Pages

Tuesday, December 14, 2010

uji minda:suaikan

situasi:
dalam sebuah penjara ada 4 orang pesalah yang kena tahan.azlan, saiful, anuar dan bukhari.sesuaikan banduan tersebut dengan kesalahan-kesalahan berikut berdasarkan perbualan dibawah.

A.psiko:___________________

B.pembunuh:_________________

C.perogol:___________________

D.pesalah gay:_______________

**********

Azlan:kalau ada kucing kat sini konfem aku dah rogol.

Saiful:a ah,lepas rogol aku bunuh kucing tu.

Anuar:aku nak rogol,bunuh kucing tu lepas tu bunuh diri kat sini.

Bukhari:meowwww

Sunday, December 12, 2010

khasiat ikan

kita,dari kecil,di ajar betapa bagusnya khasiat dari ikan.
kita,dari kecil, tak henti-henti makan ikan.
sampai nak habis ikan dilaut.
dah nak habis asam di darat.
kita masih tak henti makan ikan.

ikan.dimasak pelbagai cara.dimakan pelbagai rupa.
ikut citarasa manusia.

dihujung dunia sana,negara matahari naik,
ikan dimakan segar.mentah-mentah.
kalau boleh nak dimakan hidup-hidup.
bagi mendapatkan khasiat sepenuhnya.
dikunyah hidup-hidup.

tapi awas.ikan boleh memberi kesan negatif kalau tak kena caranya.
disudut dunia sana.
mereka memeram ikan.mencairkan ikan-ikan sebelum dimakan.
lalu mereka menggelarkan cecair itu sebagai "boddo".
boddo ini mereka makan bersama ulam sayur nasi hatta nasi goreng pun akan mereka curahkan cecair boddo ini.
mungkin ada juga yang minum cecair boddo itu sebagai sarapan pagi.

kesan dibawah pengaruh boddo;mereka akan jadi bengong-bengong.mereka seberani dubuk apabila berkumpulan.mereka sekecut tikus bila keseorangan.mereka rasa besar,gagah berani sekuat tok janggut.mereka meracau dalam bahasa yang sukar difahami.

p/s:sila berhati-hati bila ternampak makhluk dengan tanda-tanda seperti di atas.

Sunday, November 7, 2010

keputusan pilihanraya

minggu lepas ada 2 pilihanraya.
macam biasa,kecoh2 sebelum pilihanraya
dah siap senyap le semua.
pedulikan.

mari kita tengok apa makna keputusan pilihanraya.
analisa keputusan pilihanraya.

contoh:

BN:5ribu undi
PKR:3ribu undi
Bebas:1ribu undi
peratusan keluar mengundi:80%
undi rosak:700

mula-mula cari pemenang.sah2 yang paling banyak undi tu menang.
tahniah!anda menang.o yeahhh!
yang dapat undi sikit kalah le.
boo!!anda kalah..pegi balik rumah le.
on the way balik cabut dulu poster2 semua.
boleh le dapat duit sikit nanti.

pada yang menang.anda dapat 5ribu undi tapi ada lagi 4ribu pengundi yang tidak suka atau benci pada anda.
1ribu undi bebas.maksudnya ada seribu pengundi kawasan tu tak mahu terikat.mereka mahu bebas.

80% keluar mengundi.makna:ada lagi 20% pengundi kawasan tu lansung tidak berminat atau tak berani nak mengundi tapi pernah kena paksa daftar.atau takde pendirian.dah daftar taknak mengundi.mungkin daftar untuk dapat duit.
sila semak.

700 undi rosak.makna:ada 700 pengundi bangang dikawasan kerusi anda.tugas anda untuk memandaikan mereka.punya bangang sampai mengundi pun tak reti.
upah saja koperal-koperal bakar pengundi bangang.peguam pun boleh jugak.tapi caj mahal le.

yang paling penting.peratusan bijak pandai yang tak dapat dikesan.mereka-mereka ini golongan bijak pandai yang tidak termakan hasutan atau paksaan.mereka tidak mendaftar apatah lagi mengundi.

sekian.selamat bertugas.

Friday, November 5, 2010

hari jadi

Selamat hari jadi pada diri sendiri.
Dengarkanlah..

Allah selamatkan saya
Allah selamatkan saya
Allah selamatkanlah diri saya
Allah selamatkan sayaaaa!!!

Amin!!!

