Satu ketika dulu ini bukanlah topik yang sesuai dibincangkan dicelah kawan-kawan.
Juga boleh dikenali sebagai topik membunuh diri.
Merahlah muka dan telinga dikutuk dan dihina oleh kawan-kawan andai keluarkan topik-topik begini adanya.Hatta golongan pekak badak sekalipun akan berguguran kepingan dan ketulan taik telinga bila dikutuk kaum-kaum ini.Ada awek akan digelar jiwang,mat bunga,karat,leleh dan setara.
Aku tahu mereka tidak laku.
Tapi itu kisah dulu.Sekarang, kaum-kaum ganas,autosol(anti rust),makan budak,hantu raya,rock keras,abang badang dan sebagainya sudah tewas satu demi satu.Hilang dalam cengkaman bini.Mungkin bini-bini mereka lebih ganas dan zionis.Dan mamat yang konon nya tanpa perasaan dulu juga sungguh asyik bercinta.Lansung tak lepas telefon.Tak percaya tanya Mesa.
Ganas sungguh mereka.
*
*
*
Lalu aku boleh bincangkan topik ini secara terbuka.Tiada lagi siganas berani bersuara.Kalau ada campak saja mereka ke nuraka bersama-sama siganas brutal pecah rumah yang lain.
Dah lama aku terfikir.Cinta tiga segi.Macammana terjadi?
Untuk berlaku adil pada aku.Supaya sibodoh bangang tak serang aku dan tanya bukan-bukan ada baiknya aku terangkan satu-satu.
Cinta-merujuk kamus DBP akan membawa kita makna kasih dan sayang.Tidak akan dibincangkan kemudian.
Tiga segi/segitiga-mengikut buku matematik akan memberi kita maksud tiga garisan yang bercantum dan mempunyai 3 sudut.Hasil campuran kesemua sudut akan memberi jumlah 180 darjah.Ini masalah utama.
*
*
*
Secara keseluruhan cinta tiga segi bermakna perasaan cinta dan kasih diantara 3 orang yang berkaitan.
Untuk membantu silembab dan kepala kayu,mari kita buat andaian.
Andaian:
A-seorang lelaki.macho dan kool.
B-seorang wanita.biasa-biasa saja.
C-seorang wanita.juga biasa-biasa saja.
Penyelesaian:
Si A cinta kan si B.Si B tidak layan atau tidak membalas.Lalu si A digelar syok sendiri.
Dalam masa yang sama Si C mencintai si A yang macho dan kool tadi.Lalu tidak dapatlah Si A melayan Si C kerana apa saja sebabnya pedulikan saja.Tak kira apa yang Si C sanggup lakukan.
Untuk melengkapkan kes cinta tiga segi ini Si B mestilah cinta si C.
Dalam bentuk mudah.
A--cinta-->B--cinta-->C--cinta-->A
Rujuk andaian.B dan C adalah kaum yang sama.
Jawapan kepada kes ini adalah:
Si B seorang pecinta songsang ataupun biseksual
-----------------------------------------------
-----------------------------------------------
Kesimpulan:
Jika anda bertemu dengan kes cinta tiga segi maka berhati-hati kerana salah seorang dari tiga orang itu adalah songsang nafsunya ataupun seorang biseksual.
Sekian dulu.Fikir-fikirkan dan selamat beramal