Pages

Sunday, March 21, 2010

siri ketamadunan manusia

satu petang jalan-jalan di sunway pyramid.
terdengat pekikan2 dan gelak tawa.
rasa ingin tahu.
rapat2.selit2.
Oh!
2 ekor pahlawan sedang bertarung dalam kandang.
dalam bahasa bertamadun:2 orang pahlawan bertomoi dalam gelanggang.



manusia-manusia keliling dan memenuhi setiap ruang yang ada.
teruja dan teransang.menikmati tumbukan dan sepakan.
jeritan makin kuat bila ada pahlawan jatuh.
tolong pengadil buat kiraan.
macam tengok filem gladiator.
rasa nak campakkan parang,lembing,keris,botol cencaluk dan sebagainya.
sangat teruja.



pertarungan tamat.sekor kalah.sekor menang.adat.
penonton tak berganjak.
mahu lebih hiburan.mahu darah.mahu mampos.
penganjur seperti dapat baca fikiran.
campak 2 wanita naik ke gelanggang.
Suruh gaduh.
tumbuk2.sepak2.lutut2.
kira markah.
macam biasa.kalah vs menang.



crowd masih tak puas.
masih mahu hiburan.
pengajur tangkas.
panggil budak naik gelanggang.pertandingan sepak paling laju.
kiri dan kanan.
tomoi bagus.tak perlu tapis.tak perlu 18sg.
hentak saja.
melentur buluh dari rebung.
boleh le rebung lentur rebung2 lain kat sekolah.

cayalah penganjur.

minggu depan ajar pecah rumah pula.

3 comments:

Anonymous said...

bila lagi nk tengok sukun masuk gelanggang?

Anonymous said...

sukan suka gomoi mana tahan tgk org tomoi

Anonymous said...

a'ah gua pun nk tgk lu masuk gelanggang..ada beran???msti kecut punya...