Wednesday, November 3, 2010

deepavali

ada apa deepavali?
setiap tahun ada deepavali.
kadang-kadang deeparaya.
ada apa?
dah bertahun pun ada deepavali.

tapi itu dulu.
sebelum ada najib.
sekarang kita konsep 1 malaysia.
apa bangsa jadi satu.
apa raya sama-sama sambut.

jadi kita kena ada lagu raya untuk deepavali.
dengan ini aku paparkan lagu raya:

lagu asal: air mata syawal
penyanyi asal: siti nurhaliza

lagu baru:air mata deepavali
penyanyi baru:accapan



Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan kari kambing
Wajah appa amma bermain di mata
Mengajak ku pulang ke Perak
Di hari bahagia Deepavali


Lama kutunggu
Bertemu kuih maruku
Namun tidak kesampaian
Airliur jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya manisan
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai appa amma ampunkan macha
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah



terima kasih!!!!!

Tuesday, October 26, 2010

facebook

aku makin tak suka social network.
itu hari aku melepak kedai mamak mmz area bkt jelutong sana sama kawan2.

biasa kalau tak mmz mesti kat tanjung.sana ada awek cun jual laksa.
laksa tak sedap tapi bila makan laksa sambil tengok si tukang masak rasa sangat enak.ohhh!!
#amaran:jangan makan sambil tengok mamak.laksa jadi 3kali ganda tak sedap.#

tapi tu dulu.sekarang laksa dah takde.tukang masak pun dah takde.ntah sapa amik buat bini no 2.keji!!

sekarang hanya mmz.sana ada nasi lemak kukus ayam goreng garing prap2.sangat sedap.tapi aku makan roti telur potong kari ayam.sedap le jugak.

lalu kami berempat duduk dan order.
blom sempat nak borak lalu mija dah keluar telefon.update facebook kot.kalau tak mija mesti eddy.salah sorang ni yang akan spoilt majlis lepak.barua!!

sejak facebook boleh acces dekat telefon,lepak lepak pon dah tak mesra lagi.drive pon tepaksa layan kepala sendiri.

petang itu,aku sangat benci facebook twitter ym dan segala jenis social network yang lain.oh!aku juga menyampah blackberry.pandai-pandai pulak buat facebook kat telefon.

mari kita boikot facebook.juga blackberry.boikot!!!

Monday, October 25, 2010

matematik

!kringggg!!!
masuk kelas semua.
hari ni cikgu nak ajar topik baru.
topik kita adalah penaklukan mantik.

ayat 1: praktis adalah untuk jadi perfect.sempurna.

ayat 2: tiada orang yang sempurna.

kesimpulan:tak payah praktis sebab tak kan jadi sempurna.

ya murid-murid.inilah penaklukan mantik.

!kringg!!

kelas bersurai.

Thursday, August 19, 2010

dilema jumaat jilid 2


*gambar hiasan*

saya pergi solat jumaat.sembahyang jumaat.
saya lebih selesa perkataan sembahyang.tak tau kenapa.
biasa lah.hari jumaat.sembahyang jumaat la takkan sembahyang raya pulak.
minggu lepas saya di lumut.tempat saya hilang selipar.
barua betul(sapa puasa jangan baca)
minggu ni ditempat biasa.
tempat saja biasa.
suasana luar biasa.
orang lebih ramai dari biasa

tapi..
bulan puasa..biasalah
dah takde iblis-iblis.takde le yang nak sesatkan umat ni semua


*sekadara tempelan*

bagus le ramai-ramai
bukan masalah saya
yang masalahnya khutbah
dari belakang sayup sayup je kedengaran.

yang tok imam pon macam tak pernah puasa
suara ala kadar je.wasatiah sungguh.
lagi pula,baca je teks khutbah.
tak payah tunggu imam kalau nak baca.
budak darjah 5 boleh baca khutbah.
tak boleh ke sampaikan khutbah tu.
kalo baca memang tak sampai punya.
mana pergi JAKIM ke JAIS ke.
dari dok kejar kejar orang tak puasa
buat le kursus penyampaian khutbah kat imam imam ni satu.

ramai le yang ketiduran tak kala imam baca khutbah.
maklumlah.baca.

memang kata orang dalam majlis ilmu ni ada iblis-iblis
dok letak celak mata.bagi orang ngantuk.bagi orang tidur.
tapi bulan puasa mana ada iblis.semua kena ikat.
kalau pun ada sekor 2.jangan kata orang.
iblis pun tidur kena khutbah macam tu.

yang saya marah sangat ni bukan apa.
penuh sangat masjid
sampai takde tempat duduk
takkan nak tidur berdiri?

renung-renungkan!!


