*penulis tempelan*maafkan penulis jika gaya penulisan sangat hampeh,buah cempedak luar pagar*
sila lihat peta di atas.
Ini adalah laluan ke bukit broga.
Kalau ada antara kalian mahu mendaki ini bukit
Jangan gusar
laluan yang senang ini boleh dirujuk dan print dari internet
Kalau mahu sedikit cerdik,sila hafal,sesat terlajak 2-3 jalan,kemudian dengan selamat,sampailah anda ke broga hill ini.
saya sangat gembira bila fikir mahu panjat ini bukit.
maklumlah setelah melawat blog2 orang lain,cerita2 memukau sangat membuat saya teruja.oh..xtido malam bila pk broga.hidup broga!!hip2..jerit hati saya keriangan.
maka,tepat pukul 9(lbh kurang) saya panjat broga dengan 2 org sahabat comel.ini kisah saya,bukan yg comel2 itu..so abaikan yang comel2 itu.sambung!
kebiasaan manusia yang mahu lihat matahari terbit dari puncak bukit saya langgari sebab masa sy mendaki dengan semput sekali,matahari dah meninggi dan manusia yang mendaki pada awal gelap pagi embun mencurah2 sedang menuruni bukit dengan bangga sebab dapat tengok matahari terbit sedangkan saya terpaksa menghidu bau busuk peluh ketiak masam mereka sambil mendaki semput.kesian saya.sambung!
laluan ke broga ini tidaklah susah.sudah ada takak2 tapak untuk senang pijak.ok ler kalau nk berlari pon boleh cuma saya semput.jauh ditinggal belakang oleh sicomel berdua.
ooppps!!!
saya telah ditegur kerana tidak nampak 'hero' dan tahap 'perkasa' saya dalam trip laporan ini sangatlah mencurigakan..ok..tukar versi.sambung!
Gua malas mahu memuji tahap stamina gua yang mantap ini.apalah sangat panjat bukit 3-4 jam. gua masih mampu senyum walau semput-semput mintak nyawa. rokok oh rokok..rintih gua yang kehabisan stok ini sambil pandang langit kot2 jatuh seputung.dengan bag tergalas di bahu bawak stok air untuk sicomel sicomel sangat gentleman kan?gua lah tu..cepat! mintak otograp!!!
Erk,jap..kita tengok gambar kedua.ini cerita bergambar dan gua kehilangan fokus.kita masih bercakap pasal broga kan?hihihi.
Gua sudah lupa dari sudut mana gua snap ini gambar.walau apa pun,semestinya lagi tinggi dari tempat yang ditunjuk.nampak sunyi sepi tanpa orang bukan?xramai yang tahan gentar sanggup kulit garing tengah terik matahari pukul 11 panjat bukit.gualah tu.ulang lagi skali.gua lah tu.bangga seh.waktu ini semua dah turun takut matahari.huh.sambung!
Tak banyak yang gua boleh puji sebenarnya.apa-apa pun,panjat broga pada pukul 9 pagi,selain keluar peluh 2 baldi,lenguh lutut dan betis(orang lain,bukan gua),ketiak hangit(bukan gua juga),gua boleh puji amoi-amoi seksi yang turun bukit yang berselisih masa gua panjat.sejuk mata.muahahaha.oh broga.dan ketiak masam.oh broga lagi...
Gua percaya matahari terbit pagi di broga mestilah cantik.tapi serius kalau nak panjat broga waktu pagi,akan alami kesesakan yang jitu..ramai sangat umat manusia.korang tak akan dapat menghayati alam,konpem..ramai sangat manusia..sesak.xcukup napas.nak bergambar pun kena ambik turn.biasalah panjat bukit free.camnilah..huh.oleh itu,sila contohi gua yang bernas ini,panjat lewat-lewat,hujung pagi.solat dhuha atas bukit.peh.
lihatlah dada langit..ya.sila lihat dan lompat sambil jerit 'yeay!!!'..tak susah mendaki sebenarnya.gelojoh nak sampai ke puncak sampai xhengat waktu tapi masa nak turun,sangatlah azab.boleh menggigil kepala lutut.huh.
kepada mereka yang inginkan kelainan di hujung minggu kalau dah bosan asyik jogging je,bolehlah cuba aktiviti ini.bawak gulai kawah budu ikan kering makan kat atas.dah kenyang perut main layang-layang.pastu lelap.pastu petang.pastu bermalam..apa ko merepek ni sioh.eh awang eh yeob.oklah.tata.