Pages

Friday, May 29, 2009

impian, mimpian atau khayalan

Aku dah ada penulis jemputan.
Hebat betul.Aku yang hebat.Bukan penulis jemputan aku.
Komen lagi panjang dari entry aku.
Tapi takpe.Gua kasi muka sama lu.
Lagi pun mak aku cakap orang hensem kena le hati baik.Full package tu.
Sila le baca


"Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...."


Pesanan aku: Hilangkan tabiat cemburu dan hasad dengki tu dulu.

2 comments:

Anonymous said...

selamat pengantin baru bro!

Anonymous said...

sukun...bila ko kawin??x ajak aku pun...