Pages

Friday, October 5, 2007

vios dan kancil...sungguh indah para wanita-wanita itu

Sebiji Vios berhenti kat depan aku.Entah dari mana.
Kancil pula datang berhenti belakang Vios itu.Kancil bikin bermeter turbo kat dalam.
Kereta kancil tau bukan kancil yang menipu sang buaya dalam buku cerita sekolah rendah tu.
Dari perut kancil tu keluar seorang perempuan.Muka serius.
Terus kebelakang.Tertunduk-tunduk.
Mengkaji,menyelidik dan meyemak setiap inci bumper kancilnya itu.

(dalam masa yang sama)
Dari perut Vios keluar seorang wanita.Wanita tau bukan perempuan.Masih beruniform.Baru balik dari kerja agaknya.Panasonic agaknya.Ideas for life.
Wanita itu tersenyum-senyum.tersengih-sengih.Terus kebahagian depan Vios.
Tertunduk-tunduk juga.
Mencari-cari sesuatu.

Perempuan serius dan wanita itu nampak berpuas hati.
Dua-dua bertemu dicelah-celah kereta.
Aku tak dengar apa minah-minah tu cakap.
Tapi aku boleh agak apa yang jadi tadi.
Vios langgar kancil.Gesel.Cium je.Calar sikit je.

Wanita dan perempuan tu makin mesra borak.
SIap tukar nombor phone lagi.Bergurau senda le pula.
Bersalam-salaman,bermaaf-maafan.
Wah macam dah lama kenal je.
Itu le cara perempuan dan wanita.

Dah 20 minit baru selesai.

Cuba bayangkan kalau lelaki.
Berhenti kat tepi.
Tengok kereta masing-masing.
Kalau calar sikit buat tak tau je.
Teruskan perjalanan.Buat macam takde apa-apa.
Masuk kereta maki-maki.

Kalau teruk sikit terus minta ganti rugi.
Ikut persetujuan kedua-dua pihak.
KAlau tak setuju gaduh je kat situ.

Kalau teruk sangat,terus report.
Call sana-sini.
Selesai.

Cara lelaki lebih efektif.
Tak makan banyak masa.
Cara yang lebih cool.

Cayalah kaum lelaki.

Thursday, October 4, 2007

Rafael Benitez ,Steven Gerrard dan Fernando Torres...kamu semua mengecewakan aku

Semalam abang kerani JPN bagi aku satu pepatah Inggeris.
Memang aku pernah dengar.Tapi tak pernah ambil pusing pun.

What you give,you get back.

Aku diam je masa tu.Kata orang diam tanda setuju.Tapi aku tak setuju sangat.
Kurang tepat pepatah tu.Kadang-kadang tak tepat lansung.
Aku pernah test pun.Aku kasi RM5 kat orang.DAh bertahun aku tunggu dah dapat balik pun.

Tapi ini bukan pasal duit.Bukan juga pasal makan.Apatah lagi pasal tumbuk-menumbuk.
Semalam aku berbuka puasa sama kawan-kawan.
Sambil makan-makan sambil tengok awek,sambil tengok tv.Ada pula tunjuk gol-gol EPL minggu lepas.
Bincang sikit pasal game Champs League pagi nanti(pagi tadi).
Yang 2 orang ni penyokong Chelshit.Memang tengah bangang.Tengah bodoh.
Bagai anak ayam hilang ibunya.
Chelshit yang tengah bangang.Bukan mamat 2 orang ni.
Yang sorang tu dah janji nak tolong repair blog aku ni.
Terima kasih ye.
Memang sedap sangat le aku kutuk.
Kunyah-kunyah,kutuk-kutuk.Kunyah,kutuk,telan,kutuk,suap,kunyah,kutuk.
Berselang seli.Memang best sangat.

Berselera betul aku makan semalam.

Pagi tadi sorang mamat hantar aku satu message.
Mamat yang tanya aku nak letak link aku dalam blog dia tak.
Mamat yang tak tanya pun tapi terus delete je link blog aku.
Mamat yang takut sangat dengan awek dia kot.Atau takut dengan aku.
Mamat ni tengok je Liverpool mesti kalah.
Ayam.Puk puk puk.


Pukul 5 pagi lebih kurang.

dia-Pool memang taknak Champs league,main macam sial.(lebih kurang le maksud ni)

aku-Draw lagi ke?First game seri lawan Porto.

dia-Kalah!!

Aku terus tak reply.Senyap.Diam.Diam yang tandanya memang tak setuju lansung.
Aku terfikir sibahalol mana le yang Rafa Benitez turunkan.
Sambung tidur.
Fikir-fikir.

Fikiran aku melayang jauh.Sampai ke pejabat JPN.
Sampai ke depan meja kerani semalam.

Aku teringat masa buka puasa semalam.Memang banyak aku kutuk.
Cis.

What you give,you get back.

