Pages

Showing posts with label liverpool. Show all posts
Showing posts with label liverpool. Show all posts

Friday, October 30, 2009

Aku dan London Part 1

Masuk hari kedua menyusuri London
Sejuk nak mampos.
Hari pertama sekadar berkeliaran sekitar Manchester.
Melawat kawasan kebanggaan kaum kaum tersebut.

Dihari kedua ini mahu pula menyusuri kawasan Liverpool.
Berjalan tidaklah penat dengan suhu mencapai 8 degree.
Kalau duduk saja mau krem kaki.
Patut le main bola macam tak penat je.

Hati agak senang berjalan kawasan orang lain.
Boleh main cakap lepas saja.
Tapi jangan guna bahasa yang boleh dipahami sudah le.
Kadang kadang nyaris juga terlepas sebijik dua.

Perkataan perkataan yang dah biasa sebut.
Terkutuk pak negro nanti naya plak.
Bila bahasa melayu sepenuhnya rasa macam tak kena le pula.
Contohnya ayat ni:

Mak aih,banyak betul sarung kote kat sini.

Monday, October 5, 2009

Menghitung hari

Lama benar rasanya tidak menjengah ke blog ku ini.
Namun masih ada yang singgah untuk membaca,untuk mengutuk atau apa saja tujuan mereka.Biarkan saja.

Sudah masuk bulan oktober.
Beberapa hari saja lagi tinggal.Semangat berkobar-kobar.
Slogan sudah 2 kali berubah.

Slogan pertama. Dua kali kalah tak bermakna tak boleh menang Liga.
Slogan kedua. Tiga kali kalah tak bermakna tak boleh menang Liga.

dan slogan ini mungkin berubah lagi dari minggu ke minggu.

Aku akan pergi juga.
Biar 10 kali tewas.Aku tetap pergi.
Pergi kepada kawan-kawan ku disana.
Steven,Fernando,Jimmy dan kawan-kawan yang lain.Sama-sama kita belasah Fulham nanti.

Friday, June 19, 2009

Kisah Zohor

Minggu lepas.Ketika melewati masjid di Port Klang selepas makan tengah hari PakDin mengajak aku singgah berzohor sebentar.Aku ikut saja.Bukan dia ajak buat jahat pun.

*
*

Sebelum ada yang komen

"Eleh!Nak cakap dia sembahyang le tu"

"Bro,orang lain sembahyang juga takde le kecoh-kecoh"

"Baik le kunun"

Adalah lebih baik diterangkan.Ini bukan kisah aku masuk masjid sembahyang 4 rakaat.
Maklum le zaman sekarang ni buat baik tu salah.
Kalau aku cakap masuk masjid curi duit tabung mesti takde yang nak bising.Kalau ada yang bising pun sebab nak share juga.

*
*

Sambung kisah.
Maka adalah 2 3 orang pakcik diserambi masjid itu.
Lalu ada soalan.

Awak nak solat pakai baju ni ke?
Aku jawab.Ya,kalau tak pakai baju dah terbuka le aurat saya.Nanti solat tak sah.

Takde baju lain ke?
Aku jawab,takde.saya datang buat kerja.Bukan balik kampung.

Mari bincangkan sedikit persoalan agama hari ni.
Betulkan aku kalau aku salah.

Setahu aku pakai baju yang terkena najis,maka solat tidak sah.
Tapi aku tak pasti adakah arak itu sejenis najis.
Andai kata arak itu najis.
Adakah tidak sah solat jika baju yang dipakai terkena arak.

Dalam kes ni,mari kita ambil contoh najis peringkat paling tinggi.
Jika pakaian terkena babi?Adakah solat kita sah?
Rasanya tidak.

Tapi dalam hal aku.Adakah sah solat andai pakaian tertulis babi?khinzir?Anjing?
Pungkoq hang?Taik?Atau segala jenis najis-najis dari peringkat najis bayi minum susu hinggalah ke najis babi?
Adakah solat kita sah?
Rasanya sah.

Dan aku rasa solat aku sah walaunpun aku pakai baju ni.