Pages

Thursday, November 12, 2009

Kelas bahasa melayu

Hai adik-adik.
Selamat datang ke kelas bahasa melayu.
Hari ni cikgu nak ajar perkataan baru ye adik-adik.

Dan perkataan hari ni adalah mencarut.
Ye adik-adik.Mencarut.
Ramai antara kita yang mencarut sekarang ni.
Tidak sopan ye adik-adik perbuatan itu

Mengikut kamus dewan carut membawa erti "menuturkan kata-kata yg keji dan kotor."
Rujuk sini ye adik-adik.

Mungkin adik-adik tidak faham ye maksud dari kamus tu.
Baiklah.Cikgu akan terangkan ye.





Mencarut mestilah ada mangsa ye adik-adik.
Mangsa maksudnya objek yang dicarut.
Pada adik-adik yang lembab sila rujuk ayat kat bawah ye.

Contoh-contoh ayat bukan carut.

1.Anak babi itu berjalan sambil menyondol-nyodol seketul lantera berwarna merah.

huraian:Ini bukan ayat carut ye adik-adik.Walaupun ia anak babi,ia tak bersalah.Lantera itu juga tidak bersalah.Tapi perlu disamak dulu ye sebelum guna kerana lantera itu sudah terbabi(terkena babi).

2.Anjing kurap itu menjilat lantera.

huraian: Ini juga bukan ayat carut.Anjing itu tidak bersalah walaupun ia berkurap.Menjiat lantera juga tidak bersalah.
Jangan adik-adik salah faham.

3.Mak aih!banyak sungguh sarung kote kat sini.

huraian: Andai adik-adik rasa ini ayat carut maka adik tersebut memang bangang.Ayat ini ayat penerangan ye adik-adik.Dari segi bahasanya maka ada sedikit salah tapi tiada maksud mencarut.


lepas ni cikgu tunjuk pula ayat-ayat carut ye.Adik-adik jangan tiru ayat ini dirumah ye.Sungguh tidak sopan.

Contoh ayat-ayat carut.

1.Babi sungguh lantera ini,tak pasal-pasal muka aku merah.

huraian: Ini ayat carut ye adik-adik.Terang dan jelas.Lantera itu telah dicarut atas kesilapan atau bukan kesilapannya.

2.Oi anak haram!

huraian: ini juga ayat carut.Mungkin pihak defendan tidak jelas tetapi ia tetap carut.Pelaku teah mencarut secara rambang.

Makanya carut itu tidak baik,cikgu bagi 2 contoh sajalah.Takut jadi amalan adik-adik sekalian pula nanti.

Akhir sekali adik-adik.Ambillah pesanan dari ustaz cikgu dulu.

Kata beliau "Mencarut itu tak semestinya perkataan jijik dan kotor.Tidak mesti taik,babi,lantera dan sebagainya.Kalau kerusi sekalipun yang disebut tapi dengan niat memarahi dan mencarut maka ia tetap mencarut dan tetap berdosa"

Sekian saja kelas.
Renung-renungkan dan selamat mencarut!!
Eh,silap pulak cikgu.
Selamat beramal!!