Pages

Tuesday, July 13, 2010

broga hill

*penulis tempelan*maafkan penulis jika gaya penulisan sangat hampeh,buah cempedak luar pagar*



sila lihat peta di atas.
Ini adalah laluan ke bukit broga.
Kalau ada antara kalian mahu mendaki ini bukit
Jangan gusar
laluan yang senang ini boleh dirujuk dan print dari internet
Kalau mahu sedikit cerdik,sila hafal,sesat terlajak 2-3 jalan,kemudian dengan selamat,sampailah anda ke broga hill ini.

saya sangat gembira bila fikir mahu panjat ini bukit.
maklumlah setelah melawat blog2 orang lain,cerita2 memukau sangat membuat saya teruja.oh..xtido malam bila pk broga.hidup broga!!hip2..jerit hati saya keriangan.

maka,tepat pukul 9(lbh kurang) saya panjat broga dengan 2 org sahabat comel.ini kisah saya,bukan yg comel2 itu..so abaikan yang comel2 itu.sambung!

kebiasaan manusia yang mahu lihat matahari terbit dari puncak bukit saya langgari sebab masa sy mendaki dengan semput sekali,matahari dah meninggi dan manusia yang mendaki pada awal gelap pagi embun mencurah2 sedang menuruni bukit dengan bangga sebab dapat tengok matahari terbit sedangkan saya terpaksa menghidu bau busuk peluh ketiak masam mereka sambil mendaki semput.kesian saya.sambung!

laluan ke broga ini tidaklah susah.sudah ada takak2 tapak untuk senang pijak.ok ler kalau nk berlari pon boleh cuma saya semput.jauh ditinggal belakang oleh sicomel berdua.

ooppps!!!

saya telah ditegur kerana tidak nampak 'hero' dan tahap 'perkasa' saya dalam trip laporan ini sangatlah mencurigakan..ok..tukar versi.sambung!

Gua malas mahu memuji tahap stamina gua yang mantap ini.apalah sangat panjat bukit 3-4 jam. gua masih mampu senyum walau semput-semput mintak nyawa. rokok oh rokok..rintih gua yang kehabisan stok ini sambil pandang langit kot2 jatuh seputung.dengan bag tergalas di bahu bawak stok air untuk sicomel sicomel sangat gentleman kan?gua lah tu..cepat! mintak otograp!!!

Erk,jap..kita tengok gambar kedua.ini cerita bergambar dan gua kehilangan fokus.kita masih bercakap pasal broga kan?hihihi.


Gua sudah lupa dari sudut mana gua snap ini gambar.walau apa pun,semestinya lagi tinggi dari tempat yang ditunjuk.nampak sunyi sepi tanpa orang bukan?xramai yang tahan gentar sanggup kulit garing tengah terik matahari pukul 11 panjat bukit.gualah tu.ulang lagi skali.gua lah tu.bangga seh.waktu ini semua dah turun takut matahari.huh.sambung!



Tak banyak yang gua boleh puji sebenarnya.apa-apa pun,panjat broga pada pukul 9 pagi,selain keluar peluh 2 baldi,lenguh lutut dan betis(orang lain,bukan gua),ketiak hangit(bukan gua juga),gua boleh puji amoi-amoi seksi yang turun bukit yang berselisih masa gua panjat.sejuk mata.muahahaha.oh broga.dan ketiak masam.oh broga lagi...

Gua percaya matahari terbit pagi di broga mestilah cantik.tapi serius kalau nak panjat broga waktu pagi,akan alami kesesakan yang jitu..ramai sangat umat manusia.korang tak akan dapat menghayati alam,konpem..ramai sangat manusia..sesak.xcukup napas.nak bergambar pun kena ambik turn.biasalah panjat bukit free.camnilah..huh.oleh itu,sila contohi gua yang bernas ini,panjat lewat-lewat,hujung pagi.solat dhuha atas bukit.peh.



lihatlah dada langit..ya.sila lihat dan lompat sambil jerit 'yeay!!!'..tak susah mendaki sebenarnya.gelojoh nak sampai ke puncak sampai xhengat waktu tapi masa nak turun,sangatlah azab.boleh menggigil kepala lutut.huh.

kepada mereka yang inginkan kelainan di hujung minggu kalau dah bosan asyik jogging je,bolehlah cuba aktiviti ini.bawak gulai kawah budu ikan kering makan kat atas.dah kenyang perut main layang-layang.pastu lelap.pastu petang.pastu bermalam..apa ko merepek ni sioh.eh awang eh yeob.oklah.tata.

