boleh le amik gambar.Aku tak bawa kamera pula tu.
Kalau bawa tapi suruh orang pegang baik tak payah bawa je Raul.

Berbuka kat Ani Sup Utara.Janji dalam 30 orang.Yang datang 11 je.
Sabar.Puasa ni.
Bufet.Sapa cepat dia dapat.Muka-muka rakus terpampang semalam.
Aku ambil yang paling senang.Sup ayam,kuih,air bla bla bla.
Oi kak Ani,apsal takde tamar ni.Aku bukan minta Yusof Taitoob pun.
Cukup le sekadar tamar.Bufet berbuka puasa konon.
Duduk kat meja.
Tunggu kurang sikit manusia.Lepas ni boleh ambil lagi.Banyak makanan tu.

Kesilapan yang nyata.Lepas telan kuih,sup dan cecair-cecair manis masuk keperut aku di ajak sorang kawan menghirup udara segar.
Sebatang marlboro versus sebatang kretek.
Aku perlahan kan sedut dan tarik.
Si kawan itu mencepat kan lagi.Rakus.
Cuba saingi rentak aku.
Relaks bang.
Tinggal lagi 1/5 kretek dia dah buang.Jom makan.

Masuk.Aku singgah nak ambil nasi.
Alahai.Kau dah ambil ke?
Ambil nasi.Separuh.Aku tawaf meja makanan sepanjang padang futsal,takde apa lagi yang tinggal.Semua dah keatas meja.Meja orang lain.Meja manusia-manusia rakus yang rasa dirinya berpuasa empat hari empat malam.
Aku makan je apa yang ada.
Bukan le niat datang nak makan semata-mata.
Cukup le jumpa kawan-kawan.

Lepas ni ada le 2 3 lagi majlis camni.
Kalau dah janji mesti le pergi.
Jangan main janji je.
Jangan le main InsyaAllah je.

Sapa yang tak datang semalam?

Thursday, September 27, 2007

kosong

Kosong sekosong-kosongnya.
Tak tahu nak mula dari mana.
Ok.
Aku mula dari punca kekosongan.
Perut aku kosong.
Tak sempat nak sahur.Wah,macam sibuk sangat.
Tak sedar sebenarnya.

Tenaga menghampiri kosong.
Banyak di abis kan semalam.
Tak sempat nak caj.Tak sedar.Tak berdaya.

Otak pun kosong.
Nak fikir pun tak mampu.
Aliran darah tak cukup lancar.
Jantung aku perlukan tenaga untuk mengepam darah.
Saraf-saraf otak perlukan darah.
Kalau macam ni aku boleh jad kritikal.

Aku kena tolong jantung aku.
Dapatkan tenaga dengan cara makan.
Tapi aku puasa.
Kurangkan tenaga yang digunakan.
Aku perlu menyamakan level jantung,kaki dan kepala aku.
Baru le darah boleh mengalir lancar tanpa banyak tenaga.

hmmmm.
Aku dah tau nak buat apa.

Baring.
ataupun
Terus tidur.

Wednesday, September 26, 2007

Karam Singh Walia

Menurut perangkaan Jakim(Jakim yang kata bukan aku yang kata),
pada minggu pertama bulan puasa belum ada sebarang tangkapan.
Sekarang dah nak masuk minggu ketiga.
Setan-setan dah mula terlepas sikit-sikit.
Makin ramai yang ponteng.Makan kat mana-mana je.
Dalam ladang kelapa sawit.
Bawah kolong.
Ofis.
Dan paling bangang....kat kedai makan.
Apa akal le setan-setan ni semua?
Kat ofis kan senang.
Hehehe.

Tak susah mana pun puasa.Tapi ramai yang sangkut.
Aku pernah lepak dengan seorang manusia yang pelik.
Masa tu bulan puasa.
Pukul 7 pagi dah isap rokok.
Aku naik hairan.Tengok muka memang macam melayu.
Tengok leher ada rantai emas.
Siap loket ikan lagi.
Tengok dagu ada janggut.Sah jantan.
Tengok IC sah islam.
Aku diam.Serba salah.
Tegur salah tak tegur pun salah.
Aku boleh tegur.Tapi jawapan dah boleh di agak.
Jawapan standard.

"Tiada paksaan dalam agama."
Tak pun.
"Kubur masing-masing."

Malas.
Biar dia jawab sendiri.
Bukan dia tak tau.
Dah besar pun.
Berjanggut lagi tu.

Manusia pelik ni tak makan tau.
Sepanjang hari.
Hisap rokok.Minum air.Main game.Tido.Main game.Minum air.isap rokok.
Isap rokok lagi.

Hairan.

Waktu berbuka baru le makan.
Apa makna semua ni?
Baik kau puasa je.

Hmmm...
Betul kata Karam Singh Walia.

"Banyak udang banyak garam,banyak orang banyak ragam."

