Pages

Showing posts with label adam. Show all posts
Showing posts with label adam. Show all posts

Tuesday, May 26, 2009

Cinta Adam dan Hawa

Hawa suka shopping.Kalau boleh hari-hari Hawa mau shopping.
Tapi Hawa sangat bijak dan rajin.Mereka akan buat kajian sebelum membeli.Mereka akan survey disetiap pelusuk kedai untuk dapatkan harga paling murah.

Aku respek Hawa.
Mereka tak kisah habis minyak kereta.
Mereka tak peduli habis semua masa.
Yang penting dapat harga murah.
Beza RM1.20 pun jadilah.

Aku respek Hawa.
Sales tak pernah lupa.
Tak kira dimana.
Walau dihujung negara.

Aku respek Hawa.
Barang murah beli segera.
Walau tak tahu bila nak guna.
Dan tak tahu macam mana nak guna.
Yang penting jadi mereka punya.

Aku respek Hawa.
Matematik bukan bidangnya.
Tapi diskaun cepat dikira.
Tak sempat nak kelip mata.
Hawa dah kira siap kupang-kupangnya.

Aku respek Hawa.
Sedia hafal semua jenama.
Brand Malaysia dijeling saja.
Brand luar dipuja-puja.
Mahu meleleh air liurnya.

Aku respek Hawa.
Mereka adil dan saksama.
Apa yang jiran ada.
Semua yang kawan punya.
Mereka pasti mau sama.
Biar lebih kurang tiada mahunya.

Begitulah kisah Hawa.
Mereka dan Adam jauh berbeza.
Adam tak pandai berkira.
Apatah lagi nak berbelanja.
Beli sekadar barang berguna.
Cari kualiti bukan jenama.



*gambar hiasan*