Pages

Wednesday, January 28, 2009

bos ku yang hensem

Kenapa takde pertandingan bos-bos hensem?
Kalau ada aku nak calonkan bos aku.Confirm bos aku dengan mudah.

Peringatan:entry ini tiada unsur-unsur bodek kerana bos aku tidak membaca blog.Cek email pun jarang berlaku

Sambung ...kehenseman bos aku terbukti bila dia menganugerahkan pada staff nya sebuah laptop.Tq bos,ko memang hensem.

Sebagai entry pertama dari laptop maka aku terpaksa mendahulukan bos aku.Walaupun teringin sekali nak mengutuk dan menyorak Chelshiters terpaksa aku pendamkan dulu sebab bos aku pun Chelshiters.




kelihatan laptop ku bersemadi diatas meja




Disamping itu juga aku pamerkan sehelai baju Chelsea yang dilelong oleh seorang dari Chelshiters.




sapa mau beli???




Bos,kehenseman mu akan bertambah jika dikurniakan pula seketul handphone pada ku ini.

Dan ku akhiri entry ini dengan serangkap pantun:

Pecah kaca pecah gelas,
kena dua lansung tak balas.


Sekian.

Monday, January 19, 2009

Liverpool 1- Evertaik 1

Apa masalah Liverpool draw 1-1 dengan Everton?
Gegak gempita bebudak manchester uni-taik menyerang aku laksana israel menyerang gaza adanya jua.
Oi!sudah le!
Aku bukan tak nak sokong red devil.Tapi devil tu kan syaitan hiblis durjana macam israel juga.

Sekian.

Wednesday, January 14, 2009

Repot Polis

Hari ini kita belajar macam mana nak buat repot polis.

1.Mula-mula kena ada perkara/masalah yang nak direpotkan.

2.Pergi ke balai polis i.e:balai polis seksyen 14 shah alam
-masa sampai 10.15pm.

3.Masuk ke balai polis

Polis:Nak buat apa dik?(dik???)

Dik:Nak buat repot(tak kan nak bakar balai polis pulak)

Polis:Repot apa dik?

Dik:Repot hilang dompet.

Polis:Duduk dulu ye.

Dik:thank you

4.Duduk dikerusi yang disediakan.
-Ahli menunggu ada 2 orang.
-Ahli merepot ada 2 orang.

5.Tunggu.Anda boleh baca atau borak-borak dengan ahli menunggu.Anda juga dinasihat kan membawa bahan bacaan sendiri yang tebal-tebal dan juga mp3 player jika ada.

6.Sabar.Jika sudah habis bahan bacaan anda boleh menghafal jenis-jenis pil ecstasy yang dipamerkan pada dinding balai.i.e:love,bull,key etc

7.Amaran.Jangan tengok jam tangan ataupun jam dinding yang disediakan.
-masa 10.45pm

8.Keterangan diambil anggota polis bernombor 16717?.
-masa 10.55pm

9.Menulis laporan pada kertas kosong supaya anggota polis senang taip masuk dalam laporan/repot.

10.Serah pada anggota polis.
-masa 11.05pm

11.Tunggu anggota polis taip repot.(hebat betul polis ni taip guna jari telunjuk je).Repot selesai dan diconfirm kan.
-masa 11.30pm

12.Selesai(rasanya)

Polis:Esok datang cop laporan.

Dik:Malam ni tak boleh ke?

Polis:Tempat cop dah tutup.

Dik:(takut cop kena curi ke?)

12.Berambus cepat-cepat sebelum rasa nak bakar balai polis

sekian.

MESRA, CEPAT DAN BETUL

Monday, January 12, 2009

Richard Mille,Jam tangan Siti Nurhaliza

Rakyat Malaysia memang best.Best maksima.Dikala orang bincang pasal Gaza kena serang kita lebih sibuk pasal hadiah yang Siti dapat.
Hari ni keluar pula pasal orang-orang yang pernah dapat hadiah mahal-mahal.Baca sini(kalau kisah).

Untung juga jadi perempuan.Cis.Kat mana boleh bedah jantina?

Keluar lagi kisah-kisah nak memban kan produk-produk yahudi.Tengok list kat sini.Macam kisah 4 5 tahun lepas masa Iraq kena serang.Tapi lama mana sangat?Berapa ramai je sanggup?

Senang sungguh kita diperkotak katik kan.

Sanggup ke korang lap buntut guna suratkhabar lepas berak?-Kleenex

Sudi tak berehat sebentar?-KitKat

Ketiak anda masam?-Sanex

Apa barang minyak atar?-Tommy,Lancome....

Ramli Burger tu apa?-McD

keropok lekor juga mau sos.-Maggi

Melelehkah setiap bulan?-Kotex


Banyak sangat.Sanggup ke kita ban?
Boleh ke?

Pedulikan lah.

Datuk K,minta nissan fairlady 1.Second hand pun jadi le.

Monday, January 5, 2009

Gaza oh Gaza

Sedih memang sedih.Tapi apa kita boleh buat?

Hari-hari tengok Israel serang Palestin.

Mana pertubuhan pertubuhan yang bising bila ikan paus mati?
Tunggu manusia jadi makhluk pupus dulu ke?

Mana persatuan persatuan yang kecoh bila pokok kena tebang?
Nak tunggu manusia kentut keluar oksigen dulu?

Mana pergi Menteri Luar?

Mana pergi wakil kita di PBB?

Mana pergi Liga Arab?

Apa fungsi OIC?See saja ke?

Tulis memang boleh tulis.

Kecam macam mana pun tembak tetap tembak.
Tunggu apa lagi?
Dah 10 hari.
Dah 500 lebih mati.

*
*
*

Oh,mungkin aku terlalu emosi bila tengok umat islam lain ditembak dan dibunuh.Israel juga ada alasan sendiri.Dengan slogan "menyaksikan keamanan dan kemakmuran", mereka terus membedil pengganas-pengganas di Gaza.

Antara pengganas yang berjaya ditembak Israel.




*seorang pengganas dibawa oleh paramedik*




*Tiga serangkai pengganas berjaya ditembak*



Tahniah negara-negara islam.