Pages

Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Sunday, October 12, 2008

Selamat Pengantin Baru Aku Betul

Sabtu lepas aku menghadiri kenduri kahwin Dood(sebutan:dud)atau lebih kenali dalam dunia internet sebagai Akubetul.Ada juga yang panggil Bob(panggilan untuk org BADAN BESAR).Aku guna badan besar bukan gemuk untuk menjaga sensiviti semua orang.Maklum le orang dah kawin ni susah sikit.Ada pula yang terasa nanti.

Berikut beberapa keping gambar yang sempat aku snap.


*tempat pengantin bersanding-kecoh gile mamat ni sanding*




Sempena perkahwinan orang yang selalu melepak bersama aku juga rasa sikit-sikit:

Kesedihan
Mungkin akan kehilangan beberapa keistimewaan Dood selepas berkahwin yang bakal menyedihkan aku.

1.KESEDIHAN LEPAK
Sebelum ini dia adalah orang yang paling senang diajak melepak.Tidak kira pukul berapa.Tengok bola dikedai mamak sampai pagi.Borak-borak kosong sampai senja.Main ping pong sampai tengah malam.Tengok bola di stadium.Ohh!!!tak boleh aku bayangkan kalau kena buat semua ni secara solo.



*bahan renjis dan tabur-hampeh!!aku tak sempat guna*




2.KESEDIHAN ALASAN
Nama dia juga boleh dijadikan alasan kukuh untuk melepak.Walaupun aku melepak dengan orang lain,nama dia selalu aku gunakan untuk lepaskan diri.Dia pun pernah guna nama aku kot?Nama sapa aku nak guna lepas ni?Boleh aku guna nama bini kau ke?Kena cari alasan baru ni.


*tepak sireh kot*





Kemarahan/Kemaluan

Aku juga sedikit marah dan banyak malu asyik kena bahan je.Bukan aku sorang je belum kawin.Kenapa aku saja ditanya BILA LAGI?Tanya le Pak Lan (bukan nama sebenar).Nak marah pun tak guna jugak.Kawan-kawan semua tu.Diam lagi bagus.DIAM TANDA SETUJU.Dan pesanan pada mereka-mereka yang sibuk tanya..bila aku sibuk menjemput nanti jangan korang sibuk tak datang pulak.


*pasangan mentah mencuba-cuba...kecik-kecik dah gatal*




HARAPAN
Pehh!!Dah jadi karangan entry aku kali ni.Dood,harapan aku kau tak jadi seperti mereka-meraka yang terdahulu(berkahwin)yang telah diikat telur dan keberanian mereka,dicabut kebebasan mereka dan dirampas kebahagian bujang mereka seperti Saleh(bukan nama sebenar..sekadar contoh hiasan)dan beberapa nama lagi.BERJUANGLAH!!



*pengantin sebenar dan 3 orang pelakon tambahan..percubaan menekel camera man*




Dan untuk mereka-mereka yang berkahwin.

SELAMAT PENGANTIN BARU!!

Wednesday, November 28, 2007

cepat benar kau berubah.........

Seorang kawan pernah merungut pasal ni dan membebel secara panjang lebar dalam blognya satu masa dahulu dan benda macam ni masih lagi berterusan.Dulu kalau nak jumpa kawan lama bukan main lagi seronok.Nak pulak yang dah 4 5 tahun tak jumpa.Bekas kawan sekolah,sekelas,sebilik dan se se yang lain.

Mula-mula jumpa setelah sekian lama.Ayat-ayat biasa aku dengar.

stage pertama
Apa khabar kau?
Wah!!!masih hensem seperti dulu.(makin hensem le, aku betulkan)
Dok mana?
Bla bla bla
Bla bla bla

stage kedua
Dah kawin ke blom?
Anak berapa?
Kenapa blom kawin?(aku gay-jawapan ringkas)
Bal bla bla...bala betul

stage tiga
Buat apa?
Kerja kat mana?
Bagi le bisnes kad (kau nak buat bisnes dengan aku ke?)
Gaji berapa?(ada offer lagi best ke?)
Bla bla bla(boleh blah le kau)


Inilah kawan-kawan yang pernah berkongsi tawa.Kongsi bantal.Pernah berkongsi jag sebab takde gelas masa dalam dewan makan.Rasa macam baru semalam.Kata watak utama CSI Miami,Horatio Caine,perangai manusia tak kan berubah.Tapi rasanya sebahagian perangai je yang tak berubah.

Manusia berubah sebenarnya.Dari seorang budak suci bertukar mengikut acuan yang disediakan dan juga mengikut acuan sendiri.Dari seorang kawan yang sangat dikenali menjadi makhluk asing.

Inikah evolusi manusia??