Pages

Showing posts with label gerrard. Show all posts
Showing posts with label gerrard. Show all posts

Friday, June 19, 2009

Kisah Zohor

Minggu lepas.Ketika melewati masjid di Port Klang selepas makan tengah hari PakDin mengajak aku singgah berzohor sebentar.Aku ikut saja.Bukan dia ajak buat jahat pun.

*
*

Sebelum ada yang komen

"Eleh!Nak cakap dia sembahyang le tu"

"Bro,orang lain sembahyang juga takde le kecoh-kecoh"

"Baik le kunun"

Adalah lebih baik diterangkan.Ini bukan kisah aku masuk masjid sembahyang 4 rakaat.
Maklum le zaman sekarang ni buat baik tu salah.
Kalau aku cakap masuk masjid curi duit tabung mesti takde yang nak bising.Kalau ada yang bising pun sebab nak share juga.

*
*

Sambung kisah.
Maka adalah 2 3 orang pakcik diserambi masjid itu.
Lalu ada soalan.

Awak nak solat pakai baju ni ke?
Aku jawab.Ya,kalau tak pakai baju dah terbuka le aurat saya.Nanti solat tak sah.

Takde baju lain ke?
Aku jawab,takde.saya datang buat kerja.Bukan balik kampung.

Mari bincangkan sedikit persoalan agama hari ni.
Betulkan aku kalau aku salah.

Setahu aku pakai baju yang terkena najis,maka solat tidak sah.
Tapi aku tak pasti adakah arak itu sejenis najis.
Andai kata arak itu najis.
Adakah tidak sah solat jika baju yang dipakai terkena arak.

Dalam kes ni,mari kita ambil contoh najis peringkat paling tinggi.
Jika pakaian terkena babi?Adakah solat kita sah?
Rasanya tidak.

Tapi dalam hal aku.Adakah sah solat andai pakaian tertulis babi?khinzir?Anjing?
Pungkoq hang?Taik?Atau segala jenis najis-najis dari peringkat najis bayi minum susu hinggalah ke najis babi?
Adakah solat kita sah?
Rasanya sah.

Dan aku rasa solat aku sah walaunpun aku pakai baju ni.

Tuesday, March 10, 2009

bos ku yang hensem vol 2

Bos aku hensem..lebih hensem dari dulu.

Selepas menganugerahkan laptop dan menyeponsor repair kereta aku yang eksiden hari tu.Beliau telah mengoffer percutian pada staff beliau.

Setelah berbincang sana sini,tolak campur,gedebak gedebuk genuak maka hala tuju pun dipersetujui.Proses booking pun bermula.Dap dup dap.

Siap!!!
















Semua dah siap.Sekarang aku kena tunggu Oktober.Oh oktober,kenapa kau tak datang lepas Mac?Atau lepas April.

Dan destinasi aku.Sudah tentu bukan Sydney.Apa barang Melbourne?

ANFIELD!!!TUNGGU AKU!!!AKU CABAR STEVEN GERRARD!!!

Wednesday, February 25, 2009

Santiago Bernabeu

Hahaha..

Nak tulis susah tak tulis pun susah.
Bak kata pepatah,ditelan mati emak,diluah mati pucuk.

BACA SINI


SINI PUN


DAN SINI


SINI PUN BOLEH



Baca lagi.Lagi dan lagi.
Baca kat mana-mana pun sama.

Yang kalah tetap kalah.

Yang menang tetap Liverpool!!!!!!