Pages

Thursday, January 31, 2008

sukun komen politik

Wah.Tak pernah lagi aku komen bab-bab politik macam ni.Tapi pilihanraya dah dekat sangat rasanya aku pun sudi-sudikan diri nak komen politik negara kita yang sangat demokrasi ini.Aku terbaca paper pasal Abdul Khalid Rasid.Kalau rajin baca kat sini.Dan bagi mereka-mereka yang malas biar aku terangkan keadaan.

Abdul Khalid(AK) adalah wakil PAS di Kepala Batas,tempat Pak Lah kita(PK),PM kita bertahta,maksud aku kawasan PK bertanding.Dah dua kali bertanding dan tak pernah menang pun.Tahun 1999 AK kalah dengan majoriti 11,175(sebelas ribu seratus tujuh puluh lima).AK dapat 8810 undi.Berapa undi PK dapat?

2004 bertanding lagi.PK dapat 25,403 undi,AK dapat 7281 undi.Berapa majoriti?Berapa pula peratusan?

Lupakan kejap.

AK kata dia dah malas nak bertanding,bagi peluang pada orang muda yang 50 tahun kebawah.Bagus ni.Yang dalam UMNO pun boleh contohi juga.Kalau dah tua sangat pun otak dah berkarat,badan dah lemah.Jangan sampai orang halau.Berhenti MAKAN sebelum kenyang.Dah bertahun tak kan tak kenyang lagi kan?

BAlik ke kisah AK.

Kalau diminta bertanding juga dia tetap nak bertanding di Kepala Batas.Kata dia lagi.

“Saya tidak mahu bertanding di kawasan lain kerana takut menang. Kalau menang, tanggungjawabnya berat. Kalau saya bertanding dengan Pak Lah, saya tahu saya pasti kalah. Jadi, kalau hendak suruh bertanding juga, biarlah di Kepala Batas”

-aku petik dari Utusan,jangan percaya sangat sebab kata orang PAS media pun dah dikuasai kerajaan walaupun sumber tu bernama mahupun tak bernama.

Andai kata benar.Bodoh sangat le AK kalau nak bertanding walaupun dah tau nak kalah.Bodoh le juga pihak yang cadangkan AK bertanding.Dan bodoh le juga pihak-pihak yang berkempen sana sini untuk AK.Kebodohan dan kebangangan yang nyata,jitu dan persis.Tahniah.

Kata AK lagi,(dari sumber yang sama)

“Memang kita tahu Pak Lah akan menang tetapi kita tetap mahu memberikan cabaran supaya kemenangan itu tidak secara percuma. Kalau tidak, Perdana Menteri tak hebatlah”

Tak bodoh ke tu?
Lupakan saja bab kebodohan.Memang dah ramai yang bodoh dalam dunia ni.Maafkan saja kebodohan mereka.

Tengok dari sudut yang lain.Bukan ke membazir namanya semua ni.Dan mereka dalam PAS(Parti Islam SeMalaysia)patut lebih arif dengan makna pembaziran.Mencetak muka-muka AK diatas kertas,poster dan banner.Walaupun guna duit dari kerajaan negeri,walaupun guna sumbangan orang awam.Namanya tetap membazir.

Dan lawatan para al-Hafiz,al-Ustaz, dan haji serta hajah yang lain ke kawasan Kepala Batas untuk berkempen bagi pihak AK adalah pembaziran.
Itu belum masuk wang taruhan yang hangus sebab tak dapat peratusan undi yang cukup.Aku tak tahu berapa.Dan tak berminat sangat nak tahu.Walaupun AK seorang ahli perniagaan yang mungkin berpendapatan juta-juta tapi bila dibuang 3,4 ribu tanpa sebab tetap pembaziran namanya.

Oh ya ustaz-ustaz,haji dan hajah dari bulan dan juga roket dan kepala lembu.

BUKAN SIKAP MEMBAZIR ITU AMALAN SYAITAN??
DAN YANG MEMBAZIR ITU SAHABAT SYAITAN??

*Lembu naik Roket pergi Bulan....
"Eh,kenapa bulan ni putih,kadang-kadang hijau pula?"

Wednesday, January 30, 2008

malas kah aku atau sudah kering?

Semenjak dua ni aku dah makin kurang menulis.Ditambah dengan sedikit sibuk situ dan sini sampai aku tertanya.

