Pages

Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

Monday, February 11, 2008

sukun komen perempuan

Kata bapa aku perempuan badan kecil-kecil kuat bebel.
Aku kata semua perempuan kuat bebel.
Kata kawan aku perempuan badan besar sangat sensitif.
Aku kata semua perempuan sangat sensitif.
Kata orang lelaki dari Mars dan perempuan dari Venus.
Aku kata lelaki dari bumi dan perempuan tak tahu dari planet mana.Mungkin Pluto atau mungkin juga dari sistem suria yang lain.
Kata mitos dan cerita-cerita lama perempuan sangat pelik dan sukar difahami.
Aku kata semua perempuan sangat unik.

Kata aku lagi....
Perempuan itu rumit dan merumitkan.Perempuan itu berbeza dan berlawanan dengan lelaki.Dari sudut matematik perempuan adalah pengamiran dan lelaki itu pembezaan.Lelaki cuba memudahkan semua benda tapi perempuan pula nak meng"kompleks"kan segala perkara.
Lelaki menyumpah badak menjadi lembu supaya boleh dimakan tetapi perempuan menyumpah kutu menjadi gajah.Berat le kepala.

Tanya soalan yang sama kat lelaki dan perempuan,dengar jawapan.

Soalan 1:
1+1=?


Jawapan lelaki:
2


Jawapan perempuan:
Ala..awak ni soalan senang macam tu pun nak tanya saya tau.Tak kan tak boleh jawab,masa tadika pun cikgu dah ajar.Jangan le nak hina IQ saya pula.
Ok,saya bagi contoh kat awak ye..Kalau kita pergi shopping,lepas tu ada offer buy one get one free.Awak pun beli le barang tu satu.Harga yang murah tapi awak dah dapat lebih barang..awak paham tak ni?
Eh,awak tanya apa tadi?


Soalan 2:
Kenapa sosej dipaketkan 10 keping sepaket tapi roti hotdog paket 8 je sepaket?


Jawapan perempuan:
Wahh!!!Mana awak dapat soalan camni.Awak baca encyclopedia ke?Awak amik dari Reader Digest ke?Susah sangat le soalan awak ni.Kenapa tak tanya kasut buatan dari mana?guna fabrik apa?berapa range harga?Tak pun tanya je kat KLCC ada berapa kedai?Tau le saya jawab.
Awak bagi je la jawapan.


Jawapan lelaki:
Entah.Tak tahu.



*Takpe lah,kalau anda lelaki,teruskan jadi lelaki.Dan kalau anda seorang perempuan teruskan pengamiran anda*

Friday, November 23, 2007

kenapa harus perempuan??

Iklan-iklan kita terlalu bergantung pada kaum perempuan.Iklan Nescafe ada perempuan.Iklan kereta ada perempuan.Iklan kasut gombak ada perempuan.Iklan bahan penjagaan kaum lelaki pun ada perempuan.Kalau setakat iklan syampu tu takpe le jugak.

Apa kata dizaman mellennium baru ni,ketika para perempuan,gadis dan juga wanita sibuk memperjuangkan hak persamaan antara kaum mereka dan lelaki.Nak buat apa yang kaum lelaki buat.Kita sebagai kaum lelaki juga perlu bangkit dan perjuangkan hak lelaki.

Kaum lelaki pun boleh jadi model iklan.Tak kira le iklan kereta ke,iklan majalah,iklan ubat cap kaki tiga mahupun iklan kotex atau laurier.Kalau perempuan boleh kenapa lelaki tak boleh

Contohnya macam ni.

























































































































































































Ok apa?

Sapa nak jadi model sila le hubungi aku.

Friday, October 5, 2007

vios dan kancil...sungguh indah para wanita-wanita itu

Sebiji Vios berhenti kat depan aku.Entah dari mana.
Kancil pula datang berhenti belakang Vios itu.Kancil bikin bermeter turbo kat dalam.
Kereta kancil tau bukan kancil yang menipu sang buaya dalam buku cerita sekolah rendah tu.
Dari perut kancil tu keluar seorang perempuan.Muka serius.
Terus kebelakang.Tertunduk-tunduk.
Mengkaji,menyelidik dan meyemak setiap inci bumper kancilnya itu.

(dalam masa yang sama)
Dari perut Vios keluar seorang wanita.Wanita tau bukan perempuan.Masih beruniform.Baru balik dari kerja agaknya.Panasonic agaknya.Ideas for life.
Wanita itu tersenyum-senyum.tersengih-sengih.Terus kebahagian depan Vios.
Tertunduk-tunduk juga.
Mencari-cari sesuatu.

Perempuan serius dan wanita itu nampak berpuas hati.
Dua-dua bertemu dicelah-celah kereta.
Aku tak dengar apa minah-minah tu cakap.
Tapi aku boleh agak apa yang jadi tadi.
Vios langgar kancil.Gesel.Cium je.Calar sikit je.

Wanita dan perempuan tu makin mesra borak.
SIap tukar nombor phone lagi.Bergurau senda le pula.
Bersalam-salaman,bermaaf-maafan.
Wah macam dah lama kenal je.
Itu le cara perempuan dan wanita.

Dah 20 minit baru selesai.

Cuba bayangkan kalau lelaki.
Berhenti kat tepi.
Tengok kereta masing-masing.
Kalau calar sikit buat tak tau je.
Teruskan perjalanan.Buat macam takde apa-apa.
Masuk kereta maki-maki.

Kalau teruk sikit terus minta ganti rugi.
Ikut persetujuan kedua-dua pihak.
KAlau tak setuju gaduh je kat situ.

Kalau teruk sangat,terus report.
Call sana-sini.
Selesai.

Cara lelaki lebih efektif.
Tak makan banyak masa.
Cara yang lebih cool.

Cayalah kaum lelaki.