*hiasan juga*

Monday, August 16, 2010

surat untuk mastika

kalau anda pernah baca mastika
mesti ada perasan satu ruang surat dari pembaca.
macam luahan perasaan lebih kurang.kadang-kadang penyesalan.
aku pun ada satu ni haa..


PAR PERGI TANPA KESAN

saya masih ingat hari itu.13 ogos 2010 bersamaan 3 ramadhan 1431.
sehari sebelum itu saya terpaksa ke lumut kerana ada urusan perniagaan dengan penternak ikan disana.
Par setia menemani saya.

saya tidak pernah tinggalkan Par kemana saya pergi.Dia ibarat bayang-bayang saya.dia ibarat pelindung.sentiasa melapik saya.Par sangat penting...bagi saya.

tapi,jodoh kami tidak lama.petang itu Par pergi juga.pergi tanpa saya rela.pergi tak kembali.pergi tanpa pesan.tanpa dapat dikesan.ini bukan kali pertama.
Par pernah pergi sebelum ni.tapi berjaya ditemui.

Beberapa bulan lepas,petang jumaat juga..saya temui Par bergolek.Par dinodai.saya bersalah.maafkan saya Par.

saya bersalah.saya tidak belajar dari sejarah.maafkan saya Par.
Saya tidak sangka sama sekali.Kalaulah saya tahu.takkan saya biarkan Par sendirian.
Sumpah.
Tapi semua dah terlambat.saya menangis air mata darah sekalipun,Par takkan kembali.Mungkin kembali..tapi harapan sangat tipis.menghampiri kosong.saya berhenti berharap.

saya memang tidak sangka.
siapa boleh sangka.saya berada di kawasan lumut.dari jauh terpampang bandar maritim dan pelancongan.inikah contoh dari jabatan-jabatan maritim kita kepada pelancong.
Par,maafkan saya.
saya tak sangka hari jumaat dibulan puasa pun ada orang sanggup membuat onar.
apakah makna puasa pada mereka?
maafkan saya.
saya tidak tahu di perak bumi beradab juga ada penyangak begitu.
inikah adab mereka?

Par,
maafkan saya...aku redha pemergian mu.

sekian.



#PAR ADALAH SEPASANG SELIPAR MILIK PENULIS.KALI PERTAMA PAR CUBA DIROMPAK ADALAH KETIKA BERSOLAT JUMAAT DI MASJID SEKSYEN 17 SHAH ALAM BEBERAPA MINGGU YANG LALU.SEKARANG PAR HANYA DALAM KENANGAN.PAR BERJAYA DIROMPAK DENGAN JAYANYA KETIKA BERSOLAT JUMAAT DI MASJID PEKAN LUMUT PADA 3 RAMADAN YANG LALU.TAHNIAH YOB!
KEJAYAAN ROMPAKAN PAR TELAH MEMBUAT PENULIS BERLARI-LARI ATAS TAR UNTUK SELAMATKAN TAPAK KAKINYA YANG GEBU#



*saat saya dan Par gembira bersama*



*saat pertama kali Par dinoda sebelah kiri*



*saat pertama kali Par dinoda sebelah kanan*

Tuesday, July 13, 2010

broga hill

*penulis tempelan*maafkan penulis jika gaya penulisan sangat hampeh,buah cempedak luar pagar*



sila lihat peta di atas.
Ini adalah laluan ke bukit broga.
Kalau ada antara kalian mahu mendaki ini bukit
Jangan gusar
laluan yang senang ini boleh dirujuk dan print dari internet
Kalau mahu sedikit cerdik,sila hafal,sesat terlajak 2-3 jalan,kemudian dengan selamat,sampailah anda ke broga hill ini.

saya sangat gembira bila fikir mahu panjat ini bukit.
maklumlah setelah melawat blog2 orang lain,cerita2 memukau sangat membuat saya teruja.oh..xtido malam bila pk broga.hidup broga!!hip2..jerit hati saya keriangan.

maka,tepat pukul 9(lbh kurang) saya panjat broga dengan 2 org sahabat comel.ini kisah saya,bukan yg comel2 itu..so abaikan yang comel2 itu.sambung!