Aku takde idea ke?

Atau aku sudah malas?

Kadang-kadang rasa pelik bila ada orang ada 2, 3 blog.Macam mana dia handle semua?
Yang ada 8 blog pun ada.Kau memang dasyat.Tapi kena buat rangka dulu sebelum tulis.WAhh!!
Dah macam buat essay kat sekolah je.Komited sungguh.

Dulu aku pernah pernah masuk kursus motivasi.Kes kena paksa le ni.Semua orang kena ikut turutan.Memang tak boleh lari.Dua hari tu,nak dengar orang cakap benda-benda motivasi.Bosam gila.

Sekali Miss Geli (aku tak tau nama dia) tanya:

What make you do your best?

Semua kena jawab pula tu.Dah macam kat sekolah.Bertambah le aku benci kat sessi motivasi.Macam-macam jawapan ada.Duit,perempuan,pangkat bla bla bala.
Sampai le turn aku.

Aku bangun.
Aku jawap:Takde.
Aku duduk.

MG:Takde?Apa-apa saja yang yang memberi motivasi.

Dan untuk itu aku terpaksa terangkan secara panjang lebar.
Aku bangun sekali lagi.

"Saya tak perlukan motivasi untuk bekerja sebab bekerja adalah tanggung jawab saya.Saya digaji untuk membuat kerja.Saya bersikap profesional,tidak membawa masalah luar masuk ketempat kerja dan begitu juga sebaliknya.Bagi saya orang yang perlukan motivasi untuk membuat kerjanya adalah orang yang lemah dan tak profesional".

Aku duduk.MG angguk-angguk.Aku tak tahu dia setuju ke tidak.Aku tak kisah.

Dan hari ini,aku tercari-cari apa yang menyebabkan aku nak menulis.

Adakah duit?seperti blog lain yang penuh iklan.

Atau aku perlu pembaca?Kalau ikut statistik ada je orang masuk blog aku.Tapi ada juga orang cakap aku sendiri yang masuk.Suka-suki kau je kan?

Atau aku perlu marah setiap hari?Sebab aku buka blog ni pun atas kemarahan.Marah juga pencetus semangat aku tulis.Tapi aku nak marah sapa setiap hari.

Hari ni aku boleh marah mamat yang tackle kaki aku sampai nak patah semalam,tapi esok,lusa sapa lagi aku nak marah.

Perlu ke aku marah Faizal OIAM?Apa salah dia kat aku?
Perlu ke aku marah Lini atau penculiknya?
Perlu ke aku marah Lingam?Nanti orang cakap aku racist pulak.


Malas le aku nak tulis lagi.

Monday, January 28, 2008

visi dan misi mat rempit

Kita selalu kata mat-mat rempit ni bodoh.Akal pendek dan takde masa depan.Orang-orang kita memang cepat jatuhkan hukuman.Lansung tak bua inisiatif mengenali apa masalah atau apa tujuan mat-mat rempit ni merempit.Banyak kali juga malam-malam minggu aku lepak sambil tengok mat rempit ni dan aku rasa mat rempit ni tak sebodoh yang disangka.Ada juga yang tak berani seperti yang disangka.

Kita boleh nilai mat rempit dari apa yang dia buat:

Wheellie.

Wheellie atau mengangkat tayar depan dan menggunakan tayar belakang saja.Bukan setakat nak tunjuk berani.Apa yang mat rempit cuba sampaikan adalah mereka juga ada motif atau tujuan hidup.Mengangkat tayar depan keaatas membawa maksud mat rempit juga bercita-cita nak ke angkasa satu hari nanti.Menunjukkan mereka juga ada impian dan cita-cita.Atau pun mereka bercita-cita konvoi dengan motor ke bulan.

Angkat tayar belakang.

Tak ramai yang buat sama ada tak tahu buat atau tak sedar.Secara simbolik aksi ini memberi maksud yang mat rempit pun sedar diri dan sentiasa berpegang pada pepatah melayu " TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG".Walaupun dah jatuh banyak kali.Aksi ni juga menunjukkan betapa mat rempit sedar bila mati dia jatuh atau kena langgar ketanah juga dia nnati.Mendalam betul jiwa mat rempit.

Gang bang.

