Pages

Showing posts with label rokok. Show all posts
Showing posts with label rokok. Show all posts

Monday, April 27, 2009

Iklan Rokok

Setelah kempen Tak Nak kurang menjadi.
Kini timbul pula cara promosi rokok yang terkini.
Gambar-gambar menggerunkan pada kotak rokok.



Mungkin ini satu lagi taktik meningkatkan penjualan rokok negara kita sekaligus menaikkan lagi pendapatan negara dikala ekonomi dunia merudum.

Rokok yang sinonim dengan lelaki memang sesuai disertakan gambar-gambar ngeri menunjukkan betapa beraninya seorang perokok.

Mungkin juga diambil dari idea dari papan tanda di jalanraya yang berjaya meningkatkan kadar kemalangan jiwa seperti:

"Awas.Jalan licin bila hujan."

"Kawasan kemalangan.Bersertakan gambar tengkorak dan"

Secara logiknya pemandu akan memecut untuk meninggalkan kawasan kemalangan dengan segera.Jangan salahkan pemandu bila mereka laju dikawasan sebegini.

Mungkin iklan-iklan pada rokok ini boleh dikembang gunakan lagi.Kerajaan boleh guna pada arak dan judi.

Lekatkan iklan pada botol-botol arak atau kedai-kedai yang menjual arak.

"Minum arak anda akan mendapat siksa kubur dan diakhirat kelak"

Dapatkan nasihat dari Jakim dan mufti-mufti seluruh Malaysia supaya memberi gambaran siksa pada meraka yang minum arak dan berjudi.Tampal pada botol arak.
Print pada tin.
Lekatkan pada pintu-pintu kedai judi.

Wajibkan juga rumah-rumah tumpangan ah keong, ah beng dan ah ah yang lain letak iklan size poster kat depan pintu hotel mereka.

"Berzinalah disini,seronok sekejap siksaan abadi"

Sertakan gambar-gambar sekali.

Wednesday, March 18, 2009

Tak Nak!

Adik anda merokok?Anda mahu dia tobat dari merokok?
Lempang dia hingga lembik dan siram muka dengan air tembakau.

Anak anda curi-curi hisap rokok?
Anda mahu dia insaf?
Pijak perut dan paksa dia minum air tembakau.

Tapi macammana dengan mereka-mereka yang tak boleh dibelasah.

Suami perokok tegar.
Balak menyedut.
Awek menghisap.
Bapa.

Bagaimana anda mahu orang tersayang berhenti merokok?
Yang tak sayang biar je mati.

Anda boleh cuba taktik berikut:




PERINGATAN:Ajal dan maut ditangan Tuhan,rokok hanya sekadar penyebab.

Friday, October 5, 2007

tak guna sungguh minah 7E...kau memperdayakan aku dipagi hari

Aku bersemangat bangun sahur.Seperti hari-hari yang lain juga.
Kalau tersedar memang aku bersemangat.Bukan le makan sangat pun.
Aku suka nikmat bangun bersahur je.

Lepas tapau nasi aku cari singgah 7E cari rokok.

Marlboro 14 satu.Aku minta.

Softpack ke hardpack?Minah 7E tanya.

Soft.Jawab aku separuh.

Rm9.70 kata minah tu.Aku usha rokok atas kaunter tu.

14 right?Akak tu tanya lagi.Seolah-olah membetulkan aku.

Aku angguk je.

Baki tinggal 30 sen.
Memang betul aku minta Marlboro 14.Tapi akak tu kasi 20.
Itu pasal le baki 30 sen je.

Marlboro 20 = RM8.20
Air kotak = RM1.50
Total = RM9.70
Bayar = RM10.00
Baki = RM0.30

Sepatutnya aku dapat baki RM2.60.BAru le aku boleh beli nasi.
Nasib baik aku bawa duit lebih.Nasib baik aku dah tapau.
Kalau tak bersahur rokok je la aku ari ni.

Aku pun malas nak marah pagi-pagi.
Kalau kau rasa boleh tipu masa aku ngantuk kau dah silap le minah 7E.
Kalau setakat rokok,bukan separa sedar,kalau aku pengsan pun aku
masih boleh bezakan mana satu pack 14 mana satu pack 20.
Lagi pun 7E bukan ada elaun sales.Takpe.
Aku maafkan kau sempena bulan baik ni.
Lain kali jangan buat lagi.