Tuesday, September 25, 2007

Nurin Jazlin Jazimin






























Innalillah wa inna lillahi rojiun.

Monday, September 24, 2007

Nurin Jazlin Jazimin

Sorry.
Aku masih lagi emosi.
Dimana hiblis pembunuh itu?
Dah mampus ke belum?

Aku dah tak harap dia kena tangkap lagi dah.
Aku harap dia mati.Mampus.
Pergi kau masuk neraka jahanam.

Kalau kena tangkap pun menghabiskan duit je.
Perbicaraan lagi.
Buang masa.
Nak cukupkan bukti.
Ntah-ntah salah orang pula.

Aku ada cara lagi senang.
Kata orang kalau disumpah seranah oleh 44 orang nanti jadi kenyataan.
Ataupun 44 kali.
Aku tak tau le cukup ke 44 orang yang baca ni.

Baca kuat-kuat.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.
Pergi mati kau pembunuh Nurin.

Pergi kau masuk neraka.

Friday, September 21, 2007

Al Fatihah

Kawan-kawan,luangkan sikit masa.
Sedekah kan Al-Fatihah untuk arwah adik Nurin Jazlin Jazimin.



Semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin.

Aku tau parents dia belum mengaku.
Aku bukan nak suruh bapa dia putus harapan.Tapi sains tak menipu.
Yang menipu manusia je.
Aku bukan nak suruh polis berhenti siasat.
Teruskan.
Cari.
Tangkap.
Hukum.
Bunuh pembunuh tu.

Manusia tak guna.
Kau tak layak jadi manusia.
Binatang tak guna.
Bukan taraf kau ni.
Iblis laknat tak guna.
Pergi kau masuk neraka.

Thursday, September 20, 2007

pasar/bazar ramadhan itu sungguh bosan sekali ....tak memenuhi citarasa hati

Dah nak seminggu puasa,hari-hari berbuka juadah pasar ramadhan.
Eh, ada satu hari aku buka puasa kat rumah member lama.Lain hari semua aku bedal kat pasa ramadhan je.Ada orang panggil bazar.
Lantak le nak panggil apa.Sama saja.
Aku dah bosan.Muak.
Tak bersyukur kah aku?

Ada sorang member kata masa berbuka"tak sedap le mak cik ni masak".

Aku kata"bulan puasa,camne dia nak rasa.Itu pasal tak sedap"Halalkan je"

Bila aku pula kata.

Aku:Tak sedap le makcik ni masak

Dia:Bulan puasa,camne dia nak rasa.Itu pasal tak sedap"Halalkan je"

Aku:Kalau tak pandai masak jangan le nak berniaga.Menyusahkan orang lain je.Tambah dosa je kena kutuk.Tambah dosa aku pula mengutuk dia.
Belajar le masak dulu,tahun depan boleh niaga.Jangan le tengok orang niaga kau pun nak niaga juga.(markah penuh)

Dia:Senyap dengar skema jawapan aku.Sambil angguk-angguk.

Aku tak marah kau orang nak niaga.Sila le.Tak silap aku 90% rezeki kita adalah dari hasil perniagaan.
Ramai orang yang meniaga.Macam-macam.Jual biskut,songkok,badan,potong rambut,servis motor.Macam-macam lagi.Ada aku kisah.

Kata para ulamak.Nikmat orang yang berpuasa adalah.

1.masa buka puasa

2.bertemu Allah(setelah mati)

Aku belum nak mati lagi.Nak le juga rasa nikmat berpuasa.Masa berbuka.Tapi asal berbuka je kutuk orang niaga mana pahala semua,mana nikmat nya?
Kau orang kalau tak pandai masak,jangan niaga.Jangan sibuk-sibuk nak apply tapak niaga,lesen niaga semua-semua tu.
Menyusahkan orang je.Bahalul.

Ada tiga jenis perasaan beli kat pasar ramadhan ni.

a-sedap membeli,maki menikmati
aku selalu kena.Tukang jual cun,comel lote,ramah,mesra kadang-kadang seksi.Sedap je beli.Tapi masa buka puasa rasa macam nak maki.Kadang-kadang termaki.Punya le tak sedap.

b-tak sedap membeli,nimat merasai
Jarang sangat terkena.Tukang jual bongkak,sombong,kerek kadang-kadang busuk.Makanan sedap.

c-sedap membeli,sedap menikmati
Belum lagi jumpa setakat ni.Tukang jual mesra,cun,ayu lengkap.Makanan pun sedap memenuhi kehendak selera berbuka puasa.

Aku rasa tahun-tahun depan MBSA kena buat ujian dulu sebelum luluskan lesen.Biar yang betul-betul layak je meniaga.
Kalau lima orang je layak.Lantak le.Biar lima orang meniaga seluruh Shah Alam.
Pedulikan yang tak pandai masak.
Kau layak kerja dengan yang pandai masak je.

