Pages

Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Tuesday, March 10, 2009

bos ku yang hensem vol 2

Bos aku hensem..lebih hensem dari dulu.

Selepas menganugerahkan laptop dan menyeponsor repair kereta aku yang eksiden hari tu.Beliau telah mengoffer percutian pada staff beliau.

Setelah berbincang sana sini,tolak campur,gedebak gedebuk genuak maka hala tuju pun dipersetujui.Proses booking pun bermula.Dap dup dap.

Siap!!!
















Semua dah siap.Sekarang aku kena tunggu Oktober.Oh oktober,kenapa kau tak datang lepas Mac?Atau lepas April.

Dan destinasi aku.Sudah tentu bukan Sydney.Apa barang Melbourne?

ANFIELD!!!TUNGGU AKU!!!AKU CABAR STEVEN GERRARD!!!

Monday, February 23, 2009

Kerja Ahad

Tidak dapat di post pada hari ahad sebab Marina Cove Lumut tiada internet.Hampeh gila.Kerja semakin menarik dari hari ke hari.Training dengan Zidane masuk hari kedua.Kadar confident makin naik,tunggu masa nak diterjemah dalam bentuk praktikal je.Tak sabar dah aku ni.

Esok(isnin),akan mula turun padang.Master Zidane akan diuji dan menguji kemampuan anak-anak didik.Kita tengok sapa yang kalah.Master atau student?

Malam ni study teori dulu kata Master,tengok game ‘The Champion’ Liverpool vs Manchester City.Marina Cove caj RM25/day untuk line Astro.Macam sial.Semua benda nak caj.Nasib baik le berak tak kena bayar deposit.

Game dah nak mula.
Mari sama-sama nyanyi You”ll never walk alone.

Tuesday, September 23, 2008

Selamat Hari Raya

Huh..memang susah nak tulis lepas lama rehat.Otak pun dah macam berkarat je.Bukan aku saja-saja tak nak tulis tapi biasanya penulisan aku mesti mengutuk dan menghina.Jadi sempena ramadhan ni aku pun malas le nak mengurangkan pahala puasa aku yang tak seberapa.Mungkin lepas raya boleh le cargas balik.

Dalam mood raya ni aku dah boleh tulis sebab hati dah penuh kemaafan dan keinsafan.Ingat tu kawan-kawan.KEINSAFAN.Sila contohi.Dekat-dekat nak cuti raya ni memang jasad je la yang bekerja.Biasanya jiwa dah start bercuti.Dah balik kampung pun.

Aku memang suka mood raya.Kita boleh bertegur sapa dengan sesapa saja.Takde masalah.Tegur je sapa-sapa mesti dijawab mesra.

Balik raya mana bang?

Banyak betul kereta tahun ni ye.(merujuk pada jalan yang jam)

Jangan lupa datang beraya kat rumah tau.

Tapi kalau pilihanraya jangan gatal-gatal nak tanya..

Balik undi sapa bang?

Banyak betul bendera PKR kat sini.

Jangan lupa undi PAS tau.

Kalau nak try juga apa daya aku.Sama-sama le kita doa mood raya bertahan sebulan,paling kurang pun bertahan sampai abis cuti raya.Harap-harap boleh mengurangkan kadar kemalangan sempena cuti raya ni.

sekian saja.Selamat Hari raya.Maaf.