Mat-mat rempit juga selalu dikaitkan dengan gang bang.Sekumpulan mat rempit berkongsi seorang gadis,bohsia,lauk atau apa saja perkataan kata ganti diri yang lain.Ini menunjukan betapa mat rempit sangat mementingkan kerjasama dalam kumpulan.Team work.Sikap tolong menolong dalam berkawan.Mana mungkin mat rempit yang hodoh mampu nak mengurat bohsia.Terpaksa le kawan-kawan kongsi hasil tangkapan.Macam sekumpulan singa.Simbolik tu.

Bertaruh dan berlumba.

Mat rempit yang masih bersekolah juga selalu berlumba.Ini menunjukkan mat rempit sangat berdikari.Cari duit saku sendiri.Kalau selalu menang mungkin boleh bayar yuran sekolah sendiri,beli baju dan buku sekolah.Dan kalau operasi polis dikurangkan mungkin mereka mampu menyara keluarga.BAgus mat rempit ni.


MAt rempit juga penghibur secara percuma.Tengok le malam-malam hujung minggu berapa ramai manusia yang terhibur tengok aksi mat rempit.
Ada ke mat rempit minta bayar tiket?
Ada ke mat rempit yang halau penonton?

Sebelum kita maki.Sebelum kita hina.Sebelum kita tunjuk jari salahkan mat-mat rempit ni,sebelum kita tanya apa sumbangan mat rempit kat kita.Baik kita tanya dulu.

ANAK SAPA MAT REMPIT NI?

Friday, January 25, 2008

apa jadah tengok wayang

Dah lama juga tak tengok wayang.Rasa macam bosan,cerita banyak tapi cerita lebih kurang sama je.Pakar-pakar perfileman pun meng war-war filem yang bagus pada dia.Mana-mana produser yang baik dapat rating bagus le filem kaum-kaum ni.Agaknya filem pun dah dipolitikkan kot.





*Rambo-t (ikat rambut dan menang)




Cara meng rate filem pun dah macam-macam.
Ada orang kata jalan cerita penting untuk filem.
Ada orang nak skrip yang baik.
Tak kurang juga nak pelakon yang hensem/lawa dalam filem.
Dan aku rasa pelik bila orang nak sesebuah filem ada mesej.


Ada ke orang yang peduli dengan mesej dalam filem.Kalau ada pun mungkin satu dalam seribu.Dalam satu tayangan belum tentu ada sorang yang masuk panggung sebab nak tengok mesej.Jadi tak payah le pembikin filem kita
susah -susah nak fikirkan mesej apa nak letak dalam filem.Sebab orang tak kisah.Tak peduli.



*In the name of the Kun



*cuci jamban-sekawan manusia yang ambil upah cuci jamban







Apa yang penonton nak dari sebuah filem?Aku hanya nak hiburan.Dan aku yakin semua yang tengok wayang hanya cari hiburan.Cuma yang membezakan cara seseorang tu terhibur.Ada orang nak tengok letup-letup.Boom sana,bang sini.Terhibur.Ada pula yang nak tengok lawak.Ada yang tengok aksi.Terbang sana,lompat sini.Ada yang nak tengok lucah.Buka sana,koyak sini,kangkang situ.(Tengok blue je lah oii).

Senang cakap memang nak berhibur saja.Itu le kerja orang filem kita.Buat filem yang boleh masukkan semua tu memang le orang pergi tengok.Orang nak hiburan.

Ada ke orang yang cari mesej dalam filem?
Pedulikan kalau ada pun.Dengar lagu dulu.

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Thursday, January 24, 2008

kau pergi jua,setelah....




*tiffany terbaring kaku




Ini seekor ikan.Nama ikan ni Tiffany.Kenapa Tiff diam saja?Sebab dia dah mati.Kenapa dia mati?Aku pun tak tahu.

Setiap pagi aku bagi kau makan.Setiap hari kecuali hari sabtu dan ahad,dan kadang-kadang hari perayaan.Sebab kau tak sesuai makan kuih raya.Nanti kau sakit perut,berak penuh aquarium.

Tapi Tiff mati juga.Mungkin tak sesuai letak makanan ikan dalam tin biskut.


Kronologi kematian Tiffany

-hari isnin,kedatangan aku disambut seperti biasa oleh tiffany,mesra dan sedikit rakus , mungkin kelaparan selepas dua hari tidak makan.Masa aku nak balik Tiff mundar-mandir kat dasar aquarium.Pelik.