kebiasaan manusia yang mahu lihat matahari terbit dari puncak bukit saya langgari sebab masa sy mendaki dengan semput sekali,matahari dah meninggi dan manusia yang mendaki pada awal gelap pagi embun mencurah2 sedang menuruni bukit dengan bangga sebab dapat tengok matahari terbit sedangkan saya terpaksa menghidu bau busuk peluh ketiak masam mereka sambil mendaki semput.kesian saya.sambung!

laluan ke broga ini tidaklah susah.sudah ada takak2 tapak untuk senang pijak.ok ler kalau nk berlari pon boleh cuma saya semput.jauh ditinggal belakang oleh sicomel berdua.

ooppps!!!

saya telah ditegur kerana tidak nampak 'hero' dan tahap 'perkasa' saya dalam trip laporan ini sangatlah mencurigakan..ok..tukar versi.sambung!

Gua malas mahu memuji tahap stamina gua yang mantap ini.apalah sangat panjat bukit 3-4 jam. gua masih mampu senyum walau semput-semput mintak nyawa. rokok oh rokok..rintih gua yang kehabisan stok ini sambil pandang langit kot2 jatuh seputung.dengan bag tergalas di bahu bawak stok air untuk sicomel sicomel sangat gentleman kan?gua lah tu..cepat! mintak otograp!!!

Erk,jap..kita tengok gambar kedua.ini cerita bergambar dan gua kehilangan fokus.kita masih bercakap pasal broga kan?hihihi.


Gua sudah lupa dari sudut mana gua snap ini gambar.walau apa pun,semestinya lagi tinggi dari tempat yang ditunjuk.nampak sunyi sepi tanpa orang bukan?xramai yang tahan gentar sanggup kulit garing tengah terik matahari pukul 11 panjat bukit.gualah tu.ulang lagi skali.gua lah tu.bangga seh.waktu ini semua dah turun takut matahari.huh.sambung!



Tak banyak yang gua boleh puji sebenarnya.apa-apa pun,panjat broga pada pukul 9 pagi,selain keluar peluh 2 baldi,lenguh lutut dan betis(orang lain,bukan gua),ketiak hangit(bukan gua juga),gua boleh puji amoi-amoi seksi yang turun bukit yang berselisih masa gua panjat.sejuk mata.muahahaha.oh broga.dan ketiak masam.oh broga lagi...

Gua percaya matahari terbit pagi di broga mestilah cantik.tapi serius kalau nak panjat broga waktu pagi,akan alami kesesakan yang jitu..ramai sangat umat manusia.korang tak akan dapat menghayati alam,konpem..ramai sangat manusia..sesak.xcukup napas.nak bergambar pun kena ambik turn.biasalah panjat bukit free.camnilah..huh.oleh itu,sila contohi gua yang bernas ini,panjat lewat-lewat,hujung pagi.solat dhuha atas bukit.peh.



lihatlah dada langit..ya.sila lihat dan lompat sambil jerit 'yeay!!!'..tak susah mendaki sebenarnya.gelojoh nak sampai ke puncak sampai xhengat waktu tapi masa nak turun,sangatlah azab.boleh menggigil kepala lutut.huh.

kepada mereka yang inginkan kelainan di hujung minggu kalau dah bosan asyik jogging je,bolehlah cuba aktiviti ini.bawak gulai kawah budu ikan kering makan kat atas.dah kenyang perut main layang-layang.pastu lelap.pastu petang.pastu bermalam..apa ko merepek ni sioh.eh awang eh yeob.oklah.tata.

Thursday, June 3, 2010

kereta kentut

selamat enjoy..



letupan pada akhir babak tidak dapat ditunjukan kerana tidak mendapat kelulusan FINAS.

sekian

Tuesday, June 1, 2010

blog mak temah

ini kisah mak temah
kisah mak temah dan blognya.
mak temah rajin membaca blog.
mak temah baca semua blog.

mak temah paling suka blog kaum kaum beliau.
berkongsi suka duka kaum beliau.
mak temah terharu.

