Pages

Thursday, September 6, 2007

sesat dalam terang yang gelap

Aneh.
Aku tak tau macam mana aku boleh ada kat sini.
Kat tempat yang aku tak pasti tempat apa.
Nampak macam KL Sentral.Ada juga macam KLIA.
Aku bingung.Samar-samar.

Tapi kat depan aku ada satu mesin ATM.
ATM Maybank.
Aku nak keluarkan duit ke?Tapi aku rasa macam dah takde duit je dalam akaun aku tu.
Perlahan-lahan aku keluarkan kad dompet aku.
Tarik kad bank keluar.Lusuh.
Cip berkarat.Gosok-gosok sikit.
Belek sana-sini.Dah teruk sangat kad aku ni.
Ketuk-ketuk sambil harap keajaiban.

Pandang kiri.Toleh kanan.Pusing belakang.Periksa perimeter dulu.
Amalan biasa sebelum aku keluarkan duit.
Untuk keselamatan dan juga mengelak kemaluan.
Kadang-kadang mesin ATM memang ada keluarkan jawapan yang kita tak nak.

-Baki anda tidak mencukupi.
-Kad anda tidak boleh di proses.
-Wang RM50 sahaja.

Pelik.Lansung takde orang hari ni.Selalu ramai je yang menyemak masa aku nak keluarkan duit.
Line clear.
Slot kad masuk.Angguk-angguk kepala tanda setuju.
Tunggu.Kad anda sedang dikenalpasti.
Tekan butang "proceed".

Eh.Ada not RM2 kat celah tempat keluar duit.Hairan.
Setahu aku minimum pun not RM10 yang keluar dari situ.
Pandang kiri kanan.Takde orang.
Tarik not RM2.Slow and steady.
Ada 2, 3 keping not RM50 keluar.
Macam tak percaya.Macam dalam mimpi.

Terus masuk dalam poket.Aku pakai cargo pant masa tu.
Ada poket kat tepi.
Kalau ada lagi duit keluar pun aku tak kisah.
Memang banyak poket seluar ni.
Setakat 2, 3 ribu memang muat sangat.

Tengok skrin.Sila masukkan no pin anda.
Tengok kiri kanan.
Tekan masuk no pin.123456.
Tunggu.Tenang.Sabar.Gembira.
Pilih pengeluaran tunai.
Rileks.
Tekan 200.
Tunggu lagi.

Bip bip.Sila ambil kad dan wang anda.
Ambil kad.Simpan.
Ambil duit.Masuk dompet.
Ada lagi duit keluar.
Not RM10 dan not RM50.
Ambil.Simpan.
Ambil lagi.
Simpan.

Aku rasa gerun jap.
Salah ke buat macam ni.
Tapi aku tak mencuri.Tak merompak.
Aku mengutip rezeki yang keluar dari mesin.

Tetiba telefon aku bunyi.
Aku teraba-raba cari.
"hello"suara aku lemah.
Aku dengar suara manja yang memang aku kenali"hey,dah pukul 9 le, kat mana ni?

Aku bangun.Periksa poket seluar.
Seluar tak berpoket.
Aku cari cargo pant.Jumpa.
Aku periksa poket.Hampa.
Bangsat.Mana semua duit aku tadi.


Argggggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!

1 comment:

MiZz Lee Jun-KI said...

ceh.. potong betul la...
da exited..
HuH!!!