-hari selasa,kedatangan aku disambut satu Tiffany saja(aku ada dua ekor ikan yang sama dan serupa,aku tak tau nak bezakan,jadi aku bagi nama yang sama,satu nama untuk 2 ekor ikan,Tiffany) yang menungguku.Yang satu lagi tercungap-cungap kat dasar aquarium.Nyawa-nyawa ikan.Biasa le,nama pun ikan.Ketika aku nak melangkah balik,keadaan Tiff makin teruk.Nyawa-nyawa anak ikan saja.Terperuk kat dasar aquarium dan merenung ku dengan pandangan sayu.Aku blah.


Dan hari rabu,ketika berjuta manusia memenuhi semua kuil diSelangor dan Perak menyambut Thaipusam,ketika kita masih lagi dikejutkan dengan kehilangan adik Sharlinie dan berusaha keras mencarinya,ketika Faizal Tahir masih menyesali aksi tayang perut bulat,lalu tak boleh perform untuk AJL walaupun dua lagunya masuk final,padan muka kau si perut boroi,dan ketika komputer bangsat ni tersangkut-sangkut mengganggu penulisan aku,sepatutnya aku dah siap entri ni satu jam yang lepas,ketika itulah Tiffany menghembuskan gelembung-gelembung udara yang terakhir dan tinggal satu lagi Tiffany terkedu keseekoran tak berteman.


Dah.Aku dah malas nak tulis.Haram jadah punya pc.
Restart.

Monday, January 21, 2008

kau orang jenis apa?

Serius.Bukan aku punya.Aku dapat ikut email tadi.Letak je dalam ni jadi rujukan kamu semua sekalian manusia.Mengenali diri dan orang lain melalui kentut.


1. Orang TIDAK JUJUR

Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG

Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020

Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA

Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS

Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP

Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI

Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

8. Orang SADIS

Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus
dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU

Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.’

10. Orang yang STRATEGIK

Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang BODOH

Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK

Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

13. Orang SOMBONG

Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH

Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERGAUL

Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16. Orang AKUATIK

Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

17. Orang ATLETIK

Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR

Orang yang mengaku kalau habis kentut

19. Orang PINTAR

Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR

Orang yang bila ketawa sambil kentut

21. Orang yang ROMANTIK

Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

22. Orang yang TIDAK SIHAT

Orang yang bila batuk dia akan terkentut

23. Orang yang PANAS BARAN

Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

24. Orang yang PELUPA

Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia
sendiri yang kentut



Pilih le jenis kau orang.

Friday, January 18, 2008

PATI dicelah-celah PADI

Susah.Memang susah.

Macam mana nak bezakan mana satu PATI(pendatang asing tanpa izin) mana satu PADI(pendatang asing dengan izin bukan kumpulan padi dari indon tu)?Tapi yang pasti memang banyak pati dalam negara kita ni.Entah mana satu lebih banyak tak siapa yang pasti.Biarkan saja.Semalam aku ada terbaca kerajaan kita abiskan RM30 ribu satu hari untuk bela patis(pati-pati) dalam kurungan(pati yang kena tangkap).Kos hantar balik lagi mahal sampai cecah juta-juta.Ringgit tau,bukan rupee,bukan rupiah,bukan dolar myanmar.

Maksudnya kaum-kaum pati ni memang menyusahkan saja.Kalau tak tangkap penuh pula dalam negara.Kalau tangkap nak kena bela.Habiskan beras je.Minyak masak pun boleh abis kalau macam ni.Nak hantar balik,kos lagi.Jadi serba salah kerajaan kita,diluah mati emak ditelan mati bapa ditahan mati pucuk.

Dalam keadaan macam ni lebih baik cari alternatif lain yang boleh kurang kan kos yang kerajaan kita tanggung sebab patis.

Makanan.


Daripada kita bagi makanan yang biasa dibagi kat patis dalam kurungan(aku tak tau apa makanan patis dalam kurungan sekarang) kita boleh tukar kan dengan makanan alternatif pada makanan ruji patis ikut negara mana patis datang.Kalau patis tu dari indon,kita bagi makanan berdasarkan indon le.Kata orang indon suka makan tempe.Bagi patis ni makan tempe.Pagi bagi tempe goreng.Tengahari bagi tempe masak kicap.Malam bagi sup tempe.Dan menu-menu lain yang sesuai nak masak tempe.Tak sesuai pun tak kisah asalkan tak bagi racun tikus sebab tu dah langgar hak asasi manusia ikut perjanjian Geneva le apa le bla bla bla bla.Bangsat gila,SApa yang suruh datang?Sekilo tempe takkan sama harga dengan sekilo ikan atau ayam kan?Sekilo tempe kuantiti mesti dah lagi banyak dari sekilo ayam.Jimat dah tu.

