*Entry ini adalah untuk menjawab satu entry dari blog semut paha besar(link tidak disertakan kerana keegoan semut tersebut)*
Untung juga ada blog sendiri.Ada rasa tak puas hati boleh terus tulis.Makin besar rasa tak puas hati makin cepat rosak keyboard.Hukum fizik.Tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh diubah bentuk.
Tenaga haba hasil kemarahan boleh diubah kepada tenaga kutukan melalui keyboard.Dan hukum fizik juga kata tenaga akan berkurangan bila berubah dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain kerana medium.Medium aku adalah keyboard.Patut le keyboard cepat rosak.
Lupakan fizik.Hari ni bukan hari marah.
Masuk hukum alam.
Dalam hukum alam ada 2 unsur utama dan 1 unsur kurang utama.
Dicelah-celah unsur sejuk dan panas ada unsur suam-suam buntut.Tak penting sangat.Air suam baru 20sen segelas kalau nak banding dengan milo ais kaw-kaw.
Diantara unsur positif dan negatif ada unsur neutral.Nampak macam tak penting tapi boleh mati kalau takde neutral.
Dikalangan unsur-unsur utama lelaki dan wanita ada unsur khunsa.Tak penting.Tak kuasa mak!
Lupakan semua tu.
Yang nak diceritakan ni unsur lawa/hensem dan huduh.Diantaranya ada unsur sedang atau biasa.Yang cantik dipuji yang huduh dikeji yang biasa dipandang sepi.
Yang lawa/hensem memang dah biasa dipuji.Tak terjejas pun.Yang naik hanya counter saja.Masalah timbul bila yang golongan-golongan biasa atau sedang-sedang saja dipuji.Mula le perasan.Mula le syok sendiri.Mula le na kembang sana sini.
Kadang-kadang orang saja puji nak bagi naik keyakinan diri.Jangan le rasa lebih-lebih pula.
SEKIAN.
1 comment:
motif????
konpius tahap gaban da ni...
Post a Comment