Pages

Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Thursday, June 3, 2010

kereta kentut

selamat enjoy..



letupan pada akhir babak tidak dapat ditunjukan kerana tidak mendapat kelulusan FINAS.

sekian

Sunday, March 22, 2009

kereta tarik kereta

Aku eksiden beberapa minggu lepas.

Dan setelah direpair dan digunakan beberapa minggu.Semalam baru dia menunjukan symptom dari eksiden lepas.

Lokasi pilihan kereta aku juga sangat indah.Tengah-tengah MEX highway.Sangat high.Lebih tinggi dari pokok.Pukul 130 tengahari.Terima kasih kereta.Baru ku kenal erti panas dunia.Sebelah kanan ada stadium bukit jalil.Sebelah kiri ada kondo.Oh indahnya!




*kepulan-kepulan asap keluar dari sini menunjukan enjin kereta sangat panas.Tuan kereta dah panas luar dalam*


Sambil telefon sana-sini untuk mendapat pendapat dan nasihat serta pendapat kedua ketiga dan kesekiannya.Macam-macam pendapat aku dapat.Akhirnya kereta kena tow.Terima kasih pakcik tow.Aku try cari kawan-kawan yang boleh tow aku kejalan yang benar.Terima kasih pada kawan-kawan yang tak dapat dihubungi.Sorry mengganggu weekend anda.



*macam lembu dicucuk hidung*




*lubang hidung kiri pun kena cucuk*

Oh kereta ku,dimana kau sekarang?

Hanya Gerrard penyembuh luka.
Oi!Mana hilang fan Chelshit sama Man Unitaik?

Monday, March 2, 2009

ketuk kereta

Susah betul bila eksiden.
Kena hantar kereta masuk bengkel.

Susah betul bila langgar kereta orang.
Kena repair kan sekali kereta orang.

Susah betul bila kena ketuk kereta.
Dengan aku sekali kena ketuk.
Apek bengkel memang pandai ketuk.
Sekali ketuk 2 yang kena.
Hebat!!!

Dan semalam,kali pertama aku menghabiskan duit untuk seorang jantan.
Rasa macam gay.
Rasa macam bela anak ikan.

Tak patut.
Aku perlu buat sesuatu.
Dengan kadar segera.

Lepas ni aku kena langgar perempuan.
Ada sesiapa sudi??

Sunday, March 1, 2009

kereta makan kereta

Kereta aku kelaparan semalam.
Makan kereta kat depan.
Hasilnya:



*mulut kereta tak boleh ditutup setelah kekenyangan*




Kereta aku telah membaham buntut proton wira milik seorang jantan.Gay sungguh kereta ku ini.

Oi!lain kali baham buntut perempuan le!!!

Sunday, July 6, 2008

Aku dan JPJ

Macam-macam orang cakap bila sebut pasal kerja kerajaan.Lembab,makan gaji buta, minum
kopi,borak-borak.Kadang-kadang terlebih kutuk tanpa jaga perasaan pekerja-pekerja kerajaan yang memang bagus.Sebagai membela nasib pekerja kerajaan yang selalu dihina aku paparkan kisah aku berurusan dengan JPJ Wangsa Maju:


*aku berurusan ikut telefon*

Aku:Dail 03-4024120

trut trut tru trut (8x)

JPJ:Terima kasih kerana menhubungi JPJ bla bla bla .... Sila tekan nombor sambungan atau tekan 8 untuk rujukan jabatan.

Aku:Tekan 8

JPJ:Sila tekan 1 untuk khidmat pelanggan, 2 untuk aduan, 3 pendaftaran kenderaan, 4 bla bla..., 5 untuk maki JPJ, 6 bla bla ...... dan 9 untuk tamat perbualan.

Aku:Tekan 1

JPJ:tong teng tong teng tong teng (muzik bangang 2,3 minit)
Maaf,gagal mendapat bantuan.Sila tekan 0 untuk bantuan telefonis,tekan #untuk mencuba lagi atau tekan 9 untuk tamatkan perbualan.

Aku:Tekan 0

JPJ:tong teng tong teng (muzik bodoh)
Gagal dapat bantuan.Sila tekan 0 untuk bantuan telefonis,tekan #untuk mencuba lagi atau tekan 9 untuk tamatkan perbualan.

Aku:Tekan #

JPJ:Terima kasih kerana menhubungi JPJ bla bla bla .... Sila tekan nombor sambungan atau tekan 8 untuk rujukan jabatan.

Aku:Tekan 8

JPJ:Sila tekan 1 untuk khidmat pelanggan, 2 untuk aduan, 3 pendaftaran kenderaan, 4 bla bla..., 5 untuk maki JPJ, 6 bla bla ...... dan 9 untuk tamat perbualan.

Aku:Tekan 2

JPJ:tong teng tong teng teng(muzik bangsat) .Tiada jawapan.
Untuk mula tekan 1
bantuan operator tekan 0
lain-lain tekan #
rujukan tekan 8
tamat tekan 9

Aku:Tekan semua sambungan yang ada.

JPJ:tong teng tong tong geng..Tiada jawapan
tong teng tong teng macam sial..Gagal dapat bantuan

Aku:Letak telefon pelan-pelan sambil memuji-muji kehebatan dan kecekapan JPJ.

Jadi pada mereka-mereka yang tak pernah berurusan jangan nak komen saja.Jangan nak pandai-pandai kutuk.Sebenarnya tak teruk mana pun staff gomen ni.