hari jumaat memang istimewa.
semua orang pun setuju.
ada sapa tak setuju?
antara sebab aku suka hari jumaat.
-hari jumaat hari last kerja
secara rasminya hari jumaat hari last kerja setiap minggu.walau kadang kadang kerja hari sabtu,ahad,isnin,selasa,rabu,khamis,hari jumaat tetap istimewa.
-waktu kerja pendek.
tak kira kaum,lelaki atau wanita kebanyakan waktu kerja memang pendek hari jumaat.
kaum lelaki pergi masjid atau tidak tetap merehat diri dari kerja.
kaum wanita apatah lagi,masjid pasti tak,sana sini le melepak.
dan biasanya lepas jumaat rasa sangat segar.macam baru bangun pagi.
aku namakan itu "fadilat jumaat"
-lepas jumaat ada sabtu
sama macam alasan 1.saja bagi nampak macam banyak sebab.
lepas jumaat sabtu.sabtu cuti.dengan kata lain jumaat best.
dan jumaat harapnya akan lebih istimewa....
2010
beberapa tahun yang lalu
"
kisah dari buku cerita sekolah rendah dulu....seorang budak miskin yang bijak pergi ke kedai peniaga yang tamak.budak itu ada sebuku roti.sebuku=seketul.
budak itu bertanya pada peniaga.
budak: uncle, berapa harga roti?
uncle:$1.50.($ digunakan sebab masa tu belum guna rm..harga pon ikut suka aku je tu)
budak:kari(kuah yang digunakan cicah roti)berapa harga?
uncle:kuah free saja maa
budak:kalau macam tu boleh bagi saya kari?roti saya dah ada ni haaa
....dan ikut kisah dari buku tu maka budak tu pun dapat le makan roti dengan kuah kari dek kerana uncle tersebut malu dengan pelanggan beliau yang lain.padahal kalau betul mesken cekik je la roti kosong pun.gelar saja budak itu simesken yang tidak bersyukur."
2010
pagi jumaat yang indah.bergerak ke tempat kerja.
ah!masih awal.boleh sarapan dulu.jam di handphone baru 945am.
kelihatan beberapa manusia menggayakan pakaian jumaat.berbaju melayu serta jeans.ada pula kebaya dan kebarung,belah hingga punggung.indahnya jumaat.
masuk ke kedai cashier comel.cari kerusi tak berpenghuni.sasarkan meja berpisang dan bersurat khabar.duduk dengan tenang.
datang sang pengkedai itu....
pengkedai:minum apa bang?
aku:nescafe tarik
p:makan?
a:roti kosong berapa harga?
p:rm 0.80
a:pisang?(sambil tunjuk atas meja)
p:free je bang
a:roti pisang satu
pengkedai ke kaunter lalu pesan pesanan aku.aku santai baca paper,sedut dan hembus asap.makanan sampai.
macam biasa.mencekik lebih cepat dari menunggu.selepas menunaikan tanggujawab rutin selepas makan aku ke kaunter bayaran.
cashier comel: makan apa tadi?(buat buat tanya pulakk)
aku:nescafe tarik,roti pisang,berapa?
cc:rm3.00
a:kenapa?
cc:nescafe tarik rm1.50,roti pisang rm1.50
a:pisang free?
cc:pisang free,roti pisang rm1.50
..aku bayar.berambus.
mission gagal.
niat dihati nak tambah keistimewaan jumaat.
baru roti pisang.
macamana yang lain?
kek coklat pisang?
goreng pisang?
cekodok pisang?
banana split?
3 comments:
lenkali oder roti kosong kemudian bwk pisang free tu campak kat dia masa canai roti.
pisang en sukun???/free ke??
ha ha kesian.. len kali mkn pisang cukup..
Post a Comment