hari hari mak temah baca
mak temah mula rasa pandai
mak temah naik level
mak temah baca
mak temah komen
mak temah nasihat
membaca mengomen menasihat
mak temah rasa bagus

mak temah kecewa
komen komen tak laku
orang tak amik pot
orang tak approve komen
mak temah hangin satu badan
hangin sampai kepala

mak temah naik lagi 1 level
mak temah mula tulis blog
mak temah buka maktemah.blogspot
tulis pasal diri sendiri
tulis pasal orang lain
tulis pasal keje kat ofis
tulis pasal orang kentut dalam ofis
tulis pasal pegi makan lepas keje
mak temah sangat produktif
tulis pasal semua yang lintas depan mata
padahal mak temah dah ada facebook
tempat mak temah update berak kencing beliau

mak temah sangat baik
mak temah guna konsep "ada aku kisah"
mak temah bagi semua baca
mak temah bagi semua komen
bagi orang komplen
mak temah tak kisah
tak kisah nak marah orang-orang yang komplen beliau.
mak temah suka dipuji
tapi jangan dikeji
mak temah suka dibodek
tapi jangan diherdik
mak temah tak kisah
tapi mak temah marah.

p/s:penulis mempunyai 20tahun pengalaman mengkaji mak temah dan kaum kaum yang seerti dengan mak temah.beliau dapat memahami kaum kaum temah dengan sekali imbas sahaja.penulisan beliau adalah hasil dari pemerhatian beliau keatas kaum kaum mak temah yang penuh berkeliaran dimuka bumi.

Monday, May 17, 2010

facebook

jaman sekarang jaman it.
oh!terlalu jawa..

zaman sekarang zaman it.
facebook dan twitter dah jadi macam handphone.wajib ada.mandatori.
dah tak macam biskut.kejap ada kejap takde.


dolu dolu
jalan-jalan pasar malam
jumpa kawan lama
borak borak
gosip-gosip
hai hai
sebelum bai bai minta email kot kot nak beremail kononnya.
lalu bertukar tukar emaillah mereka


dolu
jalan-jalan pasar malam
jumpa kawan lama
borak borak
gosip-gosip
hai hai
sebelum bai bai minta phone no kot kot nak berkontek kononnya.
kawan yang rasa ada phone canggih pon keluarkan phone "apa no ko?"
kawan yang segan segan phone cap ayam atau pun kredit cukup nak hantar mesej pon cakap " ko tembak le"


sekarang
situasi masih sama.pasar malam yang sama.
jalan-jalan pasar malam
jumpa kawan lama.penah jumpa dolu.penah tukar tukar no phone.tak penah bekontek.
borak borak
gosip-gosip
hai hai
sebelum bai bai minta facebook.
kawan1 "apa email facebook ko"
kawan2 "kan aku dah bagi dolu-dolu(refer situasi 1)"
kawan1 "ko guna lagi ke?aku dah tukar..nanti ko add aku cipanhensem@tenukmacho.com"
maka itulah perbualan mereka dialam nyata mahupun dialam maya.


senang cerita, friendster myspace tagged facebook twitter blablabla pungpangpungpang kungkangkungkang hatta phone book sekali pun,walau ada 4000 kawan tapi kalau tak berkontek kontek takde makna sosial network tu.

tulis le status macam macam.letak le gambar posing sana sini.syok le sendiri.
dah bosan main game plak.

ntah apa le guna facebook.
tulis banyak pun tak guna.

layan poker lagi bagus.

Friday, April 9, 2010

sabtu

sabtu itu.pagi sabtu.
terbangun dari lena yang panjang.
merenung keluar.
oh!pagi ini dikejutkan sang hujan.
pandangan kabur.
rancangan terkubur.

pagi sunyi.
hanya suara unggas kedengaran.
ketepi jendela melihat rintikan hujan.
hujung minggu ini aku sendiri.
sabtu ini,sabtu terakhir sebelum sebelum aku kejauhan.

mancari cari teman bernama marlboro.
keluarkan isi perutnya.
ketuk ketuk kemeja.
selit ke celah bibir.
cari pula sahabat marlboro itu.
dimana dia.
ku temui cricket dicelah selimut.
perlahan petik kepalanya.
lalu cricket setia mengeluarkan haba.
haba yang mampu buat marlboro membara.
ku sedut perlahan,bara membara.
lalu ke hembus,asap berasap.

apa harus begini hujung minggu ku?
sabtu ku?
bagamana pula esok....ahad ku?
ahh!!
persetankan.
jam baru pukul 9.00
masih pagi.
masih banyak masa.
masih ada peluang.
masih awal.
semoga hujung minggu akan bercahaya.

tidur dulu

Tuesday, March 30, 2010

manusia

manusia ada pelbagai jenis.
peramah
pemurah
budiman
rakus
gelojoh
kedekut piang!

kalau dikira jenis manusia memang tak cukup jari jemari tangan hatta termasuk jari kaki sekalipun.
berapa panjang sekali pun senarai jenis manusia,sebenarnya ada 2 saja.