Kalau patis myanmar pula kita bagi le makanan ruji sana.Kawan aku cakap myanmar makan anjing.Betul ke Dood?Mamat ni kuat tipu.Takpe.Anggap saja betul.Macam indon tadi juga.Pagi bagi anjing goreng kunyit.Tengahari bagi anjing masak halia.Malam sup anjing.Tangkap anjing-anjing liar yang gigit budak-budak,yang menyusahkan hidup orang lain,yang tuan tak pandai jaga.2 masalah boleh selesai dengan satu kerja.Bagus apa?

Patis dari negara lain pula kita kena kaji negara dia.Kalau patis india tak boleh le kita bagi roti canai siang malam.Mahal tu.Cari le makanan india yang lain.Dengar kata bangladesh suka makan bawang.Apa lagi.Pagi bagi bawang goreng,tengahari bawang masak taucu,malam pula bagi sup bawang.Bawang mahal tak?


Hantar balik.

Nak jimat kos hantar balik negara asal pula kerajaan kena kaji macam mana patis ni datang.Biasanya patis indon naik tongkang,dah sampai dekat berenang masuk.Lepas tu berlari cepat-cepat takut kena tangkap.Macam mana dia datang,macam tu juga le kita suruh balik.Mula-mula kumpulkan,bawa naik tongkang pergi sampai perairan indon suruh dia berenang balik indon.Kalau nak jimat suruh dia tumpang bot nelayan sampai perairan indon.Tak payah le nak hantar naik kapal terbang.Mahal tu.

Kalau patis myanmar datang berjalan suruh dia balik berjalan.Kalau patis india datang berlari suruh dia balik bergolek sebab dah gemuk senang hati hidup dalam kurungan kat Malaysia lama-lama.Hantar sampai sempadan je.Pandai-pandai le balik sendiri negara asal.


Dengan ini aku harap aku dah tolong selesaikan masalah negara kita.Email aku kalau perlukan idea-idea bernas dari aku.Aku sedia berkhidmat sebab aku rakyat yang bertanggung jawab.

Wednesday, January 16, 2008

sedikit info

Kamu ingin kalahkan Liverpool?Tunggu 100 tahun lagi ye.









*klik je untuk dapat gambaran yang jelas

.
.

Dan sedikit berita tempatan.

Tahniah kepada Negeri Sembilan(pasukan jang)kerana berjaya tidak dibelasah.



Berita khas untuk Lobo yang beberapa kali hantar mesej kat aku Sabut lepas,tapi terus tak senyap selepas 10.30 malam.

Jika kamu ingin tengok Seladang(juga dikenali sebagai Perak dan digelar Yob) tumbang,anda boleh menyaksikan setiap minggu.Oh ya.dua kali seminggu tau.Jangan ketinggalan Liga Super(sebuah liga di Malaysia).Cek jadual kat sini pun boleh rasanya.

Info ini dituju khas pada Yobers dan yang seangkatan dengannya.Eh,berita ini juga untuk Dood dari aku betul.Lain le kalau kome dah start sokong team Penyu.

.
.

Dan pekerja-pekerja swasta kita.Jangan lupa pakai baju batik esok.
.
.

Dan lagi,kalau ada sesiapa yang rasa nak buka baju kat tempat awam atau tempat ramai orang,pergi gym dulu.Senaman bagi badan nampak cantik,perut nampak lawa,ada petak-petak.Baru buka baju depan orang.Baru tak kena kutuk.Kalau ada yang kutuk masih ramai yang memuji.Ada juga faedah.Kalau perampuan takpe le jugak.Dah le badan boyot,boyak,hodoh entah macam apa.

Aku rasa denda kerja amal saja tak cukup.Denda dia masuk gym,angkat berat,kawal pemakanan,setiap minggu doktor periksa.Kalau badan dah cantik nanti denda bogelkan dia dikhalayak ramai.Lepas tu suruh dia menyanyi.


kau bagai kan belon udara
yang membuat aku terus muntah diatas dunia
tanpamu ku lega
pasti aku tak mual
kerna kau boyot,bulat,boyak dan hodoh

Tuesday, January 15, 2008

maafkan aku jiran-jiran ku

Aku tau aku sedikit emosi dalam entri yang lepas-lepas.Suka-suka aku memaki mereka.Maafkan aku wahai jiran.Mungkin aku tak sengaja atau memang aku tengah marah.

