Pages

Monday, June 15, 2009

kebetulan ku, kesalahan mu

Selama ini aku tak tulis dengan tepat.
Apa buatku?
Apa kerjaku?
Apa jadah diriku?

Kerana aku tidak mahu diketahui.
Aku tidak mahu dikenali sangat.
Kerana aku sangat pemalu.
Kerana aku bukan menulis biodata atau catatan hidup.
Aku tulis kerana mahu.
Aku tulis bila marah.

Seperti kata Papa Rock.
Aku menulis bukan kerna nama.
Seperti kata ku.
Aku menulis bukan untuk ubah dunia.
.
.
.
Kisah yang mudah.
Aku terasa dipersalahkan.Aku dan pasukan.
Tanpa dengar penjelasan.
Tanpa merujuk padaku terlebih.
Tuduhan sampai ke pihak atasan.
Andai itu satu sikap profesional maka profesional itu ibarat sekeping tahi.
Andai itu politik ditempat kerja maka politik ibarat seketul najis.

Lalu aku membela diri.
Diri sendiri dan pasukan.
Dan kerana ayat bela diri.
Kerana cuba membetulkan keadaan.
Lalu pihak menuduh telah pergi bawa diri.

Aku dipihak yang betul tapi tetap rasa bersalah.
Satu perasaan yang aneh.
Rasa seperti duduk didalam disko tetapi sunyi.
Seperti berdiri dicelah-celah model separa bogel yang mabuk tanpa rasa nak membogelkan mereka.
Seperti bawa kereta 160km/j tapi rasa macam tak bergerak.
Seperti melihat Liverpool belasah Man Unitaik 4-1 tanpa melompat-lompat.
Aneh sungguh rasa ini.
Rasa kosong.
Sungguh tidak selesa.

Oh perasaan.Semoga cepat hilang.
Kerana aku perlu tidur.

1 comment:

Anonymous said...

harap encik sukun bersabaq yer...lumrah kerje dlm mencari rezki mmg byk dugaannya...