1.manusia baik
2.manusia jahat

selebihnya manusia baik konon2 jahat.kita namakan nakal.
yang jahat belagak baik pun ada.namakan mereka hipokrit.

abaikan yang baik.abaikan juga yang baik tapi konon2 jahat.
golongan kami tidak membahayakan kesihatan dan hidupan atas muka bumi.

mari bercakap pasal golongan jahat.
sejahat mana mereka?
kenapa kau jahat?
perlukah?
tak boleh hidup aman damai?
abaikan orang jahat.
kewujudan mereka agak jelas.
cuma perlukan sedikit pemerhatian.

lebih bahaya adalah golongan jahat pura2 baik.
mereka boleh senyum didepan lalu tikam di belakang.
mereka tunduk didepan lalu sepak di belakang.
mereka berdendam.
sanggup buat apa saja.
dari belakang.hanya dibelakang.bacul.
umpat.caci maki.kutuk.sumpah seranah.pecah cermin kereta.
kecut bila berdepan.
setan bila dibelakang.
golongan ini susah dikenali.
tak boleh difahami.
tak akan dimengerti.

mereka lebih setan dari setan.
mereka bapa setan.
oh!andai mereka betina,mereka mak setan.

auzubillahiminasyaitonnirajim!!!

Monday, March 29, 2010

sabtu yang kosong

hari itu hari sabtu.
sabtu yang kosong.
sabtu yang sunyi.

hanya ada kicauan burung.
hanya ada suara dari tv.
sesekali terdengar bunyi orang meneguk air.
sesekali terdengar bunyi orang membuang air.
sesekali terdengar orang memetik lighter.

sabtu itu sungguh hening.
bila kali terakhir jumpa sabtu yang kosong begini?
orang itu golek-golek dipembaringan.
orang itu menonton tv.
tv itu menonton orang.

sesekali terdengar bunyi dari telefon.

oh!sudah pukul 4.
hapuskan sunyi dengan bunyi mandi.

sekian

Friday, March 26, 2010

dilema jumaat

hari jumaat memang istimewa.
semua orang pun setuju.
ada sapa tak setuju?

antara sebab aku suka hari jumaat.

-hari jumaat hari last kerja
secara rasminya hari jumaat hari last kerja setiap minggu.walau kadang kadang kerja hari sabtu,ahad,isnin,selasa,rabu,khamis,hari jumaat tetap istimewa.

-waktu kerja pendek.
tak kira kaum,lelaki atau wanita kebanyakan waktu kerja memang pendek hari jumaat.
kaum lelaki pergi masjid atau tidak tetap merehat diri dari kerja.
kaum wanita apatah lagi,masjid pasti tak,sana sini le melepak.
dan biasanya lepas jumaat rasa sangat segar.macam baru bangun pagi.
aku namakan itu "fadilat jumaat"

-lepas jumaat ada sabtu
sama macam alasan 1.saja bagi nampak macam banyak sebab.
lepas jumaat sabtu.sabtu cuti.dengan kata lain jumaat best.

dan jumaat harapnya akan lebih istimewa....


2010

beberapa tahun yang lalu
"
kisah dari buku cerita sekolah rendah dulu....seorang budak miskin yang bijak pergi ke kedai peniaga yang tamak.budak itu ada sebuku roti.sebuku=seketul.
budak itu bertanya pada peniaga.

budak: uncle, berapa harga roti?

uncle:$1.50.($ digunakan sebab masa tu belum guna rm..harga pon ikut suka aku je tu)

budak:kari(kuah yang digunakan cicah roti)berapa harga?

uncle:kuah free saja maa

budak:kalau macam tu boleh bagi saya kari?roti saya dah ada ni haaa

....dan ikut kisah dari buku tu maka budak tu pun dapat le makan roti dengan kuah kari dek kerana uncle tersebut malu dengan pelanggan beliau yang lain.padahal kalau betul mesken cekik je la roti kosong pun.gelar saja budak itu simesken yang tidak bersyukur."


