Pages

Sunday, December 12, 2010

khasiat ikan

kita,dari kecil,di ajar betapa bagusnya khasiat dari ikan.
kita,dari kecil, tak henti-henti makan ikan.
sampai nak habis ikan dilaut.
dah nak habis asam di darat.
kita masih tak henti makan ikan.

ikan.dimasak pelbagai cara.dimakan pelbagai rupa.
ikut citarasa manusia.

dihujung dunia sana,negara matahari naik,
ikan dimakan segar.mentah-mentah.
kalau boleh nak dimakan hidup-hidup.
bagi mendapatkan khasiat sepenuhnya.
dikunyah hidup-hidup.

tapi awas.ikan boleh memberi kesan negatif kalau tak kena caranya.
disudut dunia sana.
mereka memeram ikan.mencairkan ikan-ikan sebelum dimakan.
lalu mereka menggelarkan cecair itu sebagai "boddo".
boddo ini mereka makan bersama ulam sayur nasi hatta nasi goreng pun akan mereka curahkan cecair boddo ini.
mungkin ada juga yang minum cecair boddo itu sebagai sarapan pagi.

kesan dibawah pengaruh boddo;mereka akan jadi bengong-bengong.mereka seberani dubuk apabila berkumpulan.mereka sekecut tikus bila keseorangan.mereka rasa besar,gagah berani sekuat tok janggut.mereka meracau dalam bahasa yang sukar difahami.

p/s:sila berhati-hati bila ternampak makhluk dengan tanda-tanda seperti di atas.

No comments: