Pages

Wednesday, April 1, 2009

Jenis Manusia

(ENTRY INI SANGAT SERIUS.PENULIS SANGAT SERIUS KETIKA MENULIS.SILA BACA DENGAN SERIUS)

Adapun manusia itu ada bermacam-macam jenislah jua.Tak terfikir akal kita kewujudan manusia jenis tu.Mungkin kita pernah jumpa dalam buku bacaan saja.Ada juga yang kita tengok dengan mata kepala sendiri yang buat kita lebih percaya walaupun sukar.Sesukar melepaskan hajat ketika sembelit.Adakalanya lebih sukar.Merah muka.

Manusia itu memang unik.Setiap satu berbeza.Mungkin dalam 10 orang yang kita jumpa semuanya tak sama.Begitulah uniknya setiap individu itu.

Kalau nak dilist kan jenis manusia maka bertahun masa diambil sekalipun belum tentu cukup.Bahkan 7 keturunan sekali pun masih diragui kecukupan waktunya.A hingga Z.1 sampai sejuta.1 roman hingga sejuta roman.

Atas alasan itu,maka aku dengan penuh geram dan bengang ingin bincang pasal manusia-manusia yang tak berjenis.Golongan ini boleh tahan ramainya dibandingkan dengan manusia berjenis.Tapi mereka lebih menarik dibincangkan.

Pertumbuhan golongan tak berjenis juga sangat pantas.Lebih pantas dari kenaikan harga barangan dipasar.Golongan ini sekali pandang nampak sama saja dengan golongan berjenis.Ada yang rambut hitam,kulit hitam dan juga hati hitam.Macam biasa.

Tapi disebalik sifat-sifat fizikal yang nyata dan tersembunyi ada lagi sifat tambahan yang menjadikan mereka istimewa.
Antara sifat-sifat mereka:

-Kenduri kahwin 4 hari 4 malam.Tak cukup hujung minggu sambung sampai hari minggu.Tak cukup siang buat sampai tengah malam.Nyanyi-nyanyi sampai pukul 2 pagi.Meriah betul.Tak ingat jiran-jiran nak kerja esok.Minum carslberg 2 3 rack depan rumah aku.Tak offer lansung pula tu.Tiadakah hati dan perasaan.Atau warna hati mereka seperti kulit mereka juga?


banting ke shah alam pun nak kecoh

-Parking bersepah.Golongan tak berjenis juga suka parking sesuka hati.Agak-agak lepas punggung sendiri saja.Kononnya dengan alasan sekejap saja.Sungguh barua golongan ini.Suka uji kesabaran orang lain.

-Semestinya sifat golongan tak berjenis yang paling aku hairan adalah kencing/berak berterabur.Mereka kencing/berak dijamban lalu ditinggalkan hasil kencingan mereka untuk orang-orang yang kemudian.

Gambar hiasan

Sampainya hati.Lalu orang yang kemudian kena le periksa kepekatan,tahap bau,tahap kekuningan,tahap kekerasan najis mereka dan semua ciri-ciri najis.Macam anjing.Kucing pun tau tutup taik.

Banyak lagi sifat-sifat manusia tak berjenis.Ini sajalah yang terang lagi bersuluh.Mungkin masa ada orang suluh tempat lain tu aku tak tengok.

Jika dulu orang tak berjenis mungkin tak ramai tapi wabak berjangkit ini mempengaruhi orang-orang berjenis.Maka bergandalah jumlah mereka.Dulu mungkin dikedai-kedai kopi sekarang dilobi parlimen.Ada yang berjaya menyusup masuk kedalam parlimen lagi.Makin kotor lah parlimen kita.

Pada mereka-mereka dari golongan berjenis,walau dari jenis apa sekalipun anda tidak kira jenis pedengki,jenis tak kenang budi,jenis kecik-kecik tak nak mampos dah besar menyusahkan orang,jenis buang tebiat dan jenis apa sekalipun.

Berbanggalah.

Sekurang-kurangnya anda manusia berjenis.
Dan janganlah anda terpengaruh dengan manusia tak berjenis.

1 comment:

Awi said...

Jenis yang menjalinkan hubungan sejenis pun dah masuk parlimen bro.. Nau'zubillah..Hanya Tuhan saja yg Maha Mengetahui..