2010
pagi jumaat yang indah.bergerak ke tempat kerja.
ah!masih awal.boleh sarapan dulu.jam di handphone baru 945am.
kelihatan beberapa manusia menggayakan pakaian jumaat.berbaju melayu serta jeans.ada pula kebaya dan kebarung,belah hingga punggung.indahnya jumaat.

masuk ke kedai cashier comel.cari kerusi tak berpenghuni.sasarkan meja berpisang dan bersurat khabar.duduk dengan tenang.
datang sang pengkedai itu....

pengkedai:minum apa bang?

aku:nescafe tarik

p:makan?

a:roti kosong berapa harga?

p:rm 0.80

a:pisang?(sambil tunjuk atas meja)

p:free je bang

a:roti pisang satu

pengkedai ke kaunter lalu pesan pesanan aku.aku santai baca paper,sedut dan hembus asap.makanan sampai.
macam biasa.mencekik lebih cepat dari menunggu.selepas menunaikan tanggujawab rutin selepas makan aku ke kaunter bayaran.

cashier comel: makan apa tadi?(buat buat tanya pulakk)

aku:nescafe tarik,roti pisang,berapa?

cc:rm3.00

a:kenapa?

cc:nescafe tarik rm1.50,roti pisang rm1.50

a:pisang free?

cc:pisang free,roti pisang rm1.50

..aku bayar.berambus.

mission gagal.

niat dihati nak tambah keistimewaan jumaat.
baru roti pisang.
macamana yang lain?
kek coklat pisang?
goreng pisang?
cekodok pisang?
banana split?

Sunday, March 21, 2010

siri ketamadunan manusia

satu petang jalan-jalan di sunway pyramid.
terdengat pekikan2 dan gelak tawa.
rasa ingin tahu.
rapat2.selit2.
Oh!
2 ekor pahlawan sedang bertarung dalam kandang.
dalam bahasa bertamadun:2 orang pahlawan bertomoi dalam gelanggang.



manusia-manusia keliling dan memenuhi setiap ruang yang ada.
teruja dan teransang.menikmati tumbukan dan sepakan.
jeritan makin kuat bila ada pahlawan jatuh.
tolong pengadil buat kiraan.
macam tengok filem gladiator.
rasa nak campakkan parang,lembing,keris,botol cencaluk dan sebagainya.
sangat teruja.



pertarungan tamat.sekor kalah.sekor menang.adat.
penonton tak berganjak.
mahu lebih hiburan.mahu darah.mahu mampos.
penganjur seperti dapat baca fikiran.
campak 2 wanita naik ke gelanggang.
Suruh gaduh.
tumbuk2.sepak2.lutut2.
kira markah.
macam biasa.kalah vs menang.



crowd masih tak puas.
masih mahu hiburan.
pengajur tangkas.
panggil budak naik gelanggang.pertandingan sepak paling laju.
kiri dan kanan.
tomoi bagus.tak perlu tapis.tak perlu 18sg.
hentak saja.
melentur buluh dari rebung.
boleh le rebung lentur rebung2 lain kat sekolah.

cayalah penganjur.

minggu depan ajar pecah rumah pula.

Sunday, February 28, 2010

2010 jld 2

aku malas nak tulis.
tengok gambar ni cukup le.



(kesimpulan: lelaki yang nak ada kawan sila pakai bra)
(persoalan:perlukah aku pakai bra?)

sekian.

Wednesday, January 13, 2010

2010

Yeah!!
Tahun baru datang lagi.

Semua pun sibuk le nak berazam azam.
Ada yang sungguh sungguh.
Ada yang takat nak meriahkan majlis walaupun tiap tahun azam tak pernah kemana.
Carry forward...

Aku pun,ingin juga konon konon jadi pelengkap majlis.
Entah apa azam aku tahun lepas?
Eh!Ada ke?

Kalau ada pun,aku dah lupa.
Mari cipta azam baru..

Mula mula aku rasa,bagi nampak macam bagus baik aku buat banyak azam.
10 ke 20 azam.
Pehh!!!
Hai adik adik,mari le berkenalan dengan abang azam.

*
*

Tapi sambil tengok kemachoan Horatio ni tak sempat le nak tulis panjang panjang.
Lain kali je aku poyo.
Sori ye adik adik.

Maka,setelah diringkaskan,azam aku adalah seperti berikut:

1.rokok

Kalau tak dapat pencen pun dapat kurangkan dah cukup bagus.Kalau terus pencen pun tak elok juga KNDK negara.Lembab pula ekonomi negara nanti.Mula le ada orang jual enjin jet hak kerajaan nanti.

