Ustaz aku pernah kata,bila bulan puasa iblis-iblis semua kena ikat.
Itu pasal aku suka sangat dengan bulan puasa.
Aku bebas.Merdeka.
Aku boleh buat apa saja.Tiada gangguan iblis.
Mak aku pesan.
"kalau menguap,tutup mulut dengan tangan.Nanti iblis masuk kalau tak tutup."
Bila bulan puasa aku boleh menguap sepuar hati aku.Tak payah tutup.
Menganga sampai telinga.
Menguap le seluas alam sekali pun.
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!
Ustazah pesan,
"Jangan kencing berdiri,itu tolong iblis yang cedera sembuh"
Bulan puasa takpe.Hmmm..boleh le try kencing sambil berlari pula.Boleh jadi acara balapan ni.Tapi bulan puasa je la.
Imam kat surau pesan,
"rapat kan saf,kalau ada ruang nanti iblis yang masuk"
Apa rapat sangat ni,panas le.Rimas.
Jauh sikit bang.
JAIS pesan,
"kalau berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim,maka orang ketiga adalah iblis.
Siapa nak berdua-duaan dengan aku woii.Datang le.
Promosi ni.Sementara ramadhan masih ada.
Kawan aku marah,
"apa makan guna tangan kiri ni,makan dengan iblis ni namanya."
Aku cakap"bulan puasa iblis kena ikat.Suka hati aku le nak guna tangan kanan ke kiri ke dua-dua tangan"
Esok aku nak try suap guna kaki pula.
Macam best je.
Tapi aku ragu-ragu juga.
Betul ke semua iblis/syaitan kena ikat.
Kata ustaz aku,dalam majlis ilmu(kuliah subuh,khutbah jumaat,etc etc)iblis akan celakkan mata orang yang dengar.Celaka iblis.
Tapi jumaat lepas ramai juga yang tidur masa khutbah.
Kena celak juga ke?
Kata Jakim,masuk minggu kedua bulan puasa orang yang tak puasa akan meningkat.
Kerja iblis ke tu?
Kata mak,kalau ada orang makan banyak tapi tak kenyang juga,itu makan dengan iblis.
Semalam kawan aku makan banyak.Siap longgarkan tali pinggang/seluar lagi.
Salah iblis juga?
Jangan-jangan itu semua iblis.
Syaitan yang merupai manusia.
Tak punn.
Manusia merupai syaitan.
Susah le macam ni.
Aku kawan dengan iblis ke?
Huh.
Pening.Tak boleh puasa ni.
No comments:
Post a Comment