Aku,sudah masuk minggu ketiga bekerja,tidak kira sabtu dan ahad.
Berkejar-kejaran kesana sini.
Tak sempat update blog.
Tak sempat reply komen.
Tapi blog aku masih disini.Menjadi penunggu setia.
Terima kasih blog.
Terima kasih aku.
Dan hari ini sedikit kemarahan ingin dilepaskan.
*
*
*
Miggu lepas aku berada di Langkawi.
Oleh kerana kepantasan pasukan bekerja maka awal jua siap kerjanya.
Lalu aku mencadangkan pada pelanggan supaya dapat lakukan lawatan dan pemeriksaan lebih awal dari tarikh asal.Harapannya aku boleh berambus ke Penang dengan segera.
Dan seperti orang-orang kerajaan yang lain,mengubah jadual adalah hampir mustahil kerana sudah diisi dengan meeting meeting dan meeting.
*
*
*
Dek kerana ada masa 3hari sebelum lawatan,aku pun berambus ke Penang dulu untuk kerja -kerja penaiktarafan jabatan kerajaan sambil dibenak ku terfikir kenapa nak di lawat kerja-kerja di Langkawi.Kenapa bukan Port Klang yang lebih dekat?Atau Lumut yang lebih senang?
Indah sangat kah?
*
*
*
Baru aku sampai ke Penang lalu aku dapat berita lawatan akan dilakukan lebih awal.
Rasa sangat gumbira.
Macam nak lempang orang.
Lusanya pagi pagi buta aku pun berambus ke Langkawi.
Dan sebaik saja jejak kaki ke bumi Mahsuri aku pun dikejutkan dengan berita baik.
Lawatan dikensel.
Betul pesan mak aku.Kalau bangun awal pagi memang murah rezeki.
Rasa hari ini sangat bererti.KPI aku penuh.
Satu hari aku hilang macam tu saja.
Terima kasih!!!
Dan kini aku di Penang.Mau tido.
Esok sambung kerja.
Sekian.
Silakan Jue.
Thursday, July 30, 2009
Tuesday, July 21, 2009
key performance indicators
KPI.
Dalam bahasa inggeris adalah key performance indicators.
Dalam bahasa melayu??
adakah
Indeks Prestasi Kerja?
atau
Indeks Prestasi Utama?
atau juga
Indeks Kuasa Politik?
Ketika pihak gomen sedang sibuk membawa unsur KPI kedalam setiap jabatan
aku sempat berjumpa dengan seorang Petronasan yang bercerita apa itu KPI
dan betapa beliau bangga kerana Petronas telah lebih 20 tahun mengamalkan sistem KPI dan juga beliau mempunyai 20 KPI setiap bulan.
Hebat bukan?
Lalu aku tanya pada sibijak itu.
Q1.Kalau dalam bidang production KPI boleh dinilai dalam hasil atau kuantiti kerja,bagaimana nak tentukan KPI dalam jabatan kerajaan seperti bidang pentadbiran?
A1.Nilaikan pada kesinambungan kerja.Contoh:Macam mana satu surat diuruskan dari mula sampai habis.Dari kerani hingga pegawai satu dua tiga bla bla bla....
(aku tak paham sangat)
Q2.Siapa yang nak buat penilaian?
A2.Ketua Bahagian.
Q3.Adakah Ketua Bahagian Malaikat?
A3.(senyap)
Q4.Macam mana kalau saudara atau perempuan simpanan atau pekerja favorite kepada Ketua Bahagian,tidak kah mereka akan dapat penilaian berbeza?
A4.(senyap)
Q5.Apa jadi bila orang yang kerja rajin tengok orang dari Q4 kerja macam najis mughallazah tapi dapat penilaian baekkk punya?
A5.(senyap)
Q6.Apa akan jadi pada kualiti kerja orang dari Q5?Tidakkah luntur semangat kerja mereka?
A6.hmmm(bunyi sikit)
Q7.Adakah sistem KPI ini akan telus,halus dan kudus?
A7.(senyap)
Q8.Adakah sistem KPI ini taik?
A8.(senyap)
Q9.Adakah KPI lebih teruk dari ketulan ketulan taik?
A9.(senyap)
Q10.Kau nak kena lempang?
A10.(diam)..mungkin tanda setuju.
Keputusan Petronasan:2 Penulis:8
Pemenang:Penulis
(penulis tidak pernah mempunyai jawatan dalam jabatan kerajaan mahupun bekerja dalam jabatan kerajaan,tetapi selalu juga berurusan dengan pihak-pihak terbabit)

Monday, July 20, 2009
kisah 4 pemuda
Biasanya aku bawa kisah-kisah dari orang lain.
Tapi hari ni mau ku tulis kisah benar sendiri dengar.
Alkisahnya...
Pada satu petang,ketika aku sedang mencekik maggi goreng serta menyedut
neslo ais..
Di depan aku terdampar sekumpulan 4 orang pemuda harapan bangsa sedang
berbincang dengan penuh semangat.
Dek kerana intonasi dan gaya penceritaan yang dasyat,memaksa aku memasang telinga sambil menyumbat maggi goreng masuk kerongkong.
Sekonyong konyong terdengarlah perihal kisah perbualan mereka.
Aku rasa bercampur aduk.
Kagum pun ada.
X-MEN!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)