Pages

Wednesday, December 17, 2008

Kamus Bahasa Melayu

Sejajar dengan seruan kerajaan untuk memartabatkan bahasa melayu mari kita sama-sama mendalamkan ilmu bahasa melayu kita.Sebenarnya lebih sesuai dinamakan bahasa malaysia.

Perkataan pertama hari ini adalah tipu.

Mengikut kamus dewan edisi ke tiga ,TIPU membawa maksud perbuatan curang atau kata-kata dusta utk menyesatkan orang, kecoh, muslihat; ~ daya (helah, muslihat, belit) berbagai-bagai tipu (perbuatan memperdaya); ~ semu tipu daya; ~ Acheh gurindam Barus prb tipu muslihat yg halus dan licin;menipu mengenakan tipu, memperdaya, mengecoh: ia dituduh ~ orang ramai dgn menjual barang-barang palsu; ditipu tegak-tegak ditipu benar-benar;tertipu (telah) ditipu;tipuan perihal menipu, tipu: banyak orang yg hidup sengsara akibat kemiskinan dan ~ orang; penipuan 1. perbuatan menipu: sukatan dan ukuran piawai dapat mencegah ~; 2. perkara (kejadian) menipu: berbagai-bagai cerita tentang ~ telah dilaporkan kpd polis; penipu orang yg menipu.

Untuk semakan,sila rujuk Dewan Bahasa.

Setelah memahami maksud tipu mari pula kita belajar jenis-jenis tipu atau penipuan.Tipu terbahagi kepada beberapa jenis.Yang jelas tipu sunat memang tidak termasuk dalam jenis-jenis sunat.Janganlah menipu walaupun anda hendak lari dari disunatkan(pesanan untuk adik-adik yang belum sunat).

Kadang-kadang kita dituduh menipu walaupun sekadar gurauan yang tidak merugikan dan tidak menguntungkan sesiapa.Ini bukan menipu.Perbuatan ini jelas masuk kategori gurauan.

Perkataan sama makna: muslihat, helah, tipu muslihat, tipu daya, tipu helah, tipu belit, perdaya, bohong, temberang, dusta, akal, auta, olok-olok, lebun, tokoh, kecoh, kecong, kecek, kelong, kacung, kicau, kicu, tangguk, cong, kelentong, borak, bongak, kidab, lolok, lontak, dengkul, kizib, merakah;,

Perkataan kedua hari ini adalah kawan.

KAWAN,merujuk pada Kamus Dewan Bahasa Edisi ke Tiga membawa maksud 2. sahabat, teman (dlm pergaulan sehari-hari), rakan: hendak tahu akan baik orang, tanyalah kpd ~nya yg karib; aku dgn beberapa orang ~ telah mengungsi ke Merbuk; 3. orang yg bersama-sama melakukan sesuatu (terlibat dlm kegiatan, pekerjaan, dll yg sama), teman: ~ sekerja; 4. bp ahli rumah tangga (suami atau isteri), teman hidup: bakal menantuku sudah ada, ~ hidupmu yg ibu idam-idamkan sudah tersedia; 5. pemakan, jodoh; ~ sirih apa yg dimakan dgn sirih;

Untuk rujukan sila semak DBP.

Perkataan seerti kawan pula : sahabat: rakan, teman, kenalan, handai, taulan, konco, pengikut, sekutu, penyokong, kumpulan, pasangan, kelompok, geng, komrad,


KESIMPULAN:JANGAN TIPU KAWAN ANDA.


KRINGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!
(kelas tamat)

Thursday, December 4, 2008

konsep konsep marketing

Hai adik-adik.Hari ni Abg Sukun(AS) nak kongsi dengan adik-adik apakah konsep pemasaran.AS baca dari hasil penulisan seorang Prof marketing ni.
Sila le adik-adik baca dan cuba paham ye.Yang tak paham boleh tanya Abg.

1.AS nampak awek cun masa lepak kat kedai mamak.Abg pun pergi tegur "Hai,saya Sukun,saya hensem,nak dating dengan saya?"-Ini namanya Direct Marketing.