Eh?
Bukan masak je.
Yang meniaga air pun satu hal juga.
Rasa tawar.Ais sirap rasa sirap je.Menyirap darah aku.
Bak kata pepatah "warna lain-lain,rasa sama saja"

Ni baru tajuk makanan ruji.Kalau aku masuk bab makanan tambahan macam cucur udang,badak berendam,seri muka,otak-otak,sata,bihun sup,pulut panggang,mee goreng,murtabak(boleh tahan le murtabak dia),yong tau fu bla bla bla etc etc.

Huh.


Cerewet ke ni?

Wednesday, September 19, 2007

memang aku dah agak..ada juga iblis laknat yang terlepas

Kalau manusia tak kan sanggup buat macam ni.
Binatang pun belum tentu buat macam ni sesama dia.




Baca kat sini.Kalau pun ini kerja orang gila.
Hukum dia.Gantung dia.Bunuh dia.

Apa salah budak ni?

Ramadhan bulan puasa,bulan kebebasan dan kemerdekaan

Ustaz aku pernah kata,bila bulan puasa iblis-iblis semua kena ikat.
Itu pasal aku suka sangat dengan bulan puasa.
Aku bebas.Merdeka.
Aku boleh buat apa saja.Tiada gangguan iblis.

Mak aku pesan.
"kalau menguap,tutup mulut dengan tangan.Nanti iblis masuk kalau tak tutup."

Bila bulan puasa aku boleh menguap sepuar hati aku.Tak payah tutup.
Menganga sampai telinga.
Menguap le seluas alam sekali pun.
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!


Ustazah pesan,
"Jangan kencing berdiri,itu tolong iblis yang cedera sembuh"

Bulan puasa takpe.Hmmm..boleh le try kencing sambil berlari pula.Boleh jadi acara balapan ni.Tapi bulan puasa je la.

Imam kat surau pesan,
"rapat kan saf,kalau ada ruang nanti iblis yang masuk"

Apa rapat sangat ni,panas le.Rimas.
Jauh sikit bang.

JAIS pesan,
"kalau berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim,maka orang ketiga adalah iblis.

Siapa nak berdua-duaan dengan aku woii.Datang le.
Promosi ni.Sementara ramadhan masih ada.

Kawan aku marah,
"apa makan guna tangan kiri ni,makan dengan iblis ni namanya."

Aku cakap"bulan puasa iblis kena ikat.Suka hati aku le nak guna tangan kanan ke kiri ke dua-dua tangan"
Esok aku nak try suap guna kaki pula.
Macam best je.

Tapi aku ragu-ragu juga.
Betul ke semua iblis/syaitan kena ikat.

Kata ustaz aku,dalam majlis ilmu(kuliah subuh,khutbah jumaat,etc etc)iblis akan celakkan mata orang yang dengar.Celaka iblis.
Tapi jumaat lepas ramai juga yang tidur masa khutbah.
Kena celak juga ke?

Kata Jakim,masuk minggu kedua bulan puasa orang yang tak puasa akan meningkat.
Kerja iblis ke tu?

Kata mak,kalau ada orang makan banyak tapi tak kenyang juga,itu makan dengan iblis.
Semalam kawan aku makan banyak.Siap longgarkan tali pinggang/seluar lagi.
Salah iblis juga?

Jangan-jangan itu semua iblis.
Syaitan yang merupai manusia.
Tak punn.
Manusia merupai syaitan.
Susah le macam ni.
Aku kawan dengan iblis ke?

Huh.

Pening.Tak boleh puasa ni.

Monday, September 17, 2007

cita-cita aku adalah..

Semua orang ada cita-cita.Dulu masa mula masuk darjah satu cikgu Ahmad Latif ada tanya.
Apa cita-cita kamu kelas?Tapi masa tu budak-budak tak cukup expose lagi.
Jawapan pun takde yang canggih-canggih.Semua biasa-biasa je.
Ada jawab cikgu.Biasa sangat.

Polis.Bosan.

Pensyarah.Semua orang pandang Yati anak pak Dolah.Lawa budak ni masa kecil dulu.Tapi setahu aku takde yang jadi pensyarah pun.


Mi,budak paling ganas kelas aku bangun.Selamba jawab"cita-cita saya nak jadi Rambo".
Abis riuh satu kelas gelakkan budak tu.Tersengih-sengih terus duduk.
Aku tak ketawakan dia.Dia kawan aku.

Aku memang tak ingat apa cita-cita aku.
Tapi jawapan orang lain sama je.
Cikgu,polis,askar,cikgu bla bla bla.....
Habis semua jawab.

Rasanya takde yang jadi polis.Hmmmm.Memang takde.Positif.

