Pages

Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Friday, September 28, 2007

semalam berbuka puasa..manusia memang rakus

Aku tak tau nak tulis apa hari ni.
Tadi ada sorang kawan suruh tulis pasal berbuka semalam.
Ok le tu.Sumbangan idea anda agak bagus.Thanks Cris.

Aku memang nak tulis dah,tapi takut kurang lak pahala puasa aku ni.
Ada saja yang tak kena.Nak letak gambar pun tak boleh.Handphone aku buat pasal semalam.
Lansung tak boleh on.Tuan dia yang puasa dia pula yang letih.
Tak boleh le amik gambar.Aku tak bawa kamera pula tu.
Kalau bawa tapi suruh orang pegang baik tak payah bawa je Raul.

Berbuka kat Ani Sup Utara.Janji dalam 30 orang.Yang datang 11 je.
Sabar.Puasa ni.
Bufet.Sapa cepat dia dapat.Muka-muka rakus terpampang semalam.
Aku ambil yang paling senang.Sup ayam,kuih,air bla bla bla.
Oi kak Ani,apsal takde tamar ni.Aku bukan minta Yusof Taitoob pun.
Cukup le sekadar tamar.Bufet berbuka puasa konon.
Duduk kat meja.
Tunggu kurang sikit manusia.Lepas ni boleh ambil lagi.Banyak makanan tu.

Kesilapan yang nyata.Lepas telan kuih,sup dan cecair-cecair manis masuk keperut aku di ajak sorang kawan menghirup udara segar.
Sebatang marlboro versus sebatang kretek.
Aku perlahan kan sedut dan tarik.
Si kawan itu mencepat kan lagi.Rakus.
Cuba saingi rentak aku.
Relaks bang.
Tinggal lagi 1/5 kretek dia dah buang.Jom makan.

Masuk.Aku singgah nak ambil nasi.
Alahai.Kau dah ambil ke?
Ambil nasi.Separuh.Aku tawaf meja makanan sepanjang padang futsal,takde apa lagi yang tinggal.Semua dah keatas meja.Meja orang lain.Meja manusia-manusia rakus yang rasa dirinya berpuasa empat hari empat malam.
Aku makan je apa yang ada.
Bukan le niat datang nak makan semata-mata.
Cukup le jumpa kawan-kawan.

Lepas ni ada le 2 3 lagi majlis camni.
Kalau dah janji mesti le pergi.
Jangan main janji je.
Jangan le main InsyaAllah je.

Sapa yang tak datang semalam?

Wednesday, September 26, 2007

Karam Singh Walia

Menurut perangkaan Jakim(Jakim yang kata bukan aku yang kata),
pada minggu pertama bulan puasa belum ada sebarang tangkapan.
Sekarang dah nak masuk minggu ketiga.
Setan-setan dah mula terlepas sikit-sikit.
Makin ramai yang ponteng.Makan kat mana-mana je.
Dalam ladang kelapa sawit.
Bawah kolong.
Ofis.
Dan paling bangang....kat kedai makan.
Apa akal le setan-setan ni semua?
Kat ofis kan senang.
Hehehe.

Tak susah mana pun puasa.Tapi ramai yang sangkut.
Aku pernah lepak dengan seorang manusia yang pelik.
Masa tu bulan puasa.
Pukul 7 pagi dah isap rokok.
Aku naik hairan.Tengok muka memang macam melayu.
Tengok leher ada rantai emas.
Siap loket ikan lagi.
Tengok dagu ada janggut.Sah jantan.
Tengok IC sah islam.
Aku diam.Serba salah.
Tegur salah tak tegur pun salah.
Aku boleh tegur.Tapi jawapan dah boleh di agak.
Jawapan standard.

"Tiada paksaan dalam agama."
Tak pun.
"Kubur masing-masing."

Malas.
Biar dia jawab sendiri.
Bukan dia tak tau.
Dah besar pun.
Berjanggut lagi tu.

Manusia pelik ni tak makan tau.
Sepanjang hari.
Hisap rokok.Minum air.Main game.Tido.Main game.Minum air.isap rokok.
Isap rokok lagi.

Hairan.

Waktu berbuka baru le makan.
Apa makna semua ni?
Baik kau puasa je.

Hmmm...
Betul kata Karam Singh Walia.

"Banyak udang banyak garam,banyak orang banyak ragam."

Thursday, September 20, 2007

pasar/bazar ramadhan itu sungguh bosan sekali ....tak memenuhi citarasa hati

Dah nak seminggu puasa,hari-hari berbuka juadah pasar ramadhan.
Eh, ada satu hari aku buka puasa kat rumah member lama.Lain hari semua aku bedal kat pasa ramadhan je.Ada orang panggil bazar.
Lantak le nak panggil apa.Sama saja.
Aku dah bosan.Muak.
Tak bersyukur kah aku?

Ada sorang member kata masa berbuka"tak sedap le mak cik ni masak".

Aku kata"bulan puasa,camne dia nak rasa.Itu pasal tak sedap"Halalkan je"

Bila aku pula kata.

Aku:Tak sedap le makcik ni masak

Dia:Bulan puasa,camne dia nak rasa.Itu pasal tak sedap"Halalkan je"

Aku:Kalau tak pandai masak jangan le nak berniaga.Menyusahkan orang lain je.Tambah dosa je kena kutuk.Tambah dosa aku pula mengutuk dia.
Belajar le masak dulu,tahun depan boleh niaga.Jangan le tengok orang niaga kau pun nak niaga juga.(markah penuh)

Dia:Senyap dengar skema jawapan aku.Sambil angguk-angguk.