Wednesday, October 3, 2007

aku berjaya menjadi warganegara Malaysia..tahniah pada aku dan JPN

Semalaman aku tunggu IC aku pulang kepangkuan.
Hampeh.
Takde siapa yang nak pulang kan ke?
Aku tak tau siapa yang jumpa.Simpan je la.Simpan elok-elok.

Tadi aku dah buat yang baru.
Malas betul nak berurusan kerajaan dalam bulan puasa ni.
Banyak sangat menguji kesabaran.Lambat.Lembab.
Ramai sangat orang.
Dah macam Puduraya masa dekat nak raya.
Padat.
Dah macam jalan kat KL masa hari hujan.Lebat atau renyai.
Sesak.
Dah macam neraka jahanam.
Penuh.
Kata orang le.

Tadi masa aku sampai JPN,aku terkejut.
Kat pintu masuk memang sesak.Ada dekat 30 orang india dekat situ.
Ada keluarga india tengah celebrate anak dia kahwin.
Daftar perkahwinan kot.
Aku mencelah masuk.Aku tak nak mengganggu majlis.
Dia orang nak ambil gambar.Silakan.

Kat dalam sunyi je.
Tak ramai orang.Tak macam yang aku jangka.
Lengang.Macam KL masa hari raya.

Kali terakhir aku datang memang penuh sesak.
Nak ambil nombor giliran pun kena beratur.Masa tu aku nak tukar ke My kad.
Memang mencabar.Mau je rasa aku buka puasa.
Tapi masa tu bukan bulan puasa pun.

Ambil nombor giliran.
Lepak kejap sambil baca paper.Tak sampai 15 minit dah sampai giliran.
Kerani pun mesra semacam.
"Bagus JPN ni.Saya mesti pilih."kata aku tiru iklan Bank Rakyat.

Lepas tu masuk part yang paling aku tak suka.
Kena ambil gambar.Aku tak fotogenik.
Kalau masuk Mr Asia mesti aku kalah Mr fotogenik.
Yang lain memang boleh menang sangat.
Kamera selalu suka ubah gambar aku.Keperibadian aku.
Sebab tu aku tak suka bergambar.
Semua kamera menipu.

Kali terakhir aku berpuas hati dengan hasil gambar masa aku bergambar untuk majalah sekolah.Dah beberapa tahun yang lepas.Memang bergaya.
Gambar tu punya pasal le aku dapat surat peminat,walaupun aku tak reply.
Terima kasih peminat-peminat ku.

Setelah melalui detik-detik sukar.Aku berjaya juga buat IC baru.
Untuk sapa-sapa yang belum tau lagi.
Kadar denda kehilang IC yang baru adalah seperti berikut:

Kali pertama=RM 100
Kali kedua=RM 200
Kali ketiga dan seterusnya=RM 300

Dan jangan lupa caj RM 10 sebagai bayaran permohonan.

Oleh itu kawan-kawan.

Jangan hilang IC lagi.
Dan
Jangan kutuk kawan yang hilang IC.


Yahoo...Aku ada IC raya yang baru.

Tuesday, October 2, 2007

Jericho Rosales itu telah hilang kad pengenalan nya

Semalam ada satu amoi tegur aku.
Kata dia aku nampak macam orang luar.
Orang Philippines.
Senang cakap aku nampak macam Jericho Rosales le.
Pangako Sa Yo.

Aku dah biasa disamakan sana sini.Tapi belum ada yang cakap aku macam orang Phili lagi setakat ni.Tahniah amoi.Anda orang pertama.
Biasa orang cakap "kau ni macam Duta le".
"Duta negara mana pula?"Aku tanya.
Duta So7 tu le.Aku diam.
Untung le kau Duta.Nampak macam aku.
Sephia.

Aku pun dah biasa orang tanya macam ni.
"you ni mix ke?"
Aku tak pernah kecewakan orang bertanya.
Gaya sopan mesti ada.
Setiap soalan mesti dijawab.
Mak aku perempuan,bapa aku lelaki,aku ni kira mix le juga.

Petang semalam aku terus jadi Jericho Rosales.
Aku tak tau mana aku letak IC aku.Kad pengenalan.
Mulut amoi ni memang masin.
Lepas urusan bank aku berlari-lari dalam hujan.
IC kat dalam poket baju.
Siapa jumpa tolong pulang balik ye.Dipercayai jatuh disekitar seksyen 14.

Ada sorang kawan terus simpan IC dalam dompet.

Aku:Takut sangat IC kau hilang ye?

Dia:Denda mahal seh.

Aku:IC aku tak pernah hilang le.Kau dah berapa kali hilang?

Dia:3 kali dah kot.

Aku:Berapa denda first time hilang

Dia:Entah.Aku tak ingat.


Tak apa lah.Nanti aku tau juga berapa denda.
Aku bagi peluang.
Sebelum aku buat yang baru.
Sebelum aku tau berapa denda.
Akan ku tunggu IC aku pulang.
Pulang lah.
Raya dah dekat ni.