Itu cerita lama.Cita-cita berubah ikut peredaran zaman.
Zaman canggih.Cita-cita makin canggih.Makin pelik.Makin banyak.
Dulu mungkin ada sembilan sepuluh cita-cita dalam satu kelas.
Sekarang banyak.Banyak sangat.
Kalau kelas ada tiga puluh orang boleh le cikgu yang tanya tu dapat tiga puluh lebih jawapan yang berbeza.
Banyak sungguh.

Antara cita-cita yang ada sekarang.

~ahli perniagaan

~politikus

~saintis

~pemandu bas ekspres

~bohsia/bohjan

~ustaz/ustazah

~lawyer

~mat/minah rempit

~angkasawan

~penulis blog

~penyanyi

Yang last sekali mesti cita-cita paling besar.Yang boleh jadi semua cita-cita.
Bapa segala cita-cita.
Pelakon.Lepas tu kau boleh jadi apa saja.Peguam,doktor,penyangak,perogol,penoreh getah bla bla bla... bergantung pada skrip.
Kalau kau dah star,dah power,glamer kau boleh minta je skrip macamana yang kau nak.


Hebat kan.Hmmmm..
Sapa nak offer aku berlakon??

Sunday, September 16, 2007

dah kuat sangat le ni...


Sepasukan pelajar bodoh menunjukkan kesamsengan mereka.Aku ambil kat metro.
Mereka merasa hebat bila dapat pukul junior.


Aku memang marah kalau ada kes macam ni.Apsal nak pukul orang suka-suka?Apsal tak lawan satu sama satu kalau berani sangat?

Takde keje lain ke?
Orang datang nak belajar.Kau suka-suka nak pukul.
Samseng tahi kucing.

Kalau dia nak lompat pagar,hisap rokok,ponteng kelas semua tu takpe.
Aku tak marah.
Paling teruk dia menyusahkan diri,cikgu dan mak bapak dia je.
Takpe menyusahkan cikgu.Cikgu ada gaji.
Lantak kau le nak nyusahkan mak bapak kau.

Bila dia pukul anak orang dia dah nyusahkan banyak pihak lain.
Budak yang kena pukul tu nak belajar.Mak bapak dia nak kerja.

Tak boleh fikir ke?Otak letak kat mana?
Bukan ke budak MRSM ni selected je.Yang pandai-pandai.
Macam mana yang bodoh macam lembu tiga empat ekor ni boleh lepas masuk?

Tempat dia orang kat kandang je bersama lembu-lembu yang lain.Bangang.
Masuk kandang.Makan rumput tu.
Nanti hari raya haji boleh le jadi lembu korban.

Memang sah bodoh.Hukum semua yang salah.
Buang sekolah.
Buang daerah.
Kalau boleh buang terus ke laut.

Kecil-kecil tak nak mampus dah besar menyusahkan orang.

Friday, September 14, 2007

takde apa-apa yang serius...biasa-biasa je












Puasa oii jangan tak puasa!!!!

Thursday, September 13, 2007

aku rasa peribahasa yang ada sekarang dah tak relevan lagi....tukar dengan yang baru je lah.

Orang kita penuh dengan madah.Bahasa-bahasa berbunga.
Kiasan,pantun dan macam-macam lagi.

Tapi tu semua ciptaan orang dulu-dulu.Ciptaan nenek moyang kita dulu.Sekarang takde lagi orang nak amalkan kecuali Karam Singh Walia.Dia guna tapi orang lain tak paham.

Aku listkan sikit peribahasa yang aku rasa dah tak boleh diguna pakai.


1.Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Ruyung???Sagu??Apa semua ni?

Yang baru.

Kalau tidah dipecahkan bank manakan dapat duitnya.

2.
Sudah jatuh ditimpa tangga.
Orang zaman sekarang dah jarang guna tangga.

Baru.

Sudah jatuh di pijak kawan pula.

3.Ditelan mati bapa,diluah mati emak.
Tak lengkap.

Baru.

Ditelan mati bapa,diluah mati emak,dikemam mati pucuk.

4.Carik-carik bulu ayam,lama-lama bercantum kembali.
Jangankan bulu ayam.Rupa ayam sebenar pun budak-budak sekarang dah tak boleh bayangkan.Macamana nak paham peribahasa.Ayam goreng tau le dia orang.

Tukar.

Cukur-cukur bulu ketiak,lama-lama tumbuh panjang kembali.



Sekadar beberapa contoh je ni.Kalau ada sapa jumpa peribahasa,kata bidalan atau pantun yang dah tak sesuai dengan zaman.Pass je kat aku.Nanti aku sesuaikan.

(tambahan)

-
Menyusukan kera di hutan, anak di rumah kelaparan
Kera boleh jumpa kat zoo.Hutan pula makin kurang.
Dan akan pupus.

Yang baru.

Membela betina diluar,anak bini dirumah kelaparan.

Wednesday, September 12, 2007

masih ada yang sayang

Ramai le bagi komen itu ini pasal blog aku.

"Kau nampak macam takde idea.Nama blog pun tak best."
Itu le idea aku.

