Aku,sudah masuk minggu ketiga bekerja,tidak kira sabtu dan ahad.
Berkejar-kejaran kesana sini.
Tak sempat update blog.
Tak sempat reply komen.
Tapi blog aku masih disini.Menjadi penunggu setia.
Terima kasih blog.
Terima kasih aku.
Dan hari ini sedikit kemarahan ingin dilepaskan.
*
*
*
Miggu lepas aku berada di Langkawi.
Oleh kerana kepantasan pasukan bekerja maka awal jua siap kerjanya.
Lalu aku mencadangkan pada pelanggan supaya dapat lakukan lawatan dan pemeriksaan lebih awal dari tarikh asal.Harapannya aku boleh berambus ke Penang dengan segera.
Dan seperti orang-orang kerajaan yang lain,mengubah jadual adalah hampir mustahil kerana sudah diisi dengan meeting meeting dan meeting.
*
*
*
Dek kerana ada masa 3hari sebelum lawatan,aku pun berambus ke Penang dulu untuk kerja -kerja penaiktarafan jabatan kerajaan sambil dibenak ku terfikir kenapa nak di lawat kerja-kerja di Langkawi.Kenapa bukan Port Klang yang lebih dekat?Atau Lumut yang lebih senang?
Indah sangat kah?
*
*
*
Baru aku sampai ke Penang lalu aku dapat berita lawatan akan dilakukan lebih awal.
Rasa sangat gumbira.
Macam nak lempang orang.
Lusanya pagi pagi buta aku pun berambus ke Langkawi.
Dan sebaik saja jejak kaki ke bumi Mahsuri aku pun dikejutkan dengan berita baik.
Lawatan dikensel.
Betul pesan mak aku.Kalau bangun awal pagi memang murah rezeki.
Rasa hari ini sangat bererti.KPI aku penuh.
Satu hari aku hilang macam tu saja.
Terima kasih!!!
Dan kini aku di Penang.Mau tido.
Esok sambung kerja.
Sekian.
Silakan Jue.
3 comments:
ye ke satu hari ilang mcm tue aje???........
mentari merah di ufuk jingga
kelaka nye bahasa..heheee
apa yg kelakanya???
Post a Comment