Thursday, June 3, 2010

kereta kentut

selamat enjoy..



letupan pada akhir babak tidak dapat ditunjukan kerana tidak mendapat kelulusan FINAS.

sekian

Tuesday, June 1, 2010

blog mak temah

ini kisah mak temah
kisah mak temah dan blognya.
mak temah rajin membaca blog.
mak temah baca semua blog.

mak temah paling suka blog kaum kaum beliau.
berkongsi suka duka kaum beliau.
mak temah terharu.

hari hari mak temah baca
mak temah mula rasa pandai
mak temah naik level
mak temah baca
mak temah komen
mak temah nasihat
membaca mengomen menasihat
mak temah rasa bagus

mak temah kecewa
komen komen tak laku
orang tak amik pot
orang tak approve komen
mak temah hangin satu badan
hangin sampai kepala

mak temah naik lagi 1 level
mak temah mula tulis blog
mak temah buka maktemah.blogspot
tulis pasal diri sendiri
tulis pasal orang lain
tulis pasal keje kat ofis
tulis pasal orang kentut dalam ofis
tulis pasal pegi makan lepas keje
mak temah sangat produktif
tulis pasal semua yang lintas depan mata
padahal mak temah dah ada facebook
tempat mak temah update berak kencing beliau

mak temah sangat baik
mak temah guna konsep "ada aku kisah"
mak temah bagi semua baca
mak temah bagi semua komen
bagi orang komplen
mak temah tak kisah
tak kisah nak marah orang-orang yang komplen beliau.
mak temah suka dipuji
tapi jangan dikeji
mak temah suka dibodek
tapi jangan diherdik
mak temah tak kisah
tapi mak temah marah.

p/s:penulis mempunyai 20tahun pengalaman mengkaji mak temah dan kaum kaum yang seerti dengan mak temah.beliau dapat memahami kaum kaum temah dengan sekali imbas sahaja.penulisan beliau adalah hasil dari pemerhatian beliau keatas kaum kaum mak temah yang penuh berkeliaran dimuka bumi.

Monday, May 17, 2010

facebook

jaman sekarang jaman it.
oh!terlalu jawa..

zaman sekarang zaman it.
facebook dan twitter dah jadi macam handphone.wajib ada.mandatori.
dah tak macam biskut.kejap ada kejap takde.


dolu dolu
jalan-jalan pasar malam
jumpa kawan lama
borak borak
gosip-gosip
hai hai
sebelum bai bai minta email kot kot nak beremail kononnya.
lalu bertukar tukar emaillah mereka


dolu
jalan-jalan pasar malam
jumpa kawan lama
borak borak
gosip-gosip
hai hai
sebelum bai bai minta phone no kot kot nak berkontek kononnya.
kawan yang rasa ada phone canggih pon keluarkan phone "apa no ko?"
kawan yang segan segan phone cap ayam atau pun kredit cukup nak hantar mesej pon cakap " ko tembak le"


sekarang
situasi masih sama.pasar malam yang sama.
jalan-jalan pasar malam
jumpa kawan lama.penah jumpa dolu.penah tukar tukar no phone.tak penah bekontek.
borak borak
gosip-gosip
hai hai
sebelum bai bai minta facebook.
kawan1 "apa email facebook ko"
kawan2 "kan aku dah bagi dolu-dolu(refer situasi 1)"
kawan1 "ko guna lagi ke?aku dah tukar..nanti ko add aku cipanhensem@tenukmacho.com"
maka itulah perbualan mereka dialam nyata mahupun dialam maya.


senang cerita, friendster myspace tagged facebook twitter blablabla pungpangpungpang kungkangkungkang hatta phone book sekali pun,walau ada 4000 kawan tapi kalau tak berkontek kontek takde makna sosial network tu.

tulis le status macam macam.letak le gambar posing sana sini.syok le sendiri.
dah bosan main game plak.

ntah apa le guna facebook.
tulis banyak pun tak guna.

layan poker lagi bagus.