"Apsal letak kaler merah?Buat sakit mata je."
Suka aku le nak letak kaler apa pun.

"Kau macam tiru je."
Aku tak tiru.Mungkin boleh kata penyebab aku menulis.Boleh le.Aku tak tiru SDN.Yang tiru dia tu SDM.Itu le namanya tiru.Kata ayat aku plain and simple.Ada pesanan lagi tu.Jadilah diri sendiri.
Idola?Hahaha.Terima kasih.


Tapi hari ni aku tukar juga sikit-sikit.Ambil komen secara positif.Tapi kalau ada yang kata kau tiru tu memang tak betul.Idola lagi le tak betul.
Kat blog dia boleh le dia betul tapi kat blog aku,aku le paling terbetul walaupun blog aku bukan nama sukun betul.Cis.
Mungkin sebab aku lambat buat blog.Mungkin ke?

Takpe lah.Aku tak marah.Mood baik.
Buat apa aku nak maki.Mencarut.Leceh.Tak kenyang pun.

Aku puasa ni.

Tuesday, September 11, 2007

susah sangat ke nak puasa?

Apa maksud puasa?
Menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara yang membatalkan dari terbit fajar hingga terbenam matahari.Markah penuh.

Aku takde sebarang masalah nak puasa.Dilatih sejak kecil hingga ...... .
Darjah satu aku dah puasa.Lapan hari setengah.Semua puasa separuh hari je.
Satu pencapaian yang membanggakan.
Hari sekolah aku puasa separuh hari.Malu nak makan kat sekolah.
Ya,aku seorang pemalu serta budiman.
Hari cuti aku puasa sehingga aku bangun tidur.
Kalau aku bangun pukul lapan pagi.Aku buka puasa lapan pagi.
Kalau aku bangun pukul satu.
Hmmm.Maknanya aku dah puasa separuh hari.Esok boleh bangun pukul satu lagi.
Mak aku cakap puasa separuh hari punn takpe.
Bapa aku cakap 'takpe kecil lagi nanti besar puasa le'.

Bapa aku memang baik.Sampai tamat sekolah rendah aku tak pernah puasa penuh.
Eh,darjah enam aku ada puasa penuh dua hari rasanya.
Total puasa aku masa darjah enam dua belas hari setengah.Syabas.

Tapi masa tingkatan satu aku puasa penuh.Seksa gila.Takde pilihan.Asrama.
Bapa aku takde.
Dewan makan dibuka kat orang bukan islam je.
Aku tak boleh masuk.Keislaman aku terpancar di dahi.Terang dan nyata.Bercahaya.
Oi Singh,tapau kat aku le sikit.Bodoh.Tak boleh pakai.

Hari pertama aku gering.Kering.Lembik macam maggi kena rendam air panas 10 minit.
Gersang macam?Eh.Aku puasa mana boleh gersang.
Air paip bagaikan Vanilla Coke dalam gelas berisi ais.Sejuk dan menyegarkan.
Terpaksa le para ustaz keluarkan fatwa kat semua pelajar.Mandian yang terlalu lama boleh makruh.Kurang pahala puasa.

Aku tak peduli.Asal kan tak batal puasa aku sudah.
Ala kadar.
Wasatiah.

Aku disiplin.Jadual pagi aku memang sama.
Bangun pagi.Minum air kosong segelas dua.
Nyalakan rokok.
Masuk jamban.Berak.
Setiap pagi.Tiap-tiap hari.
Kadang-kadang aku tak sedar pun aku dah kat dalam jamban.Cangkung.
Siap rokok lagi lekat kat mulut.
Tak payah buka mata pun aku boleh buat semua tu.
Tahu rokok kat mana,air kat mana, jamban kat mana.
Walaupun kadang-kadang ada iblis yang abiskan air kosong.Lepas tu tak ganti.
Takpe.Bulan puasa takde iblis.Semua kena ikat.Kata ustaz aku dulu.
Kau orang jangan pula nak jadi iblis.

Dilema aku.
Perlukah aku berak tanpa rokok dibulan puasa?
Atau harus aku bangun awal setiap hari untuk berak?
Atau aku berak lepas buka puasa?
Atau aku teruskan macam biasa.Bangun pagi,minum air kosong,nyalakan rokok dan terus ke jamban?


Hehehe....

Selamat berpuasa.

Monday, September 10, 2007

minta maaf semua




Minta maaf ye.Gambar tak clear.
Hehehe.

ATM lagi...

Aku beratur menunggu giliran depan mesin ATM.
Kali terakhir aku ke mesin ATM masa dalam mimpi aku hari tu.
Kali ni lebih ramai orang tunggu giliran.

Seorang brader tanya aku."Dua je ke mesin ATM?"
Aku angguk mengiyakan.
"Patut ada tiga."Brader tu sambung lagi.
Muka serius.
Aku diam.Manusia tak pernah puas.Tak pernah cukup.
Abang bini dua ke?tanya aku dalam hati.

