Pages

Showing posts with label tidur. Show all posts
Showing posts with label tidur. Show all posts

Thursday, August 19, 2010

dilema jumaat jilid 2


*gambar hiasan*

saya pergi solat jumaat.sembahyang jumaat.
saya lebih selesa perkataan sembahyang.tak tau kenapa.
biasa lah.hari jumaat.sembahyang jumaat la takkan sembahyang raya pulak.
minggu lepas saya di lumut.tempat saya hilang selipar.
barua betul(sapa puasa jangan baca)
minggu ni ditempat biasa.
tempat saja biasa.
suasana luar biasa.
orang lebih ramai dari biasa

tapi..
bulan puasa..biasalah
dah takde iblis-iblis.takde le yang nak sesatkan umat ni semua


*sekadara tempelan*

bagus le ramai-ramai
bukan masalah saya
yang masalahnya khutbah
dari belakang sayup sayup je kedengaran.

yang tok imam pon macam tak pernah puasa
suara ala kadar je.wasatiah sungguh.
lagi pula,baca je teks khutbah.
tak payah tunggu imam kalau nak baca.
budak darjah 5 boleh baca khutbah.
tak boleh ke sampaikan khutbah tu.
kalo baca memang tak sampai punya.
mana pergi JAKIM ke JAIS ke.
dari dok kejar kejar orang tak puasa
buat le kursus penyampaian khutbah kat imam imam ni satu.

ramai le yang ketiduran tak kala imam baca khutbah.
maklumlah.baca.

memang kata orang dalam majlis ilmu ni ada iblis-iblis
dok letak celak mata.bagi orang ngantuk.bagi orang tidur.
tapi bulan puasa mana ada iblis.semua kena ikat.
kalau pun ada sekor 2.jangan kata orang.
iblis pun tidur kena khutbah macam tu.

yang saya marah sangat ni bukan apa.
penuh sangat masjid
sampai takde tempat duduk
takkan nak tidur berdiri?

renung-renungkan!!


*hiasan juga*

Wednesday, June 24, 2009

mari jadi yang terbaik

Beberapa tahun lepas aku pernah pergi kursus kerja.
Kunun nak bagi naik semangat pekerja dan bla bla bla...
Dan bla bla ini boleh berterusan sampai 7 keturunan.
Nescaya tiada habisnya.

Motivasi le katakan.

Dan aku memang tak suka ceramah motivasi.
Biar aku buat kerja.
Tak payah ceramah.
Susah susah je motivasi.
Buang duit.
Buang masa.
Buang karan.



Lalu masa ceramah ditanya le soalan kat semua peserta.

"what make you do your best?"

Macam macam jawapan le sipeserta bagi.

"Reward"
"Award"
"Bonus"
"Woman"
"Money"
"Mani"

Bla bla bla...

Banyak sungguh jawapan.
Dengan penuh ketulusan dan kejujuran dari hati serta sifat sifat tawaduk,aku pun jawab:

"whatever i do,i do my best"

Sekonyong konyong berubahlah muka si penceramah itu.
Kuranglah beliau berpuas hati dengan jawapan aku.
Lalu berlaku pertengkaran ilmiah antara aku dan si penceramah.

Oleh kerana beliau tak puas hati lalu beliau keluarkan teori teori dari buku buku motivasi yang beliau pernah baca.

Sepoi sepoi bahasa angin berlalu beliau pun tulis semua huruf

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

dan diwakilkan pula dengan nombor

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

Dengan bangga dia suruh bina perkataan yang boleh bagi jumlah 100 mewakili 100%.

Setiap perkataan yang diberi peserta akan beliau tulis atas whiteboard dan dikira jumlah keseluruhan.

Antaranya.

HARDWORKING yang memberi 98%

KNOWLEDGE boleh le dapat 96%



Akibat melawan dan menjadi sasaran utama aku pun diminta bagi satu perkataan.
Sekali lagi dengan rasa rendah diri dan kesyukuran, aku pun bagi jawapan aku.

HAPPINESS.Dapat le 98% kalau tak silap aku.

Alasan aku:
2% adalah ruang untuk manusia buat kesilapan kerana kesempurnaan adalah mustahil.Maka dengan itu kita tidak perlu mengejar perkara yang mustahil.Hidup ini bukan matematik.


Sekali lagi puan penceramah tidak setuju.
Lalu dia dengan sombongnya dia bagi jawapan.

ATTITUDE yang boleh bagi 100%.

Angguk angguk macam setuju lah para peserta pun.Setuju ke tidak Tuhan saja yang tau.
Dan jika benar hidup ini matematik.Maka banyak lagi cara nak dapat lebih dari 100%.Bukan sekadar 100% saja.

Antaranya:

BULLSHIT bagi markah 103%

ASSKISSING bagi markah 118%

Selamat beramal.

Dan,yang paling aku suka bagi dapat lebih dari 100% adalah tidur.
Tidur = ZZZZZ ,semua orang boleh faham.Kau faham tak jue?

ZZZZZ akan bagi 130%.
Tidur yang panjang atau zzzzzzzz yang panjang akan memberikan markah yang lebih banyak.

Jika anda percaya hidup ini satu matematik,dan ingin dapat hasil yang terbaik.



Jom tidur.