Pages

Friday, June 19, 2009

Kisah Zohor

Minggu lepas.Ketika melewati masjid di Port Klang selepas makan tengah hari PakDin mengajak aku singgah berzohor sebentar.Aku ikut saja.Bukan dia ajak buat jahat pun.

*
*

Sebelum ada yang komen

"Eleh!Nak cakap dia sembahyang le tu"

"Bro,orang lain sembahyang juga takde le kecoh-kecoh"

"Baik le kunun"

Adalah lebih baik diterangkan.Ini bukan kisah aku masuk masjid sembahyang 4 rakaat.
Maklum le zaman sekarang ni buat baik tu salah.
Kalau aku cakap masuk masjid curi duit tabung mesti takde yang nak bising.Kalau ada yang bising pun sebab nak share juga.

*
*

Sambung kisah.
Maka adalah 2 3 orang pakcik diserambi masjid itu.
Lalu ada soalan.

Awak nak solat pakai baju ni ke?
Aku jawab.Ya,kalau tak pakai baju dah terbuka le aurat saya.Nanti solat tak sah.

Takde baju lain ke?
Aku jawab,takde.saya datang buat kerja.Bukan balik kampung.

Mari bincangkan sedikit persoalan agama hari ni.
Betulkan aku kalau aku salah.

Setahu aku pakai baju yang terkena najis,maka solat tidak sah.
Tapi aku tak pasti adakah arak itu sejenis najis.
Andai kata arak itu najis.
Adakah tidak sah solat jika baju yang dipakai terkena arak.

Dalam kes ni,mari kita ambil contoh najis peringkat paling tinggi.
Jika pakaian terkena babi?Adakah solat kita sah?
Rasanya tidak.

Tapi dalam hal aku.Adakah sah solat andai pakaian tertulis babi?khinzir?Anjing?
Pungkoq hang?Taik?Atau segala jenis najis-najis dari peringkat najis bayi minum susu hinggalah ke najis babi?
Adakah solat kita sah?
Rasanya sah.

Dan aku rasa solat aku sah walaunpun aku pakai baju ni.

4 comments:

Mr. Right said...

Hahaaha...

Wei, sah atau tak difficult to judge la. Kalau nak ikutkan sembahyang tak kusyuk pun dikira sia-sia (ada hadis rasanya). Tapi tak semestinya kita tak payah sembahyang kalau tak boleh kusyuk. So, very subjective sah atau tak.

Tapi yang pasti TAK SOPAN la. Sebab tu la kot orang to sound ko.

Cuba ko try pergi minta projek dari Najib atau Ghani dengan pakai baju PAS atau baju ada gambar Anwar. Ada berani?

sukun said...

oi,
sebenarnya aku dah terbalikkan.tu je terbaik aku boleh buat.terbaekk wok!!

marrang nung! said...

salam bang...
pendapat aku la...
bang tahu kenapa ada lambang arak tu kat baju...
sebab itu iklan...
jd kalo kita pakai lebih kurang mcm kita pon promote arak tu...
jd tak baik la kt pakai baju tu...
inikan pula masuk kawasan masjid...
rs mcm iklan arak dalam masjid la plak...
pasal sah ke tak sah semayang tu...
Allah saja yang tahu...

sukun said...

bangun!!!
terima kasih ustaz!!