Masing-masing diam.
Sampai giliran aku.
Masukkan kad.Bankcard memang bagus.Kita boleh keluar duit kat mana-mana je ATM yang ada tanda bankcard.Atau meps.Asalkan ada duit.
Kecuali BSN.Dulu boleh je.Tapi sekarang macam dah tak boleh je.Bangang.
Bengang.
Masukkan nombor pin.123456.Tunggu.
Pilih akaun.Simpanan atau semasa.
Aku belasah.
Betul.

Dapat duit.
Pindah ke mesin sebelah.Cash deposit.
Buka dompet cari nombor akaun.
Tak jumpa.Rileks.
Cari dalam handphone.Takde.Panas.
Call sorang kawan.
"Aku tak simpan le".Bangang.Tak boleh harap.Hiblis.
Pegang handphone.Ketuk-ketuk.
Eh,bukan ke ada orang yang nak return call aku?
Mana?

Aku keluar dengan sikit perasaan panas.
Berdiri menunggu.
Satu brader pandang-pandang aku.
Aku pandang dia.Sah lelaki.Jantan.
Apahal nak pandang aku?

Ada 3 kemungkinan.
1.Dia cemburu atau kagum dengan aku atas sebab-sebab tertentu.
-aku tak kisah.
2.Dia seorang gay.Suka sesama jantina.
-Dia nak kena sepak sampai mampus dengan kasut size 6 aku.6 UK tau.Besar le juga.
Untuk rekod.Belum ada orang mampus kena sepak dengan aku.
Yang kena sepak dah ramai.

Atau kemungkinan yang satu lagi.
Aku pergi jauh sikit.Jauh dari kanak-kanak.Jauh dari wanita-wanita,perempuan-perempaun.Kaum yang lemah.Kaum yang memenuhi universiti.
Aku nyalakan rokok.Contohi aku.

Brader yang pandang aku terus datang.Pinjam lighter.Terima kasih.Terus blah.
Satu minah datang kat dia.Borak-borak.Panas.
Kenapa le mamat ni tak borak dengan aku tadi.
Secara tak lansung aku ni jadi kawan dia.
Boleh le aku borak dengan minah tu juga.
Boleh le aku kenal kan diri.

Hai,saya Kasim.

Cis.

Sunday, September 9, 2007

satu dua tiga lekuk,penyu seladang kenari patuk...

KEDAH!
KEDAH!!
KEDAH!!!

Bergegaq habaq hang.Abih bergegaq satu stadium.
Bergegaq Bukit Jalil.
Cek yang dok kat Shah Alam pun boleh rasa.Boleh dengaq.
Team Kedah memang pulun.Abih tiga piala depa sapu.
Tak cukup dengan Piala FA depa belasah Liga Super.Pun rasa tak cukup lagi depa tibai pulak Piala Malaysia.Treble habaq hang.
Tak dak sapa lagi yang buat tiga piala macam ni.
Hang pa memang pulun.

Masa separuh akhir lagi dah banyak oghang dok kata macam-macam.

"mung ingat kedah buleh ke makang ganu, jangang harap le"

"budok-budok tok leh lawang dengang ganu,banyok pengalamang"

Cek rileks.Cek tenang.
Takpa biaq hang pa nak kata apa pun.
Lepaih semi semua sengap sat.
Dua tiga hari sebelum final ada lagi suara-suara sumbang.

"teman yakin bebenor le perak boleh menang"

Tapi cek cool ja.
Dalam hati cek dok kata."pungkoq hang,dulu penyu pun kata lagu tu jugak."
Tapi kena dua biji bawa balik teloq saja.Malam tu penyu menangeh.

Malam game akhiaq pun sampai.
Belum panaih badan.Dok sat ja.Tak dan nak buat apa.
Dah seladang kena tembak.Sedas.
Bangun lagi melawan.
Kena lagi sedas.2-0.
Bangun lagi.Melawan lagi.
Ganas jugak seladang ni.
Ketua seladang naik minyak.
Mengamuk sana sini.Dah macam lembu maghah.
Nelson jadi matador.
Tenang.
Cool.
Ketua seladang langgaq matador.
Sepak-sepak.Dapat kad merah.Terima kasih nooo.
Susah-susah ja.

Ketua seladang nak marah lagi.
Pak long datang tepuk-tepuk bahu.
Hang memang cool la pak long.
Memang patut hang dapat pemain tengah pilihan.

Abih separuh masa pertama.2-0.
Seladang tinggai 10 ekoq.
Sekoq dah kena sembelih.
Dua ekoq yang kat ataih dah kena tukaq.
Tinggai yang cokia.Kemereh.

