Pages

Wednesday, January 13, 2010

2010

Yeah!!
Tahun baru datang lagi.

Semua pun sibuk le nak berazam azam.
Ada yang sungguh sungguh.
Ada yang takat nak meriahkan majlis walaupun tiap tahun azam tak pernah kemana.
Carry forward...

Aku pun,ingin juga konon konon jadi pelengkap majlis.
Entah apa azam aku tahun lepas?
Eh!Ada ke?

Kalau ada pun,aku dah lupa.
Mari cipta azam baru..

Mula mula aku rasa,bagi nampak macam bagus baik aku buat banyak azam.
10 ke 20 azam.
Pehh!!!
Hai adik adik,mari le berkenalan dengan abang azam.

*
*

Tapi sambil tengok kemachoan Horatio ni tak sempat le nak tulis panjang panjang.
Lain kali je aku poyo.
Sori ye adik adik.

Maka,setelah diringkaskan,azam aku adalah seperti berikut:

1.rokok

Kalau tak dapat pencen pun dapat kurangkan dah cukup bagus.Kalau terus pencen pun tak elok juga KNDK negara.Lembab pula ekonomi negara nanti.Mula le ada orang jual enjin jet hak kerajaan nanti.

Aku bukan le perokok tegar.Setakat bersosial je.bersosial kat ofis.Bersosial di kedai mamak.Ni paling best.Kadang kadang dah macam race rokok.Sapa boleh habiskan stok rokok kat kedai mamak dulu dia menang.Rokok memang sentiasa dalam poket tapi bukan selalu sangat gonggong.Hari produktif cecah sekotak lebih.Hari lembab mungkin tak habis sekotak.Dalam term matematik,purata sekotak sehari.Konsisten beb!
Rokok juga jadi bahan pemangkin penting pagi pagi masa bersosial dengan jamban.Susah nak ubah ni.Takkan nak biar tangki kumbahan kosong.Rugi tu.Pengguna bijak mesti manfaat segala kemudahan.



Dan,produktiviti meningkat bila tengok game bola.Formula: produktiviti berkadar songsang dengan performance kelab yang disupport.Berdasarkan cuaca kelab hujan dan lembab sepanjang tahun peluang nak menurunkan produktiviti sangat rendah.Dari sudut positif;rendah bukan mustahil.

Pada yang nak ikut azam baik aku ni.Jangan percaya mitos sukan boleh kurangkan merokok.Karut!Tahyul dan kurafat semua tu.

Wahai para silembab,baca contoh ni:
Futsal.
Sampai ketempat futsal,sambil tunggu cukup korum:sebatang rokok
Masuk main,keluar kejap charging:sebatang x 3 = 3batang rokok (ikut kadar kepenatan)
Habis main,sesi bragging bla bla bla :sebatang rokok
Paling-paling bangang pun sempat jugak 3 batang dalam masa sejam.Produktif kan?

Contoh lagi..
Driving range.Ni lagi teruk.
Dengan rate 10bola sebatang rokok.100 bola dalam masa 2jam.100/10=10batang
Purata:5batang rokok sejam.Tak kurang.Lebih insyaallah.

Jadi,kawan kawan.Mari sama sama bagi sokongan pada gaya hidup sihat tanpa rosakkan KDNK negara kita.

NEXT!!!

2.badan

Berat badan perlu ditambah beberapa kilo bagi balance dengan kemachoan tanpa merosakkan 6packs yg sedia ada.
Mencabar siot.Makan lebih tak boleh.Senaman lebih pun tak boleh.Minum lagi le terhad.
Azam ni mungkin perlu dipertimbangkan semula.

Selamat tahun baru semua!

Sunday, January 10, 2010

Aku dan kematian

Mati.
Itu yang tunggu dihujung hidup kita.
Mati itu pasti.

Tak boleh buat apa.
tak cepat,takkan lambat.
sampai masa datang juga..

Akhir tahun lalu,aku hilang kawan.
Aku terkilan.Tak dapat melawat dihari kejadian.
Kawan-kawan jauh sempat pergi.
Tapi aku.Terpaksa kerja.Tanggung jawab beb.

Sempat juga jengah rumah bapa arwah.
Tengok sibapa masih berduka.
Lihat sibalu wajah selamba.
Lihat sang anak asyik terleka.
Aku sayu.Lidah kelu.

Aku pedih.
Tapi mereka lebih perih.
Si bapa kehilangan anak.
Si isteri kehilangan suami.
Si anak ketiadaan bapa.
Aku hilang kata-kata.

Lalu aku minta izin pergi ke kubur.
Sibapa seolah enggan ikut.
Tak apalah.

Agak susah cari kubur tak bernyawa.
Nisan pula tak bernama.

*

*

Bukan kisah kematian mau dicerita.
Tapi kisah lepas mati.
Menyoroti facebook,maka aku terbaca kisah-kisah yang dikarya oleh kawan-kawan yang lain.
Betapa arwah seorang yang baik.
Ringan tulang.
Dan aku akui,semuanya benar.Bukan rekaan.
Aku tak mampu komen balas.
Hati masih syahdu.

Benar kata orang,manusia mati tinggalkan nama.

Terdetik dalam fikiran.
Andai aku yang mati.
Apakah dikenang?
Bagaimana dikenang?

Oi jangan kutuk aku oi!!
Minta maaf silap salah.


*pada mereka yang terbaca,lalu kenal akan aidil@karat,sedekahkanlah alfatihah*dan pada mereka yang terbaca,lalu tidak kenal,sedekahkanlah juga alfatihah.jangan kedekut sangat*