Pages

Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Friday, March 20, 2009

baru ku kenal erti busy


Bukan sekadar hiasan

Aneh!Ramai orang mengaku busy dengan kerja.Tapi dalam masa yang sama sempat lagi
update blog,friendster,myspace dan segala mak nenek.
Sempat juga ber ym sambil letak sign "busy".

Adakah update blog juga kategori busy?
Atau ber facebook juga di klasifikasi sebagai busy?


Betul kata mak aku,kekurangan cahaya dan pantulan sekalipun tak dapat menghalang kehensemanku

Cukup ke dengan alasan:

"Ah!aku pandai curi-curi masa update facebook"


Tidak berkenaan.Sekadar hiasan

atau


Menguji bakat sebagai jurugambar.Betul kata mak aku,bakat dan rupa datang secara pakej.

"Masa-masa terluang je aku ym"

Macam 24jam je masa kau terluang.Busy ke tu?

Andai aku busy:
Aku tak dapat update blog.
Tak dapat on ym.
Tak dapat ber skype.

Kenapa?



Kerana u mobile ini macam punggung.Lebih teruk dari punggung.Sekurang-kurangnya punggung berjasa juga buang najis.

Wednesday, February 25, 2009

presentation 1

Terima kasih pada Kapten Siva yang sudi mencemar kasta datang ke ofis untuk memuaskan segala persoalan dan membetulkan lidah yang berbelit.Harap jangan datang lagi.

Kami seisi pejabat berbesar hati dengan kedatangan tuan.Kecil tapak tangan tin maruku kami tadahkan.

Semoga tiada lagi ketidakpuasan hati.
Semoga tiada lagi halangan.
Semoga tiada lagi karenah birokrasi.
Semoga aku dapat ke Paris.

Monday, February 23, 2009

Kerja Isnin

Kesian aku tengok Fernando Torres keseorangan lawan Man City.Macam sial.1-1 je.Bebudak Manchestaik United mesti gumbira pecah rumah.Oh Gerrad,aku merindui mu.

Cis,pepagi dah nak keje.Tido dulu.

zzz
zzz
zzz

Bangun tido dengan semangat yang baru.Mari berlatih dengan Master Zidane.
Ada saja orang nak spoilkan semangat.Betul kata bapak aku.Ada saja orang nak susahkan hidup orang lain.Bapak aku memang banyak makan garam.Patut le kena darah tinggi.

Sambil-sambil training snap sekeping dua gambar.

*pandangan depan dari KD Jebat*





*pandangan dari sisi KD Jebat*







*Kapal ini bukan membawa penumpang ke Kedah *




Sampai sini dulu.Mau tido.
Esok mau kerja

Kerja Ahad

Tidak dapat di post pada hari ahad sebab Marina Cove Lumut tiada internet.Hampeh gila.Kerja semakin menarik dari hari ke hari.Training dengan Zidane masuk hari kedua.Kadar confident makin naik,tunggu masa nak diterjemah dalam bentuk praktikal je.Tak sabar dah aku ni.

Esok(isnin),akan mula turun padang.Master Zidane akan diuji dan menguji kemampuan anak-anak didik.Kita tengok sapa yang kalah.Master atau student?

Malam ni study teori dulu kata Master,tengok game ‘The Champion’ Liverpool vs Manchester City.Marina Cove caj RM25/day untuk line Astro.Macam sial.Semua benda nak caj.Nasib baik le berak tak kena bayar deposit.

Game dah nak mula.
Mari sama-sama nyanyi You”ll never walk alone.

Monday, February 9, 2009

Jawatan Kosong

Jawatan Kosong perlu di isi segera.

1.Menteri besar (3kekosongan Selangor,Kelantan & Kedah)
2.Ketua menteri (1kekosongan Pulau Pinang)

Kelayakan:

-ahli politik bergiat sepenuh/separuh masa.
-mempunyai PhD dan pengalaman adalah kelebihan.
-lepasan PhD digalakkan memohon.
-fikiran yang tetap(tidak melompat parti).
-sekurang-kurangnya ADUN.

Kelebihan:

-gaji yang sangat wow!!
-elaun sepenuhnya (makan tanggung berak tonggeng)
-rumah disediakan
-masa kerja yang fleksibel

*calon yang berminat sila hantar resume ke istana negeri masing-masing.

3.Pengurus Pasukan Chelshit(The Blues)(1kekosongan)

Kelayakan:

-pengalaman dalam arena bola sepak(sekurang-kurangnya pernah menyepak bola)
-angan-angan dan impian yang tinggi(contoh: tahun ini kita akan menang 4 piala)
-telinga yang pekak (tahan makian penonton)
-kreatif(mereka dan memberi alasan untuk setiap kekalahan)
-tidak kisah ditamatkan kontrak.(skim vss paksaan)

Kelebihan:

-bekerja dikota London.
-mendapat bos yang kaya.
-Menguruskan sepasukan yang star(kunun).


*Satianathan digalakkan memohon jawatan 3.