Petang semalam baru aku tahu nilai-nilai murni jiran aku.Jiran aku seorang(sekeluarga)india berbahasa tamil dan beragama kristian.Macam mana aku tau dia kristian?Aku pernah berborak dan bercakap pasal krismas hari tu.Dia cakap pasal sambutan krismas.Pasal awek dia yang tengah mengandung.Dan aku rasa dia seorang india yang sangat moden dan terbuka.Mengandung sebelum kahwin tu.Bukan semua bangsa/agama/keturunan yang boleh terima.

Dan dia sekeluarga berbahasa tamil.Macam mana aku tau?

Dia bangga dengan bahasanya.Tak malu nak guna bahasa.Tak segan nak cakap kuat-kuat sampai jiran sebelah dengar.Rasanya jiran sebelah lagi pun dengar juga.Tapi dia(jiran aku) tak kisah.Tak macam sesetengah orang,malu nak guna bahasa ibunda sendiri.

Dan kebanggaan dia terserlah semalam.Dikala waktu maghrib dia memasang rancangan tamil dengan kuat.Lalu bergema lah lagu-lagu indah dan diiringi gelak tawa dari para penonton.Mungkin persis rancangan Jacky(guess guess guess dari taiwan).Agaknya.
Itulah conto jiran yang baik.Tolong hiburkan jiran-jiran sebelah menyebelah.

Sekarang ni sikit-sikit aku dah boleh cakap tamil yang senang macam:

Poo dah!!

Ma cha!!

Sappedek!!

Dey thambi!!

Tak boleh diam ke bangsat!!

Sunday, January 13, 2008

apa lagi kau mahu??

Kadang-kadang rasa pelik.Hairan bin ajaib.Apa yang orang kita nak.
Malu le nak komen banyak-banyak.
Baca sendiri je la.

Tak pelik ke?

Wednesday, January 9, 2008

excuse me...seluar awak koyak le.

Apa korang nak buat bila nampak seluar sorang perempuan terkoyak?Maksud aku perempuan terpakai seluar yang koyak.Mungkin senang kalau aku juga perempuan.Ini dah kali kedua aku kena suasana macam ni.Jadi serba salah.Tak mungkin dia sengaja sebab dia pakai tudung.Lain le kalau yang jenis pakai terbuka sana sini.

Kali pertama aku tegur perempuan lupa tutup zip seluar.Aku pergi dekat,aku bisik."Jalan keretapi kau terbuka",betul-betul kat telinga dia.Sah memang takde orang lain yang dengar.Tapi balak minah ni tanya apa aku cakap.Minah tu pula selamba je cakap aku suruh tutup zip.Balak dia pula selamba je sound aku kuat-kuat.

"Apsal kau skodeng awek aku?"Mana aci macam ni,suruh awek kau buka zip gak".BANGANG.

Balik ke kisah seluar koyak.Patut ke aku terus terang.

"cik,seluar awak koyak tu"

dia kata:

"jangan jaga tepi kain orang boleh tak?"

aku kena jawab:

"bukan kain le cik,tapi seluar"

lepas tu dia kata:

"jangan jaga tepi seluar orang boleh tak?"

terpaksa aku jawab:

"saya bukan jaga yang tepi,saya jaga yang dalam seluar"



Boleh ke macam tu?Tak tau le..lain kali je la aku tegur.Sesapa ada idea macam mana nak tegur.

Tuesday, January 8, 2008

nasib je

Dulu aku pernah tulis pasal ini.Pasal kawan ajak aku join satu game yang namanya football fantasy.Refer kat sini. Tapi dia orang kata aku takut.Tak berani.Dengan nak pertahankan darah pendekar yang mengalir dalam badan aku terpaksa juga join.Dan selepas separuh musim.Ini le hasil nya.


Kata dia orang aku ni nasib baik.Dah separuh musim aku bernasib baik.Tiap minggu aku bernasib baik.Bagus betul nasib aku ni.Esok boleh le ambil nombor ekor.4415 mesti kena grand prize.


