Entry aku bulan lepas seperti dibenci oleh Juliana,SiGadis/SiTidakGadisLagi Misteri.Dia telah meninggal kan 5 komen terhadap entry itu.Mungkin dia tidak sabar.Mungkin dia nak pastikan komen dia dipublishkan.Rileks.Gua kasi lepas semua komen lu.
Komen beliau adalah seperti berikut:
1.Juliana said...
Azizi,
Masalahnya ko tu jongos la.....
Saper kata ko hensem....
Perasan giler....
May 10, 2009 7:36 PM
2.Juliana said...
Azizi....
Hang jgn dok perasan hang tu hensem la...
Hang pun jongos gak....tapi jongos kategori tak sedar diri.....
May 10, 2009 7:37 PM
3. Juliana said...
Azizi....
Hang jgn dok perasan hang tu hensem la.....
Sebenaqnya hang pun jongos gak, tapi jongos kategori tak sedaq diri
May 10, 2009 7:39 PM
4.Anonymous said...
Azizi....
Hang jgn dok perasan hang tu hensem la.....
Sebenaqnya hang pun jongos gak, tapi jongos kategori tak sedaq diri
May 10, 2009 7:39 PM
5.Juliana said...
Azizi...
Masalahnya ko tu pun jongos....
Tapi jongos yg masuk kategori tak sedar diri.....
Ko pegi cermin la muka ko sikit,
mungkin ko baru tahu betapa jongosnya ko tu.....
May 11, 2009 8:58 PM
Perhatikan pada masa tertera.Betapa bersungguh nya sigadis atau si sudah tidak gadis ini berusaha.Lalu aku baca balik entry aku tersebut.Mari baca sama-sama.
SiHensem disenangi..Tiada apa yang tak normal.
Seingat aku,tak ramai Juliana yang muncul dalam kehidupan aku.Sama ada gadis atau tidak.Kalau ada pun mungkin seorang.Bekas pelajar UM.Dan aku pasti tiada masalah dengan Juliana tersebut.
Lalu aku mengaplikasikan teori Horatio Caine untuk ketahui punca sebenar.Oh!dan sedikit teknik Prof Charlie.
Jadi,kemungkinan yang ada:
1.Aku lebih hensem dari pasangan beliau.
-Juliana,jika ini masalah kau aku tak dapat nak tolong.Kau cari le yang lebih hensem dari aku.Itu pun kalau ada.Kalau tak dapat bukan masalah aku.
2.Aku pernah ngurat Juliana.
-Juliana,kalau aku pernah mengurat kau lalu aku tinggalkan kau.Maafkan aku.
Tapi ini kes terpencil.Aku tak biasa mengurat.Aku hanya biasa dingurat.
3.Kau pernah ngurat aku.
Juliana,andai kau pernah ngurat aku lalu aku tak layan.Maafkan aku.Perkara begini selalu terjadi.Bukan niat tak mahu layan.Memang tak terlayan.
Aku tiada niat melukai sesiapa.
Juliana,lain kali sila ambil nombor giliran ye.