*Oh,pasukan Chelsea(Chelshit) yang mengimpikan 4 kejuaraan sudah hilang satu trofi dalam sedar.Mungkin mimpikan 3 kejuaraan pula lepas ni.Atau 2 atau 1.Teruskan lah bermimpi wahai Chelshiters......masuk ke topik..... *
Dan bermulalah era perang poster disana sini dalam dua minggu yang sibuk ni.Mana saja ruang-ruang kosong yang ada ditampal digantung dipaku kan segala macam poster dan bendera.Dimana-mana saja,dewan-dewan serbaguna,tadika kemas depan rumah aku,dan tempat-tempat terpilih dikuasai oleh bekas parti pemerintah...manakala parti-parti pembangkang menguasai tempat-tempat persendirian saja dan pokok-pokok yang tak dihuni bendera pemerintah.
Tokey-tokey kedai printing tersenyum riang dapat rezeki dari aura pilihanraya.Siapa lah yang dapat agaknya?..Mungkin kawan-kawan dan sahabat handai juga.Baguslah.
Berkesankah lagi kaedah poster dan bendera?Dapatkah menarik pengundi dengan menampal poster dan menggantung bendera sigenap penjuru alam maya?Mungkin 40 tahun lalu,dimasa majoriti pengundi adalah dari golongan buta huruf,maka poster-poster memberi kesan dalam pemilihan calon dan parti.
Tapi kita dah 50 tahun merdeka.Pengundi-pengudi adalah dari golongan celik huruf.Yang buta huruf,kalau ada pun mungkin segelintir saja.Yang buta hati lagi ramai rasanya.Jadi pada aku,perang poster adalah satu pembaziran.Tiada alasan yang boleh menuju ke arah perang poster.
Bagi parti yang menggunakan wang rakyat atau pun dibantu oleh syarikat-syarikat swasta yang memuliakan hati menaja poster dan bendera,ia tetap satu pembaziran,apatah lagi parti yang meminta derma dari penyokong-penyokong ketika ceramah.
Bukankah itu pembaziran yang nyata??
3 comments:
betul aku setuju, perang poster and banner ni membazir jerk pastu buang jadi sampah
cubalah wat macam Khari Jamaludin
guna helikopter bawak bendera BN hahah
org zaman sekarang celik IT, so iklan kan di alam maya ini
Poster ini perlu utk efek EMOSI pengundi atas pagar. Mengikut kajian K10 UMNO, beberapa saat terakhir sebelum 'pengundi atas pagar' memangkah kertas undi, mereka akan bayangkan suasana kampung/taman tempat tinggal mereka. Jadi jika banyak poster/bendera/bunting/banner ditampal dimerata-rata, EMOSI mereka akan lebih yakin untuk pilih parti yang menang perang poster.
*Kalau taktau apa itu K10, jgn komen pasal politik lah. Buat malu je. :)
Tapi kalau semua pari tak tampal benda2 tu pun ok gak, bleh gunakan duit tu buat benda lain. Cuma tak syok la... tak terasa bahang pilihanraya. Hahaha...
betul tu Mr. Right.boleh efek emosi org yang nak mengundi.walau dah banyak channel2 yang lebih canggih, poster masih diperlukan.org-org tua bukan tahu tgk internet, baca paper.maksud aku bagi yang tak tahu membaca la.aku tak rasa merugikan untuk beli poster, bendera.
cool la blog ko Mr. Right. aku dah visit tadi.banyak idea.aku pon org perak.kejor yop kejor!
Post a Comment