Pages

Monday, March 9, 2009

kau pergi jua

Seminggu?

2 minggu?

Sebulan?

2 bulan?

Apa beza nya?

yang pergi tetap pergi.


Thursday, March 5, 2009

kelas misha omar

Dari Felda Residence Hot Springs.

Kehenseman bos aku bertambah bila dia ajak lepak-lepak santai 3 hari 2 malam kat sini.
Sambil lepak pekena jakuzi layan bbq waktu malam.
Sedapnya kalau layan massage.

Lagi best kalau misha omar yang massage.
Aku terbaca misha nak sekolah kan penulis blog.


















Tak sabar rasanya nak masuk sekolah misha.
Walaupun aku tulis blog suka-suka je nak juga rasa masuk kelas cikgu misha.
Apa le agaknya kelayakan masuk sekolah misha ni?
Mengutuk beliau?
Memuji beliau?
Bila boleh daftar ni?

Cikgu!!Apa topik pertama kita?

Wednesday, March 4, 2009

Hari ini dalam sejarah

Kereta kat bengkel lagi.Ketuk-ketuk.

Tunggu bas lagi nak pergi kerja.
Naik teksi lagi.

Dan hari ini aku di pow RM 19 untuk perjalanan dari seksyen 17 ke seksyen 13 yang tak sampai 20km.
Terima kasih abang teksi.

Untuk mereka yang berlegar di sekitar shah alam dan perlukan perkhidmatan teksi.
Sila cari teksi berikut:

no pendaftaran: HBA 982

nama pemilik: Mazlan anak lelaki penipu

jenis: Naza Citra(kalau tak silap aku)

warna:biru

terjah

Manusia memang banyak ragam.
Bak kata pepatah,banyak udang banyak garam,banyak garam darah tinggi.

Kadang-kadang kita tak sedar ada orang perhatikan kita.
Kita ada dua pilihan.

1.Bersangka baik-mereka caring terhadap kita

2.Bersangka buruk-menyibuk je(pilihan popular)

Contohnya tadi.
Tetiba ada orang tegur aku.

Papparazi: Ceria je kau.Ada pape ke?

Aku: Takde pape.Biasa je.

P:Pagi tadi sememeh je muka.Tetiba tengahari ceria.

A:(pikir jap)Ye ke?Aku rasa biasa je.

P:Takkan le takde pape?

A:Oh!baru aku ingat.Aku baru lepas berak.