Aku tak marah kau orang nak niaga.Sila le.Tak silap aku 90% rezeki kita adalah dari hasil perniagaan.
Ramai orang yang meniaga.Macam-macam.Jual biskut,songkok,badan,potong rambut,servis motor.Macam-macam lagi.Ada aku kisah.

Kata para ulamak.Nikmat orang yang berpuasa adalah.

1.masa buka puasa

2.bertemu Allah(setelah mati)

Aku belum nak mati lagi.Nak le juga rasa nikmat berpuasa.Masa berbuka.Tapi asal berbuka je kutuk orang niaga mana pahala semua,mana nikmat nya?
Kau orang kalau tak pandai masak,jangan niaga.Jangan sibuk-sibuk nak apply tapak niaga,lesen niaga semua-semua tu.
Menyusahkan orang je.Bahalul.

Ada tiga jenis perasaan beli kat pasar ramadhan ni.

a-sedap membeli,maki menikmati
aku selalu kena.Tukang jual cun,comel lote,ramah,mesra kadang-kadang seksi.Sedap je beli.Tapi masa buka puasa rasa macam nak maki.Kadang-kadang termaki.Punya le tak sedap.

b-tak sedap membeli,nimat merasai
Jarang sangat terkena.Tukang jual bongkak,sombong,kerek kadang-kadang busuk.Makanan sedap.

c-sedap membeli,sedap menikmati
Belum lagi jumpa setakat ni.Tukang jual mesra,cun,ayu lengkap.Makanan pun sedap memenuhi kehendak selera berbuka puasa.

Aku rasa tahun-tahun depan MBSA kena buat ujian dulu sebelum luluskan lesen.Biar yang betul-betul layak je meniaga.
Kalau lima orang je layak.Lantak le.Biar lima orang meniaga seluruh Shah Alam.
Pedulikan yang tak pandai masak.
Kau layak kerja dengan yang pandai masak je.

Eh?
Bukan masak je.
Yang meniaga air pun satu hal juga.
Rasa tawar.Ais sirap rasa sirap je.Menyirap darah aku.
Bak kata pepatah "warna lain-lain,rasa sama saja"

Ni baru tajuk makanan ruji.Kalau aku masuk bab makanan tambahan macam cucur udang,badak berendam,seri muka,otak-otak,sata,bihun sup,pulut panggang,mee goreng,murtabak(boleh tahan le murtabak dia),yong tau fu bla bla bla etc etc.

Huh.


Cerewet ke ni?

Wednesday, September 19, 2007

Ramadhan bulan puasa,bulan kebebasan dan kemerdekaan

Ustaz aku pernah kata,bila bulan puasa iblis-iblis semua kena ikat.
Itu pasal aku suka sangat dengan bulan puasa.
Aku bebas.Merdeka.
Aku boleh buat apa saja.Tiada gangguan iblis.

Mak aku pesan.
"kalau menguap,tutup mulut dengan tangan.Nanti iblis masuk kalau tak tutup."

Bila bulan puasa aku boleh menguap sepuar hati aku.Tak payah tutup.
Menganga sampai telinga.
Menguap le seluas alam sekali pun.
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!


Ustazah pesan,
"Jangan kencing berdiri,itu tolong iblis yang cedera sembuh"

Bulan puasa takpe.Hmmm..boleh le try kencing sambil berlari pula.Boleh jadi acara balapan ni.Tapi bulan puasa je la.

Imam kat surau pesan,
"rapat kan saf,kalau ada ruang nanti iblis yang masuk"

Apa rapat sangat ni,panas le.Rimas.
Jauh sikit bang.

JAIS pesan,
"kalau berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim,maka orang ketiga adalah iblis.

Siapa nak berdua-duaan dengan aku woii.Datang le.
Promosi ni.Sementara ramadhan masih ada.

Kawan aku marah,
"apa makan guna tangan kiri ni,makan dengan iblis ni namanya."

Aku cakap"bulan puasa iblis kena ikat.Suka hati aku le nak guna tangan kanan ke kiri ke dua-dua tangan"
Esok aku nak try suap guna kaki pula.
Macam best je.

Tapi aku ragu-ragu juga.
Betul ke semua iblis/syaitan kena ikat.

Kata ustaz aku,dalam majlis ilmu(kuliah subuh,khutbah jumaat,etc etc)iblis akan celakkan mata orang yang dengar.Celaka iblis.
Tapi jumaat lepas ramai juga yang tidur masa khutbah.
Kena celak juga ke?

Kata Jakim,masuk minggu kedua bulan puasa orang yang tak puasa akan meningkat.
Kerja iblis ke tu?

Kata mak,kalau ada orang makan banyak tapi tak kenyang juga,itu makan dengan iblis.
Semalam kawan aku makan banyak.Siap longgarkan tali pinggang/seluar lagi.
Salah iblis juga?

Jangan-jangan itu semua iblis.
Syaitan yang merupai manusia.
Tak punn.
Manusia merupai syaitan.
Susah le macam ni.
Aku kawan dengan iblis ke?

Huh.

Pening.Tak boleh puasa ni.