2.AS tengok bola dengan kawan-kawan kat kedai mamak.Sekali ada sorang awek seksi.Kawan Abg pun pergi cakap "Sana Sukun,dia hensem,perut ketak,nak berkenalan dengan dia?"-Ini namanya Iklan

3.AS nampak awek cun kat bus stop.AS pun minta nombor phone.Malam tu AS call awek tu cakap "Hello,saya brader macho tadi,mau dating dengan saya?"-Ini Telemarketing

4.Ada awek cun kat stesen lrt,hujan renyai-renyai.AS bawa payung,hantar dia sampai kereta,tolong bukakan pintu kereta.Lepas tu cakap "awak lawa,saya macho,sudi dating?-Ini PR

5.Awek seksi tengah shopping dalam tesco.AS pergi cakap "saya hensem,sopan,budiman dan berbudi bahasa,mau dating?"Awek tu angguk-angguk.-Ini Customer Feedback

6.Awek cun yang AS jumpa minggu lepas call ajak jumpa.AS pun pergi cakap "mau dating lagi?"-Ini After Sales Service

Baiklah adik-adik,sampai sini saja kelas pemasaran kita kali ni.Kalau ada soalan jangan segan silu nak tanya kat Abg Sukun ye.

Monday, December 1, 2008

Nabil vs Harith Iskander

Panas betul bila aku baca kosmo hari ni.Atau lebih tepat,panas betul bila aku baca ruangan Marilyn Cantik.Aku tak marah kalau setakat dia nak memuji Harith.Dan aku takkan ambil hati kalau dia nak kutuk Nabil berapa banyak sekalipun.

Tapi bab kutuk bahasa melayu memang boleh naik darah kalau baca.Dalam ruang tersebut dia ada tulis:

"Baguslah tu Harith, dunia komedi tempatan bolehlah bersandarkan rekod yang pernah anda buat apabila mahu melahirkan komedi yang diterima golongan elit. 1.Yelah, orang-orang elit mestilah nak tengok dan dengar komedi dalam bahasa Inggeris, barulah mudah faham dan jelas lawak yang disampaikan. 2.Kalau komedi bahasa Melayu seratus peratus, tak sesuailah rasanya masuk dewan yang gah sambil memakai sut atau gaun malam."

Dalam tu aku dah tandakan dengan nombor.

1.Yelah, orang-orang elit mestilah nak tengok dan dengar komedi dalam bahasa Inggeris, barulah mudah faham dan jelas lawak yang disampaikan.

-Elit sangatkah sampai tak faham bahasa melayu?Lupakah bahasa melayu/malaysia itu bahasa rasmi negara malaysia?

2.Kalau komedi bahasa Melayu seratus peratus, tak sesuailah rasanya masuk dewan yang gah sambil memakai sut atau gaun malam.

-Malukah anda dengan bahasa sendiri?Oh!memandangkan nama anda Marilyn,jika anda bukan melayu bolehkah sesuka hati menghina bahasa kaum lain?
Tidak malukah anda menjadi penulis diruangan suratkhabar berbahasa melayu?
Tidak elitkah pembaca Kosmo?

Bahasa Melayu tak sesuai masuk dewan konon!!

Hairan bila orang lain memperjuangkan ketuanan melayu ada pula penulis picisan dari suratkhabar berbahasa melayu malu dengan bahasa sendiri(jika anda seorang melayu).

Mana GPMM?
Suruh Marilyn tarik balik kenyataan dia.
Suruh dia bayar ganti rugi 2juta.
Ya,kalau dia melayu gandakan gantirugi jadi 4juta.Buat malu kaum saja.
Pecat dia dari Kosmo
Halau dia keluar dari Malaysia.

Wednesday, November 26, 2008

maghi make budu..sedak wehh

kawe jupo nate goni dale forward email.
maghi baco samo samo..perkayoke ilmu kito

"Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.

Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea| cirit (diarrhoea)] , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin) . Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.
"


BEREHHHHH!!