Aku bukan le perokok tegar.Setakat bersosial je.bersosial kat ofis.Bersosial di kedai mamak.Ni paling best.Kadang kadang dah macam race rokok.Sapa boleh habiskan stok rokok kat kedai mamak dulu dia menang.Rokok memang sentiasa dalam poket tapi bukan selalu sangat gonggong.Hari produktif cecah sekotak lebih.Hari lembab mungkin tak habis sekotak.Dalam term matematik,purata sekotak sehari.Konsisten beb!
Rokok juga jadi bahan pemangkin penting pagi pagi masa bersosial dengan jamban.Susah nak ubah ni.Takkan nak biar tangki kumbahan kosong.Rugi tu.Pengguna bijak mesti manfaat segala kemudahan.



Dan,produktiviti meningkat bila tengok game bola.Formula: produktiviti berkadar songsang dengan performance kelab yang disupport.Berdasarkan cuaca kelab hujan dan lembab sepanjang tahun peluang nak menurunkan produktiviti sangat rendah.Dari sudut positif;rendah bukan mustahil.

Pada yang nak ikut azam baik aku ni.Jangan percaya mitos sukan boleh kurangkan merokok.Karut!Tahyul dan kurafat semua tu.

Wahai para silembab,baca contoh ni:
Futsal.
Sampai ketempat futsal,sambil tunggu cukup korum:sebatang rokok
Masuk main,keluar kejap charging:sebatang x 3 = 3batang rokok (ikut kadar kepenatan)
Habis main,sesi bragging bla bla bla :sebatang rokok
Paling-paling bangang pun sempat jugak 3 batang dalam masa sejam.Produktif kan?

Contoh lagi..
Driving range.Ni lagi teruk.
Dengan rate 10bola sebatang rokok.100 bola dalam masa 2jam.100/10=10batang
Purata:5batang rokok sejam.Tak kurang.Lebih insyaallah.

Jadi,kawan kawan.Mari sama sama bagi sokongan pada gaya hidup sihat tanpa rosakkan KDNK negara kita.

NEXT!!!

2.badan

Berat badan perlu ditambah beberapa kilo bagi balance dengan kemachoan tanpa merosakkan 6packs yg sedia ada.
Mencabar siot.Makan lebih tak boleh.Senaman lebih pun tak boleh.Minum lagi le terhad.
Azam ni mungkin perlu dipertimbangkan semula.

Selamat tahun baru semua!

Sunday, January 10, 2010

Aku dan kematian

Mati.
Itu yang tunggu dihujung hidup kita.
Mati itu pasti.

Tak boleh buat apa.
tak cepat,takkan lambat.
sampai masa datang juga..

Akhir tahun lalu,aku hilang kawan.
Aku terkilan.Tak dapat melawat dihari kejadian.
Kawan-kawan jauh sempat pergi.
Tapi aku.Terpaksa kerja.Tanggung jawab beb.

Sempat juga jengah rumah bapa arwah.
Tengok sibapa masih berduka.
Lihat sibalu wajah selamba.
Lihat sang anak asyik terleka.
Aku sayu.Lidah kelu.

Aku pedih.
Tapi mereka lebih perih.
Si bapa kehilangan anak.
Si isteri kehilangan suami.
Si anak ketiadaan bapa.
Aku hilang kata-kata.

Lalu aku minta izin pergi ke kubur.
Sibapa seolah enggan ikut.
Tak apalah.

Agak susah cari kubur tak bernyawa.
Nisan pula tak bernama.

*

*

Bukan kisah kematian mau dicerita.
Tapi kisah lepas mati.
Menyoroti facebook,maka aku terbaca kisah-kisah yang dikarya oleh kawan-kawan yang lain.
Betapa arwah seorang yang baik.
Ringan tulang.
Dan aku akui,semuanya benar.Bukan rekaan.
Aku tak mampu komen balas.
Hati masih syahdu.

Benar kata orang,manusia mati tinggalkan nama.

Terdetik dalam fikiran.
Andai aku yang mati.
Apakah dikenang?
Bagaimana dikenang?

Oi jangan kutuk aku oi!!
Minta maaf silap salah.


*pada mereka yang terbaca,lalu kenal akan aidil@karat,sedekahkanlah alfatihah*dan pada mereka yang terbaca,lalu tidak kenal,sedekahkanlah juga alfatihah.jangan kedekut sangat*