Pages

Wednesday, June 24, 2009

mari jadi yang terbaik

Beberapa tahun lepas aku pernah pergi kursus kerja.
Kunun nak bagi naik semangat pekerja dan bla bla bla...
Dan bla bla ini boleh berterusan sampai 7 keturunan.
Nescaya tiada habisnya.

Motivasi le katakan.

Dan aku memang tak suka ceramah motivasi.
Biar aku buat kerja.
Tak payah ceramah.
Susah susah je motivasi.
Buang duit.
Buang masa.
Buang karan.



Lalu masa ceramah ditanya le soalan kat semua peserta.

"what make you do your best?"

Macam macam jawapan le sipeserta bagi.

"Reward"
"Award"
"Bonus"
"Woman"
"Money"
"Mani"

Bla bla bla...

Banyak sungguh jawapan.
Dengan penuh ketulusan dan kejujuran dari hati serta sifat sifat tawaduk,aku pun jawab:

"whatever i do,i do my best"

Sekonyong konyong berubahlah muka si penceramah itu.
Kuranglah beliau berpuas hati dengan jawapan aku.
Lalu berlaku pertengkaran ilmiah antara aku dan si penceramah.

Oleh kerana beliau tak puas hati lalu beliau keluarkan teori teori dari buku buku motivasi yang beliau pernah baca.

Sepoi sepoi bahasa angin berlalu beliau pun tulis semua huruf

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

dan diwakilkan pula dengan nombor

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

Dengan bangga dia suruh bina perkataan yang boleh bagi jumlah 100 mewakili 100%.

Setiap perkataan yang diberi peserta akan beliau tulis atas whiteboard dan dikira jumlah keseluruhan.

Antaranya.

HARDWORKING yang memberi 98%

KNOWLEDGE boleh le dapat 96%



Akibat melawan dan menjadi sasaran utama aku pun diminta bagi satu perkataan.
Sekali lagi dengan rasa rendah diri dan kesyukuran, aku pun bagi jawapan aku.

HAPPINESS.Dapat le 98% kalau tak silap aku.

Alasan aku:
2% adalah ruang untuk manusia buat kesilapan kerana kesempurnaan adalah mustahil.Maka dengan itu kita tidak perlu mengejar perkara yang mustahil.Hidup ini bukan matematik.


Sekali lagi puan penceramah tidak setuju.
Lalu dia dengan sombongnya dia bagi jawapan.

ATTITUDE yang boleh bagi 100%.

Angguk angguk macam setuju lah para peserta pun.Setuju ke tidak Tuhan saja yang tau.
Dan jika benar hidup ini matematik.Maka banyak lagi cara nak dapat lebih dari 100%.Bukan sekadar 100% saja.

Antaranya:

BULLSHIT bagi markah 103%

ASSKISSING bagi markah 118%

Selamat beramal.

Dan,yang paling aku suka bagi dapat lebih dari 100% adalah tidur.
Tidur = ZZZZZ ,semua orang boleh faham.Kau faham tak jue?

ZZZZZ akan bagi 130%.
Tidur yang panjang atau zzzzzzzz yang panjang akan memberikan markah yang lebih banyak.

Jika anda percaya hidup ini satu matematik,dan ingin dapat hasil yang terbaik.



Jom tidur.

1 comment:

JUE said...

Sdr,

Ini merupakan posting sdr yg paling menarik. Cukup ramuannya berbanding posting- posting sblmnya yg setengah masak atau mmg mentah langsung.