Macam tak melawan je oiii!!!

HINDROUGH

Ditujukan khas buat jiran dikiri kanan rumah ku sahaja.Tiada kaitan dengan yang lain agaknya.

Hindu is rough
.Atau lebih ramai?Hindus are rough.Itu pasal jadi Hindrough.Mesti ada yang kata aku racist.Pedulikan.Hari tu aku tulis pasal kisah benar hindraf pun ada yang nak kecoh.Kisah benar tu.Tapi yang ni kisah benar juga tau.

Aku ada dua jiran india.Kiri dan kanan rumah aku.Rumah teres bersambung.Kongsi dinding.Jangan cerita pasal bising le.Memang jenis cakap kuat-kuat.Tak tau le pekak ke apa kan?Tapi dari 4 batu memang dah boleh dengar suara dia orang ni.Aku guna dia orang ni bukan kaum ni menunjukkan aku tak perkauman.Aku tujukan jiran aku je bukan semua kaum jiran aku.Harap korang paham.Kalau tak paham boleh tanya.Jangan jadi bodoh sombong.Jangan nak memandai buat andaian sendiri.

Lupakan saja pasal cakap kuat.Aku seorang pemaaf.Maafkan saja kisah anak-anak memekak siang malam pagi petang.Pagi-pagi buta hari minggu dah memekak. Takpelah, budak-budak,apa tau?Paling teruk pun aku kata "bangsat,tak reti jaga anak ke?,buat pandai pulak".Mungkin mak bapak tak sempat nak jaga anak-anak.Sibuk. Mungkin juga anak-anak dia orang makan banyak manisan,lebih gula.Jadilah hyper aktif.
Abaikan saja pasal pasang tv kuat-kuat,renovate rumah sampai masuk ke rumah aku.Biarkan saja anjing dia menyalak-nyalak tak tentu hala untuk keselamatan jiran-jiran.Hanjing punya anjing.

Tapi kalau renovate rumah sekalipun jangan le letak pasir,batu-bata,simen semua kat depan rumah aku.Sampai nak langkah masuk pun tak boleh.Macam takde logik akal je.Eh,macam takde akal je.Bengap.Kalau sapu sampah jangan buang kat rumah aku.Kalau buang sampah jangan letak depan rumah aku.Kalau nak mampus jangan menyusahkan aku.Jangan sampai aku letak signboard kat depan rumah aku tulis

"DEY MACHA,BELAKANG JANGAN BUANG SAMPAH SINI JUGA"POH!POH!


Sori,aku tak tau bahasa tamil.


Wah,kemarahan memang menaikan kadar penulisan aku.

Friday, January 4, 2008

i am legend

Aku sakit.Dah sebulan aku sakit.Sekarang dah tahun 2008,tahun baru,maknanya sudah setahun aku sakit.Biasanya aku sakit tak lama.Tapi kesakitan aku kadang-kadang saja terasa.Tak sampai ke tahap terlantar.Dalam sakit aku masih boleh menaip,mengutuk,mengherdik dan kadang-kadang memuji awek-awek.Yang paling penting aku masih boleh berfikir.Waras.

Lepas minta pendapat pakar(aku namakan dia pakar sebab cara dia nilai kesakitan aku) aku rasa lebih lega dan bangga.Lalu aku buat satu lagu untuk sakit aku itu.Macam ni:


"Lariku tak sepantas
Rembatanku tak sederas
Mata ku masih ayu
Suara pun masih merdu

Namun ku punya skill
Juga gaya ku perasaan
Langkah ku yang begini
Kadar waktu sebelum sembuh

.
.
.
.

Maafkan wahai teman
Ku merembat di sudut gol mu itu
Mencari gol
Sampai masa ku score jua"

Lirik asal ada kat sini.
tajuk asal:Namun ku punya hati
penyanyi:Revolvers

Kata sipakar tadi sakit aku ni boleh sembuh,tapi aku kena sapu ubat.Berhenti main futsal buat seketika.Dah ramai pun yang kena sakit macam aku ni tapi semuanya sembuh.Memang 100% boleh baik sakit ni.

Dia kata aku boleh tengok kat sini.
Lepas tu siap bagi contoh lagi nama-nama yang pernah kena sakit macam aku ni.Aku bagi list le sikit ye kat sini manusia-manusia yang pernah sakit macam aku.Nama yang biasa aku dengar macam Gerrard,Torres,Kaka,Fowler bla bla bla bla

Maksudnya aku ni......?

mari mengundi!!!!!!!