Start separuh masa kedua.Confirm menang.
Seladang melawan sikit-sikit.
Tinggai anak-anak seladang.Beringuh.
Kemereh.Tak cukup umoq.Tak sampai hati nak buli.
Biaq la kat depa kata Azrai,coach Kedah.
Masa dah nak abih.
Bang!!!!Kena sedas lagi.
Seladang tumbang,Kenari terbang.
Tinggi.
Makin tinggi.
Tinggi di awan.

Prrrrrrrriiiiiiiiitttttttttttttttttttt!!!!!!!!!

Tamat.Abih game.
Menang.
Dapat piala.

Takpa.
Hang pa boleh cuba lagi taun depan.
Cuba dan kalah.
Cuba dan kalah.
Hang pa jangan putuih asa.
Sebab hang pa kalah kat team yang kuat.
Yang hebat.

Sama sama jerit.

KEDAH!!!
KEDAH!!
KEDAH!

Thursday, September 6, 2007

sesat dalam terang yang gelap

Aneh.
Aku tak tau macam mana aku boleh ada kat sini.
Kat tempat yang aku tak pasti tempat apa.
Nampak macam KL Sentral.Ada juga macam KLIA.
Aku bingung.Samar-samar.

Tapi kat depan aku ada satu mesin ATM.
ATM Maybank.
Aku nak keluarkan duit ke?Tapi aku rasa macam dah takde duit je dalam akaun aku tu.
Perlahan-lahan aku keluarkan kad dompet aku.
Tarik kad bank keluar.Lusuh.
Cip berkarat.Gosok-gosok sikit.
Belek sana-sini.Dah teruk sangat kad aku ni.
Ketuk-ketuk sambil harap keajaiban.

Pandang kiri.Toleh kanan.Pusing belakang.Periksa perimeter dulu.
Amalan biasa sebelum aku keluarkan duit.
Untuk keselamatan dan juga mengelak kemaluan.
Kadang-kadang mesin ATM memang ada keluarkan jawapan yang kita tak nak.

-Baki anda tidak mencukupi.
-Kad anda tidak boleh di proses.
-Wang RM50 sahaja.

Pelik.Lansung takde orang hari ni.Selalu ramai je yang menyemak masa aku nak keluarkan duit.
Line clear.
Slot kad masuk.Angguk-angguk kepala tanda setuju.
Tunggu.Kad anda sedang dikenalpasti.
Tekan butang "proceed".

Eh.Ada not RM2 kat celah tempat keluar duit.Hairan.
Setahu aku minimum pun not RM10 yang keluar dari situ.
Pandang kiri kanan.Takde orang.
Tarik not RM2.Slow and steady.
Ada 2, 3 keping not RM50 keluar.
Macam tak percaya.Macam dalam mimpi.

Terus masuk dalam poket.Aku pakai cargo pant masa tu.
Ada poket kat tepi.
Kalau ada lagi duit keluar pun aku tak kisah.
Memang banyak poket seluar ni.
Setakat 2, 3 ribu memang muat sangat.

Tengok skrin.Sila masukkan no pin anda.
Tengok kiri kanan.
Tekan masuk no pin.123456.
Tunggu.Tenang.Sabar.Gembira.
Pilih pengeluaran tunai.
Rileks.
Tekan 200.
Tunggu lagi.

Bip bip.Sila ambil kad dan wang anda.
Ambil kad.Simpan.
Ambil duit.Masuk dompet.
Ada lagi duit keluar.
Not RM10 dan not RM50.
Ambil.Simpan.
Ambil lagi.
Simpan.

Aku rasa gerun jap.
Salah ke buat macam ni.
Tapi aku tak mencuri.Tak merompak.
Aku mengutip rezeki yang keluar dari mesin.

Tetiba telefon aku bunyi.
Aku teraba-raba cari.
"hello"suara aku lemah.
Aku dengar suara manja yang memang aku kenali"hey,dah pukul 9 le, kat mana ni?

Aku bangun.Periksa poket seluar.
Seluar tak berpoket.
Aku cari cargo pant.Jumpa.
Aku periksa poket.Hampa.
Bangsat.Mana semua duit aku tadi.


Argggggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, September 5, 2007

marah ke bang?

Ada orang kata marah.Ada kata geram.Bengang.
Apa saja yang sama maksud.
Kita mungkin pernah jumpa situasi macam ni.

A:Aku tau aku salah tapi tak kan tak boleh maafkan?Sedangkan Nabi ampunkan umat.

B:Itu Nabi.Maksum.Tiada dosa.Penuh kesabaran dan keimanan.

Semua orang mesti pernah marah.Pemarah atau penyabar.Mesti pernah marah.Mesti pernah kena marah.Tapi kenapa manusia marah?
Hilang sabar?Memang jenis panas baran?
Macam-macam alasan lagi.