Kesian le orang yang bawa duit cukup-cukup je.
Malu dia nanti.
Kebulur le dia.
Ingat tu.Simpan dalam kepala otak kau.
Simpan dalam lubuk hati.

Kalau nak silap pun cara lain le.
Caj harga pack 14 tapi bagi yang pack 20 kat aku.
Memang aku tak marah.

Hari-hari aku datang nanti.

Monday, September 3, 2007

kempen Tak Nak

Aku tak tau dah berapa lama dah kempen tak nak ni dilancarkan.Entah-entah dah ada yang lupa pasal kempen bangang ni.
Yang aku tau kempen ni memang tak berkesan.Tiap tahun makin meningkat jumlah orang merokok.

Kempen apa kejadah ni?Kempen tak nak ke kempen merokok beramai-ramai.



Kepala otak sapa punya idea ni?




Tiap-tiap tahun harga rokok naik.Eh! maksud aku yang naik ni cukai rokok.Lepas tu terpaksa le pihak pengilang atau pengeluar naik kan harga rokok.
Dah tu,harga rokok berapa je?

Masa aku agresif hisap rokok dulu tak silap harga dalam RM3.60 sekotak yang ada 14 batang.
Harga standard.Harga rokok standard.Marlboro,Dunhill dan jenama-jenama yang seangkatan dengannya.Bukan L&M,Winston,Ardath,555,John,Joe bla bla bla banyak lagi le.Tengok kat kedai mamak tak pun 7E.

Evolusi kenaikan harga rokok(harga cukai) dan jumlah perokok.

Tahun

Harga Rokok (standard)(RM)

Jumlah perokok

sebelum masihi

Aku tak tahu

Entah

sebelum 1995

<>

50 000

1995-2000

<>

62 500

2000-2005

<>

100 000

2005-2007

<>

150 000

2007-seterusnya

>25.00

Naik dan terus naik bertambah-tambah




Ini ke yang namanya kempen tak nak?
Berkesan ke?

Alasan naik kan harga rokok atau cukai atau apa saja perkataan yang kaum bijak pandai guna adalah untuk mengurangkan perokok.Alasan.
Tapi perokok meningkat.Tengok carta kat atas.Makin naik harga rokok makin naik bilangan perokok.
Maksud?
Kempen ni tak berkesan.Cara ni memang tak bagus.Bodoh.Kayu.Orang tak ambil peduli pun.
Mana pergi semua bijak pandai?Guna plan-B.Plan-C.Plan lain.Cara lain.
Cukai rokok naik.Harga rokok naik juga.Perokok beli.Pembekal happy.
Kerajaan pun gembira.Hahaha.Kutipan lumayan.

Lepas tu keluarkan statement "kerajaan telah membelanjakan RM1.6juta untuk melancarkan kempen anti merokok bla bla bla bla bla bla..."

Tapi tak cakap pula"kerajaan telah berjaya mengutip cukai tembakau sebanyak berbilion-bilion".Lupa pula nak cakap"terima kasih perokok tegar".

Aku rasa kita patut guna cara lain.Memandangkan menaikan cukai tembakau dan harga rokok tak dapat mengurangkan perokok,apa kata kita kurang kan harga rokok.
Kurangkan cukai tembakau.
Biar jatuh harga tembakau.
Sapa nak tanam tembakau nanti.
Harga rokok jatuh.Sampai tahap gula-gula.
20 sen dapat 3 kotak rokok.
Biar kilang rokok rugi.Bangkrap.Tutup.

Tiada lagi pengeluaran rokok.Bila stok habis, tiada lagi rokok.
Tiada rokok=tiada perokok.Mudah.Senang.

Bila rokok dah habis,perokok tegar pun tak boleh merokok lagi.
Bila perokok tegar semua dah mati baru le ada generasi baru.
Generasi tidak merokok.
Lepas tu kita jerit sama-sama.

TAK NAK!!!
TAK NAK!!
TAKNAK!