Pilihanraya macam dah dekat sangat ni.Rakyat-rakyat diminta bersedia untuk mengundi.Kesedaran masih kurang lagi.Yang layak tapi belum berdaftar pun ada lagi.Apa nak jadi ni.Sebagai rakyat yang bertanggung jawab,aku nak ajak dan pupuk semangat mengundi dikalangan kita.Hari tu masa aku buat undia lapan orang je mengundi.Tak guna le korang.

Aku bagi peluang lagi.Jangan malu-malu.Undi lah beramai-ramai dan undi anda adalah rahsia.Jadilah rakyat yang bertanggung jawab.

Sila undi ye.

Thursday, January 3, 2008

apek pek pek pek.......

Menunggu memang bosan.Tak kira le apa saja yang ditunggu.Tunggu bas,tunggu awek,tunggu masa nak balik kerja,tunggu giliran kat klinik,malah tunggu nak guna jamban sekalipun.Apa saja yang nama tunggu memang bosan.Aku tak kisah kalau ada orang nak tunggu aku sampai satu jam tapi jangan nak aku tunggu.Sepuluh minit sekali pun.Aku tak suka.

Oh,aku bukan nak tulis pasal tunggu.Biasanya masa aku tengah tunggu aku akan buat sesuatu macam baca buku,hisap rokok,mengurat,berborak dengan sapa-sapa saja etc.Tapi tempat tu tak sesuai nak buat semua tu.Sayup-sayup terdengar suara apek bercakap,berbincang.Makin lama makin kuat dan jelas.Aku agak ada 2 orang.Sorang penglipur lara dan seorang pendengar setia yang sekali-sekala mengiyakan kan cerita si pengcerita.

Si Apek bercerita tentang ketelusan sistem perundangan Malaysia,betapa dia tak suka suasana di Malaysia,sistem jalanraya,JPJ,polis.Barangkali jiwa Apek sedang memberontak.Tak ada satu benda pun yang dia suka.Sesekali suara Apek sangat kuat dan jelas.Suara kawan yang tak jelas juga aku dengar.Mengiyakan cerita-cerita dan pendapat si Apek itu.

Antara isi kandungan percakapan Apek yang aku dapat dengar dan tangkap dengan jelas(setelah aku alih bahasakan dan aku compilekan):

"Dali wa form tli wa sudah tau maa.Semua mau pakai duit.Lu bayar aaa mesti senang kelija.Kalau talak baya aa kelija manyak lambat woo.Apa pasat sana jalan mau 120km/j saja.Manyak bodoh.Mau pigi mana-mana manyak lambat balu bole sampai.Sana Jerman aaa,ada satu jalan,talak kisah belapa laju lu mau tekan.Mana penah ada eksiden maaa?"


Si Apek terus bercerita.Tentang itu dan ini.Tentang maju dan mundur,tentang masa depan.Tiba-tiba kawan Apek tanya Apek.Soalan yang buat aku tak sanggup tunggu lagi.

"Lu bila mau sambung."

"Wa masuk kolej bulan 7 maaa,second intake.Sudah boling loh,kawan satu sekolah semua sudah sambung belajar"

Aku terus basuh,pakai seluar,tekan pam,keluar.

Wednesday, January 2, 2008

Selamat tinggal...semoga tak diperlukan lagi

Aku dah malas nak letak Rukun Sukun kat atas sekali.Harap-harap korang dah paham.Kalau yang dah selalu masuk,patut dah ingat pun.Lain le kalau memang dah jenis lembab.Dah masuk tahun baru.Rasanya orang-orang kita dah lebih bertamadun kot.Harap-harap.

Biar je Rukun Sukun terus dibawa arus zaman.Jangan sampai terpaksa dikeluarkan balik.JAngan sampai perlu dipinda Rukun Sukun itu.Kita orang bertamadun.Cukup lah sekali di ingatkan.Tak perlu di ulang-ulang.Nanti kita juga yang bosan dengar benda yang sama.

Belajar dari kesilapan kita.Belajar dari kesilapan orang lain.JAngan ulang.Kesilapan yang berulang adalah kebodohan yang nyata.JANGAN.

JANGAN JADI MACAM CHUA SOI LEK.