Rasanya belum terlambat nak ucap hari guru.
Kalau ada sapa rasa terlambat sila ketuk dengan pembaris kayu satu meter kaler kuning.Pembaris ni banyak makan punggung masa aku darjah 2 dulu.(nota: punggung juga dipanggil buntut atau jue..bur)
Terkenang pada guru-guru yang berjasa pada aku dulu-dulu.
Cikgu kelas masa aku dajah 5 sekitar tahun 2000 kalau tak silap aku,
Cikgu Abidah.
Beliau bukan saja guru jelas malah guru bahasa melayu,matematik,alam dan manusia,pendidikan seni,geografi,politik sains dan semua subjek kecuali bahasa inggeris dan pendidikan seks.
Beliau juga yang telah memberikan semua hadiah tahunan pada aku termasuk lah anugerah pelajar terbersih (nota: pelajar terbersih diberikan disekolah-sekolah pedalaman bagi menggalakkan pelajar datang kesekolah dengan pakaian yang bersih setiap hari,bukan hari ahad atau isnin saja)
Berbekalkan sepasang kasut comot,baju kekuningan dan dihiasi muka comel aku dengan segan-segan menerima anugerah tersebut.Baju sekolah sepasang je.Mustahil nak bersih sepanjang minggu.
Beliau juga telah menyeponsor lawatan sambil belajar ketika cuti sekolah.Siap datang minta kebenaran dari mak aku.Aku ingatkan nak datang pinang aku.Berdebar siot!!!
Beliau juga telah memberi duit raya pada aku kerana berjaya puasa 2 hari.
Tahniah aku.
Terima kasih cikgu.
Dan seorang lagi yang cuba merebut kasih aku ketika itu adalah cikgu bahasa inggeris aku,Teacher Mashitah.(nota: kehenseman aku terserlah diusia yang sangat muda).Beliau adalah guru yang paling mengada.Kena dijemput dari bilik guru setiap kali nak masuk kelas.Beliau juga memanggil aku dengan nama baby(nota: baby adalah panggilan pada anak-anak baru lahir dan juga mereka-mereka yang berwajah comel serta kiut-miut.Dalam term dewasa baby memberi erti hensem)
Beliau adalah guru paling garang.Garang dengan semua orang kecuali babynya.Hmmmm..
Thank you teacher.
Terima kasih juga cikgu-cikgu lain.
Dan disini,aku ingin kongsi tips kepada mereka-mereka yang ingin menjadi cikgu terutama yang dibangku sekolah lagi.
Anda mestilah dari golongan nakal.Kalau belum merokok cuba-cubalah.
Lagi bagus nakal sampai tahap digantung sekolah.Maki cikgu.Kutuk cikgu-cikgu anda.Pedulikan nasihat cikgu.
Percayalah.Petua ini sangat mujarab.Dan sudah terbukti.
Pada cikgu-cikgu,kawan-kawan yang menjadi cikgu,bekas-bekas cikgu,bakal-bakal guru dan tenaga pengajar seluruh Malaya tanpa ambil peduli subjek yang anda ajar,ingin diucapkan
SELAMAT HARI GURU
Showing posts with label cikgu. Show all posts
Showing posts with label cikgu. Show all posts
Thursday, May 21, 2009
Monday, October 8, 2007
menjadi seorang guru..mengajar seorang pelajar..satu cabaran
Aku tabik guru-guru seluruh Malaysia tak kira yang mengajar tadika sampai le ke tahap tertinggi dalam hieraki pelajaran.Bukan senang nak jadi guru apatah lagi dalam dunia serba moden dan canggih ni.
Walaupun hari guru dah lama lepas dan lambat lagi nak sampai yang baru aku tulis pasal guru juga berdasarkan kejadian malam tadi.Selalunya kes tiap malam minggu.
Aku tengok bola semalam.Liverpool lawan Tottenham.Aku support Liverpool dan anak murid itu yang tak support mana-mana tunggu peluang melontar kata-kata pedas je.
Aku nak marah pun susah juga anak murid merangkap kawan.Cakap banyak pun tak guna kan.
Dia sampai lambat.Tottenham tengah leading 2-1.
"Hah,nak kalah le ni"Spontan je dia buat rumusan.
Aku tenang.Malas nak layan sangat.Kata-kata dari pengkritik bebas macam dia.Penat je aku bertekak.Dia tak support mana-mana team.Eh,dia support mana-mana team yang menang je.Memang tak untung le bertekak dengan spesis yang macam ni.
Game abis.Seri 2-2.Lahanat sebelah pun tak tau nak kutuk apa lagi.
Maka terjadilah dialog macam ni.
Pelajar:Malam ni Argentina ada game.
Cikgu Sukun:Game apa plak.
P:Bola le bai.Apa lagi.
CS:Mana mau.Kan ke player dia baru main je(merujuk pada Mascherano)
P:Kau ingat player Argentina sorang je ke?
Kesabaran aku diuji.Aku cuba menerangkan supaya silembab ni boleh paham.
CS:Bukan EPL je main malam ni.League kat Itali,Germany,Spain bla bla bla bla semua main malam ni.
P:Itu je ke player yang ada.
CS:Bodoh.Kalau team negara nak main semua league utama berhenti.Cuti.BIkin panas le kau.
Dia senyap.Aku tak tau le tanda paham ke tanda setuju.Aku pun diam,hisap rokok penuh dengan ketenangan.
Satu kebodohan boleh mendiamkan orang lain.Ini sudah bagus.
Ajar sorang kawan pun tak boleh.Macam mana aku nak jadi cikgu?

Subscribe to:
Posts (Atom)