Pages

Showing posts with label parlimen. Show all posts
Showing posts with label parlimen. Show all posts

Monday, August 16, 2010

surat untuk mastika

kalau anda pernah baca mastika
mesti ada perasan satu ruang surat dari pembaca.
macam luahan perasaan lebih kurang.kadang-kadang penyesalan.
aku pun ada satu ni haa..


PAR PERGI TANPA KESAN

saya masih ingat hari itu.13 ogos 2010 bersamaan 3 ramadhan 1431.
sehari sebelum itu saya terpaksa ke lumut kerana ada urusan perniagaan dengan penternak ikan disana.
Par setia menemani saya.

saya tidak pernah tinggalkan Par kemana saya pergi.Dia ibarat bayang-bayang saya.dia ibarat pelindung.sentiasa melapik saya.Par sangat penting...bagi saya.

tapi,jodoh kami tidak lama.petang itu Par pergi juga.pergi tanpa saya rela.pergi tak kembali.pergi tanpa pesan.tanpa dapat dikesan.ini bukan kali pertama.
Par pernah pergi sebelum ni.tapi berjaya ditemui.

Beberapa bulan lepas,petang jumaat juga..saya temui Par bergolek.Par dinodai.saya bersalah.maafkan saya Par.

saya bersalah.saya tidak belajar dari sejarah.maafkan saya Par.
Saya tidak sangka sama sekali.Kalaulah saya tahu.takkan saya biarkan Par sendirian.
Sumpah.
Tapi semua dah terlambat.saya menangis air mata darah sekalipun,Par takkan kembali.Mungkin kembali..tapi harapan sangat tipis.menghampiri kosong.saya berhenti berharap.

saya memang tidak sangka.
siapa boleh sangka.saya berada di kawasan lumut.dari jauh terpampang bandar maritim dan pelancongan.inikah contoh dari jabatan-jabatan maritim kita kepada pelancong.
Par,maafkan saya.
saya tak sangka hari jumaat dibulan puasa pun ada orang sanggup membuat onar.
apakah makna puasa pada mereka?
maafkan saya.
saya tidak tahu di perak bumi beradab juga ada penyangak begitu.
inikah adab mereka?

Par,
maafkan saya...aku redha pemergian mu.

sekian.



#PAR ADALAH SEPASANG SELIPAR MILIK PENULIS.KALI PERTAMA PAR CUBA DIROMPAK ADALAH KETIKA BERSOLAT JUMAAT DI MASJID SEKSYEN 17 SHAH ALAM BEBERAPA MINGGU YANG LALU.SEKARANG PAR HANYA DALAM KENANGAN.PAR BERJAYA DIROMPAK DENGAN JAYANYA KETIKA BERSOLAT JUMAAT DI MASJID PEKAN LUMUT PADA 3 RAMADAN YANG LALU.TAHNIAH YOB!
KEJAYAAN ROMPAKAN PAR TELAH MEMBUAT PENULIS BERLARI-LARI ATAS TAR UNTUK SELAMATKAN TAPAK KAKINYA YANG GEBU#



*saat saya dan Par gembira bersama*



*saat pertama kali Par dinoda sebelah kiri*



*saat pertama kali Par dinoda sebelah kanan*

Wednesday, February 25, 2009

parlimen hari ini

Dan secara rasminya parlimen hari ini di tv1 menjadi rancangan wajib harian aku.
Agak sedih hari ni dah hari terakhir parlimen bersidang.

Parlimen adalah tempat ahli Parlimen kita menunjukan belang masing-masing dan menyampaikan amanah yang rakyat berikan.Sepanjang parlimen bersidang lansung tak nampak Ahli Parlimen kawasan aku bangun menunjuk belang.
Adakah ahli parlimen aku tiada belang?
Atau kawasan aku terlalu aman sejahtera sampai takde isu nak dibangkitkan?
Atau ahli parlimen aku tak amanah?

Kau tak layak diundi.
Nasib baik aku tak undi beliau.
Apa nama pun aku tak tau.

Daripada suasana semalam aku rasa aku nak mengundi di Parlimen Bukit Gelugor.
Bukan setakat tunjuk belang malah beliau siap tunjuk taring.

"pemuda umno cilakak" kata beliau.Berani kan?
Beliau juga nak saman Sultan Perak.Hebat kan?

Ada juga yang kata babi,anjing,pukimak,anakharam,balik isap pepek,haram jadah...bla bla bla dan panjang sekali list ini.

Hebatnya Parlimen.Macam cerita Stephen Chow dulu-dulu.Mencarut sampai pihak lawan berdarah hidung.

Hebat!!!!!

Mungkin ini lah yang dikatakan Rukun Negara yang ke lima,

KESOPANAN DAN KESUSILAAN