Pages

Thursday, March 26, 2009

Si Hensem disenangi

*Entry ini untuk lelaki-lelaki hensem sahaja.Tiada kena mengena dengan mereka yang tidak hensem apatah lagi mereka yang bergelar jongos*

Aku pernah disapa oleh kaum-kaum lelaki yang mencemburui dan amat ingin belajar.

Q:"Apsal perempuan suka cakap dengan kau?Ayat manis apa kau guna?"

Dek kerana yang bertanya itu separa jongos,senang le aku jawab dengan penuh kejujuran dan kepantasanku.

A:"Ayat tak manis,yang manis tu rupa."

Terima atau tidak itu terpulang pada si jongos.Mungkin dia menolak di luar tapi didalam dia terpaksa mengaku juga.

Keadaan jadi lebih susah bila yang bertanya mempunyai level kehenseman yang sama atau lebih(spesis yang jarang-jarang ditemui dan boleh dianggap kes terpencil).


Berkat kajian dan pemerhatian,aku dapati spesis hensem itu terbahagi kepada 3 bahagian.(PERINGATAN:Jika anda tidak hensem dan ingin membaca juga,jangan malu-malu).


1.SI HENSEM TAK SEDAR DIRI

Ini adalah golongan paling lemah dalam kategori hensem.Golongan ini hensem rupanya tetapi tidak sedar akan kehenseman mereka.Mempunyai keyakinan diri sangat rendah hinggakan lebih rendah dari seekor lembu yang meragut rumput.Golongan ini tidak membahayakan sesiapa tapi kalau minta tips dari aku memang sah aku lempang.


2.SI HENSEM SEDAR DIRI

Golongan ini sama spesisnya dengan penulis.Mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan lebih senang bergaul mesra dengan alam sekitar.Mereka juga adalah yang paling disenangi didalam ketiga-tiga kategori.Golongan ini lebih relaks,cool dan bersahaja.Sesuai dengan level hensem mereka.


3.SI HENSEM LUPA DIRI.

Mereka adalah golongan hensem yang berlagak dengan tahap kehenseman mereka.Kaum-kaum inilah yang merosakkan nama orang-orang hensem.Mereka ini mempunyai kadar keyakinan yang sangat-sangat tinggi.Jika tahap keyakinan mereka adalah paras air dalam empangan maka runtuhlah empangan itu lalu banjir melanda.Begitulah betapa kritikalnya tahap keyakinan mereka ini.Golongan ini juga selalunya kurang disenangi dan kadang-kadang dibenci oleh kaum wanita mahupun kaum lelaki sendiri.


Harapnya entry ini sedikit sebanyak dapat memberi panduan pada golongan-golongan hensem supaya tidak menjatuhkan imej kita semua.
Pada mereka-mereka yang hensem.Baca dan belajar.Jangan tanya soalan bangang lagi.
Pada mereka yang jongos.Minta maaf.Aku tak paham perasaan kamu semua.

6 comments:

lankapo said...

tapi kadang2 jongos hanya bertanya dgn kawan dia yg jongos sahaja..:)

JUE said...

Azizi,

Masalahnya ko tu jongos la.....
Saper kata ko hensem....
Perasan giler....

JUE said...

Azizi....
Hang jgn dok perasan hang tu hensem la...
Hang pun jongos gak....tapi jongos kategori tak sedar diri.....

JUE said...

Azizi....
Hang jgn dok perasan hang tu hensem la.....
Sebenaqnya hang pun jongos gak, tapi jongos kategori tak sedaq diri

Anonymous said...

Azizi....
Hang jgn dok perasan hang tu hensem la.....
Sebenaqnya hang pun jongos gak, tapi jongos kategori tak sedaq diri

JUE said...

Azizi...
Masalahnya ko tu pun jongos....
Tapi jongos yg masuk kategori tak sedar diri.....
Ko pegi cermin la muka ko sikit,
mungkin ko baru tahu betapa jongosnya ko tu.....