Pages

Wednesday, June 24, 2009

Kitaran Hidup

Benarlah kata-kata orang terdahulu.
Hidup ibarat taik dicelah roda,kadang dibawah kadang diatas kadang kala pula dicelah bunga tayar.Walaupun dicelah bunga tetap taik namanya.

Dulu aku tidak terlalu peduli kitaran hidup.
Kerana aku bukan katak mahupun nyamuk.

Telur>>Larva>>Zigot>>Dewasa

Kitaran hidup aku lebih mudah.
Aku juga bukan wanita,yang bersusah payah makan demi menjana darah.
Namun buang jua akhirnya.
Buat darah, buang darah.
Buat darah, buang darah.
Buat darah, buang dara.


Tapi aku sedar akhirnya.
Aku juga manusia biasa.
Punyai kitaran.
Aku tak daya melawan hukum alam.

Walaupun terpaksa berlari.
Melompat menurun.
Mengharungi tiga tingkat anak tangga.
Demi melengkapi sebuah kitaran.
Untuk jadi peringatan.
Lepas makan jangan simpan.

Bangsat!!Apsal jamban aku tersumbat??

8 comments:

Anonymous said...

google pasal ketuk kereta pastu terjumpa page ni. sbb awak pernah ketuk kereta kn. brapa eh kna? kt mana buat. thanks!!

JUE said...

"Al-Quran telah menjelaskan bahawa manusia telah diciptakan oleh Allah daripada dua unsur penting iaitu unsur yang bersifat kebendaan dan unsur roh yang bersifat kerohanian. Konsep dua unsur iaitu jasadi dan rohani ini dapat difahami dalam ayat al-Quran yang menceritakan tentang kejadian Adam a.s, bapa segala manusia. Firman Allah dalam surah Al-Sajdah yang bermaksud:

“Tuhan yang membuat segala sesuatu yang diciptakan dengan sebaik-baiknya dan yang memulakan penciptaan manusia daripada tanah. Kemudian Dia menciptakan keturunannya daripada saripati air yang hina (air mani). Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya dan meniupkan ke dalam tubuhnya akan roh ciptaan-Nya”.

Unsur jasadi dan rohani yang ada pada manusia memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan usaha melengkapkan dan memenuhi keperluan yang perlu ditangani. Aspek jasadi dan rohani yang ada pada manusia adalah bersifat sepadu yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Aspek jasmani tidak boleh dipisahkan dengan aspek rohani. Keperluan kedua-dua aspek ini juga adalah bersifat sepadu tanpa boleh dipisahkan. Manusia tidak boleh mementingkan aspek rohani dengan mengabaikan aspek jasadi dan tidak boleh mementingkan aspek jasadi dengan mengabaikan aspek rohani. Pengabaian terhadap salah satu dari dua unsur ini akan mengakibatkan manusia hidup dalam keadaan yang tidak sempurna. Bagi melahirkan manusia yang hidup dalam keadaan seimbang dan sempurna, kedua-dua aspek ini adalah perlu ditangani secara sepadu dan selari. Jika tidak, maka manusia akan kelihatan tempang dalam hidupnya".

Anonymous said...

cik any..
dia ketuk kete dgn kepala dia ari tue....x cayer tanya dia...

Anonymous said...

encik sukun,
sy pun heran bin ajaib ler..nape cik juliana ni mcm dengki sgt dgn kamu...nampak mcm dia lebih mengenali kamu..mcm nk tunjuk baik pun iyer jugak..mcm x puas ati dgn kamu pun iyer jgk...mcm nk tunjuk dia tahu semua pun iyer jgk..mcm nk tunjuk dia anak alim ulamak pun iyer jgk...mari lah kita sama2 menilai cik juliana ni...cuba teka jantina dia??jeng..jeng..jeng...
aku rasa dia.........

ikhlas mengomel,
lantera merah

JUE said...

En/Cik/Puan Ano,

Ku titipkan khusus buat mu, agar kamu senantiasa berada di dalam limpahan rahmatnya.

"Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi saw bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Apabila hambaKu merencanakan melakukan suatu amal kebaikan kemudian tidak jadi dilakukannya, maka aku mencatat baginay suatu kebajikan, tetapi bila ia melaksanakannya, maka tetap Aku mencatat amalnya itu sepuluh kebajikan sampai berganda tujuh ratus. Dan apabila ia merencanakan untuk melakukan suatu kejahatan lalu tidak jadi dilaksanakannya, maka tidaklah Aku catat baginya, tetapi apabila ia tetap melaksanakannya Aku catat baginya, sebagai satu kejahatan".(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim serta Attirmidzi dan Ibni Hibban dari Abu Hurairah"

Anonymous said...

fuh...mmg anak ustaz nie...x baik menunjuk2...simpan sj niatmu itu..bab yg nie semua org tau..leh x bg hadis yg x biasa dgr lagi??rasanya anda lg tau kot...

lantera merah

JUE said...

Lantera Merah,

Sudah tahu, tidak semestinya pandai.....
Sudah pandai, tidak semestinya mengerti.....
Sudah mengerti, kalau tak amalkan, takde gunanya beb....

Anonymous said...

so...adakah anda mengamalkan semua yg anda tulis...???apa yg dpt sy lihat di sini ialah anda seorang yg sangat takbur......