Dulu ada pensyarah pernah tanya dalam kelas.Ann songsengnim(nama pensyarah).
Apa yang membuatkan kamu marah?
Dia tanya semua student dalam kelas.14 orang je boleh le tanya semua.Kalau 14 ribu memang dia tak tanya semua.
Macam-macam jawapan ada.Aku pun ligat le fikir.Nak bagi jawapan yang sehabis cool.
Ramai jawab"sebab kena tipu".
Kena tipu pun nak marah.Aku fikir lagi.Apa aku nak jawab ni?
Ada sorang mamat ni jawab"saya marah kalau ada orang buat lawak masa saya baru bangun tido".
Tapi masa aku ketuk kepala dia masa main game dia marah juga.Main game pun tido ke?
Aku tunggu turn.Berdebar-debar.
Kepala buntu.Tak tau nak jawab apa.

Satu minah ni bangun penuh riang dan selamba je jawab"Anio".
Aku pandang dia.Biar betul?
Anio maksudnya tiada.
Takde apa yang boleh buat dia marah.
Mek, mu meme gilo.

Mana mungkin kau tak kan marah.Sepanjang aku kenal memang dia tak pernah marah.Aku saja-saja cari pasal pun dia tak marah juga.Manusia jenis apa entah.

Aku pun dah jadi penyabar sekarang ni.Jarang-jarang marah.Tak pernah marah.
Tapi itu hari memang aku marah.
Lepas main futsal aku masuk bilik air.
Tengok cermin.


Hasilnya...



Abis calar muka aku.Woi!!Iblis mana punya kerja ni?

Monday, September 3, 2007

kempen Tak Nak

Aku tak tau dah berapa lama dah kempen tak nak ni dilancarkan.Entah-entah dah ada yang lupa pasal kempen bangang ni.
Yang aku tau kempen ni memang tak berkesan.Tiap tahun makin meningkat jumlah orang merokok.

Kempen apa kejadah ni?Kempen tak nak ke kempen merokok beramai-ramai.



Kepala otak sapa punya idea ni?




Tiap-tiap tahun harga rokok naik.Eh! maksud aku yang naik ni cukai rokok.Lepas tu terpaksa le pihak pengilang atau pengeluar naik kan harga rokok.
Dah tu,harga rokok berapa je?

Masa aku agresif hisap rokok dulu tak silap harga dalam RM3.60 sekotak yang ada 14 batang.
Harga standard.Harga rokok standard.Marlboro,Dunhill dan jenama-jenama yang seangkatan dengannya.Bukan L&M,Winston,Ardath,555,John,Joe bla bla bla banyak lagi le.Tengok kat kedai mamak tak pun 7E.

Evolusi kenaikan harga rokok(harga cukai) dan jumlah perokok.

Tahun

Harga Rokok (standard)(RM)

Jumlah perokok

sebelum masihi

Aku tak tahu

Entah

sebelum 1995

<>

50 000

1995-2000

<>

62 500

2000-2005

<>

100 000

2005-2007

<>

150 000

2007-seterusnya

>25.00

Naik dan terus naik bertambah-tambah




Ini ke yang namanya kempen tak nak?
Berkesan ke?

Alasan naik kan harga rokok atau cukai atau apa saja perkataan yang kaum bijak pandai guna adalah untuk mengurangkan perokok.Alasan.
Tapi perokok meningkat.Tengok carta kat atas.Makin naik harga rokok makin naik bilangan perokok.
Maksud?
Kempen ni tak berkesan.Cara ni memang tak bagus.Bodoh.Kayu.Orang tak ambil peduli pun.
Mana pergi semua bijak pandai?Guna plan-B.Plan-C.Plan lain.Cara lain.
Cukai rokok naik.Harga rokok naik juga.Perokok beli.Pembekal happy.
Kerajaan pun gembira.Hahaha.Kutipan lumayan.

Lepas tu keluarkan statement "kerajaan telah membelanjakan RM1.6juta untuk melancarkan kempen anti merokok bla bla bla bla bla bla..."

Tapi tak cakap pula"kerajaan telah berjaya mengutip cukai tembakau sebanyak berbilion-bilion".Lupa pula nak cakap"terima kasih perokok tegar".

Aku rasa kita patut guna cara lain.Memandangkan menaikan cukai tembakau dan harga rokok tak dapat mengurangkan perokok,apa kata kita kurang kan harga rokok.
Kurangkan cukai tembakau.
Biar jatuh harga tembakau.
Sapa nak tanam tembakau nanti.
Harga rokok jatuh.Sampai tahap gula-gula.
20 sen dapat 3 kotak rokok.
Biar kilang rokok rugi.Bangkrap.Tutup.

Tiada lagi pengeluaran rokok.Bila stok habis, tiada lagi rokok.
Tiada rokok=tiada perokok.Mudah.Senang.

Bila rokok dah habis,perokok tegar pun tak boleh merokok lagi.
Bila perokok tegar semua dah mati baru le ada generasi baru.
Generasi tidak merokok.
Lepas tu kita jerit sama-sama.

TAK NAK!!!
TAK NAK!!
TAKNAK!