Pages

Showing posts with label dia. Show all posts
Showing posts with label dia. Show all posts

Wednesday, June 24, 2009

Kitaran Hidup

Benarlah kata-kata orang terdahulu.
Hidup ibarat taik dicelah roda,kadang dibawah kadang diatas kadang kala pula dicelah bunga tayar.Walaupun dicelah bunga tetap taik namanya.

Dulu aku tidak terlalu peduli kitaran hidup.
Kerana aku bukan katak mahupun nyamuk.

Telur>>Larva>>Zigot>>Dewasa

Kitaran hidup aku lebih mudah.
Aku juga bukan wanita,yang bersusah payah makan demi menjana darah.
Namun buang jua akhirnya.
Buat darah, buang darah.
Buat darah, buang darah.
Buat darah, buang dara.


Tapi aku sedar akhirnya.
Aku juga manusia biasa.
Punyai kitaran.
Aku tak daya melawan hukum alam.

Walaupun terpaksa berlari.
Melompat menurun.
Mengharungi tiga tingkat anak tangga.
Demi melengkapi sebuah kitaran.
Untuk jadi peringatan.
Lepas makan jangan simpan.

Bangsat!!Apsal jamban aku tersumbat??

Thursday, May 21, 2009

Selamat hari Guru

Rasanya belum terlambat nak ucap hari guru.
Kalau ada sapa rasa terlambat sila ketuk dengan pembaris kayu satu meter kaler kuning.Pembaris ni banyak makan punggung masa aku darjah 2 dulu.(nota: punggung juga dipanggil buntut atau jue..bur)

Terkenang pada guru-guru yang berjasa pada aku dulu-dulu.

Cikgu kelas masa aku dajah 5 sekitar tahun 2000 kalau tak silap aku,
Cikgu Abidah.
Beliau bukan saja guru jelas malah guru bahasa melayu,matematik,alam dan manusia,pendidikan seni,geografi,politik sains dan semua subjek kecuali bahasa inggeris dan pendidikan seks.

Beliau juga yang telah memberikan semua hadiah tahunan pada aku termasuk lah anugerah pelajar terbersih (nota: pelajar terbersih diberikan disekolah-sekolah pedalaman bagi menggalakkan pelajar datang kesekolah dengan pakaian yang bersih setiap hari,bukan hari ahad atau isnin saja)

Berbekalkan sepasang kasut comot,baju kekuningan dan dihiasi muka comel aku dengan segan-segan menerima anugerah tersebut.Baju sekolah sepasang je.Mustahil nak bersih sepanjang minggu.

Beliau juga telah menyeponsor lawatan sambil belajar ketika cuti sekolah.Siap datang minta kebenaran dari mak aku.Aku ingatkan nak datang pinang aku.Berdebar siot!!!

Beliau juga telah memberi duit raya pada aku kerana berjaya puasa 2 hari.
Tahniah aku.
Terima kasih cikgu.

Dan seorang lagi yang cuba merebut kasih aku ketika itu adalah cikgu bahasa inggeris aku,Teacher Mashitah.(nota: kehenseman aku terserlah diusia yang sangat muda).Beliau adalah guru yang paling mengada.Kena dijemput dari bilik guru setiap kali nak masuk kelas.Beliau juga memanggil aku dengan nama baby(nota: baby adalah panggilan pada anak-anak baru lahir dan juga mereka-mereka yang berwajah comel serta kiut-miut.Dalam term dewasa baby memberi erti hensem)
Beliau adalah guru paling garang.Garang dengan semua orang kecuali babynya.Hmmmm..
Thank you teacher.

Terima kasih juga cikgu-cikgu lain.

Dan disini,aku ingin kongsi tips kepada mereka-mereka yang ingin menjadi cikgu terutama yang dibangku sekolah lagi.

Anda mestilah dari golongan nakal.Kalau belum merokok cuba-cubalah.
Lagi bagus nakal sampai tahap digantung sekolah.Maki cikgu.Kutuk cikgu-cikgu anda.Pedulikan nasihat cikgu.
Percayalah.Petua ini sangat mujarab.Dan sudah terbukti.

Pada cikgu-cikgu,kawan-kawan yang menjadi cikgu,bekas-bekas cikgu,bakal-bakal guru dan tenaga pengajar seluruh Malaya tanpa ambil peduli subjek yang anda ajar,ingin diucapkan

SELAMAT HARI GURU

Tuesday, May 12, 2009

Gadis Misteri

Entry aku bulan lepas seperti dibenci oleh Juliana,SiGadis/SiTidakGadisLagi Misteri.Dia telah meninggal kan 5 komen terhadap entry itu.Mungkin dia tidak sabar.Mungkin dia nak pastikan komen dia dipublishkan.Rileks.Gua kasi lepas semua komen lu.
Komen beliau adalah seperti berikut:

1.Juliana said...

Azizi,

Masalahnya ko tu jongos la.....
Saper kata ko hensem....
Perasan giler....

May 10, 2009 7:36 PM

2.Juliana said...

Azizi....
Hang jgn dok perasan hang tu hensem la...
Hang pun jongos gak....tapi jongos kategori tak sedar diri.....

May 10, 2009 7:37 PM

3. Juliana said...

Azizi....
Hang jgn dok perasan hang tu hensem la.....
Sebenaqnya hang pun jongos gak, tapi jongos kategori tak sedaq diri

May 10, 2009 7:39 PM

4.Anonymous said...

Azizi....
Hang jgn dok perasan hang tu hensem la.....
Sebenaqnya hang pun jongos gak, tapi jongos kategori tak sedaq diri

May 10, 2009 7:39 PM

5.Juliana said...

Azizi...
Masalahnya ko tu pun jongos....
Tapi jongos yg masuk kategori tak sedar diri.....
Ko pegi cermin la muka ko sikit,
mungkin ko baru tahu betapa jongosnya ko tu.....

May 11, 2009 8:58 PM


Perhatikan pada masa tertera.Betapa bersungguh nya sigadis atau si sudah tidak gadis ini berusaha.Lalu aku baca balik entry aku tersebut.Mari baca sama-sama. SiHensem disenangi..Tiada apa yang tak normal.

Seingat aku,tak ramai Juliana yang muncul dalam kehidupan aku.Sama ada gadis atau tidak.Kalau ada pun mungkin seorang.Bekas pelajar UM.Dan aku pasti tiada masalah dengan Juliana tersebut.

Lalu aku mengaplikasikan teori Horatio Caine untuk ketahui punca sebenar.Oh!dan sedikit teknik Prof Charlie.

Jadi,kemungkinan yang ada:

1.Aku lebih hensem dari pasangan beliau.
-Juliana,jika ini masalah kau aku tak dapat nak tolong.Kau cari le yang lebih hensem dari aku.Itu pun kalau ada.Kalau tak dapat bukan masalah aku.

2.Aku pernah ngurat Juliana.
-Juliana,kalau aku pernah mengurat kau lalu aku tinggalkan kau.Maafkan aku.
Tapi ini kes terpencil.Aku tak biasa mengurat.Aku hanya biasa dingurat.

3.Kau pernah ngurat aku.
Juliana,andai kau pernah ngurat aku lalu aku tak layan.Maafkan aku.Perkara begini selalu terjadi.Bukan niat tak mahu layan.Memang tak terlayan.
Aku tiada niat melukai sesiapa.


Juliana,lain kali sila ambil nombor giliran ye.