Pages

Thursday, August 6, 2009

jawab email pembaca

Aku dapat email dari pembaca yang bertanya soalan.Aku lambat jawab sebab email pembaca tersebut sangkut dalam kategori email spam.

Soalan:

salam....

terlebih dulu sy seperti name tertera nak mintak maaf sbb terbaca blog awk. mcm ni bleh tlg sket x?
act sy kurang paham mengenai KPI. bile sy search je kuar blog awk. sy tgk awk ni cam phm je Indeks Prestasi Utama 2.
bleh trangkan detail x mengenai KPI? klu x keberatan, reply la email sy..
sekian, tq
jasamu dikenang.
.

Jawapan:

Alaikumusalam.
Tahniah pada yang bertanya.Jangan minta maaf kerana membaca.Jangan malu bertanya kalau tak tahu.Jangan jadi bodoh sombong macam sesetengah pembaca lain.Anda juga memilih orang yang tepat untuk ditanya.Tahniah sekali lagi.

Jawapan ringkas adalah seperti berikut, yang diberikan oleh pembaca yang belagak pandai.

Petunjuk-petunjuk Prestasi Utama (KPI)

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ialah salah satu kaedah bagi mengukur prestasi perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan



TUJUAN

Untuk mengukur prestasi penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan kepada pelanggan khususnya kepada orang ramai



MAKLUMAT LANJUT

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Aras 6, Blok B2
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

Nombor telefon: 03 – 8888 1199
Nombor Fax: 03-8888 3721



Jawapanku:

Saudari pembaca.Adapun KPI hanyalah satu cara untuk menilai prestasi kerja para pekerja didalam satu organisasi.KPI sudah tercipta beberapa ratus tahun yang lampau.Entah kenapa dikecoh dan dihebohkan sangat bila jabatan kerajaan ingin menggunakan sistem tersebut?Walhal sejak dari dulu lagi memang sudah digunakan sistem ini tapi mungkin dengan nama yang berbeza.

Saudari,
KPI hanyalah sekadar gimik.Andai benar prestasi kerja ingin dinilai maka sesebuah organisasi itu tidak perlu menjalankan sistem KPI.Bukankah sudah ada skop kerja ketika mula masuk kerja?
Dengan kata lain,prestasi kerja seseorang dapat dinilai jika dia memenuhi skop kerja beliau.
Tetapi apa yang berlaku adalah sangat berbeza.Skop kerja berubah sebaik saja memasuki fasa kerja.Para pekerja diajar bagaimana berpolitik, bergosip,bermuka muka, bermulut manis, berlidah cabang cabang dan juga cara-cara jilat buntut bos.Sekurang kurangnya mahir politik pejabat.Andai mahu naik gaji.Kalau mahu naik pangkat.

Saudari,
Perkara ini jika hendak dihuraikan maka akan mengambil masa beratus-ratus tahun hatta hingga ke hari kiamat sekali pun tidak akan habis dibincangkan.

KPI ibarat satu lagi undang-undang yang dicipta tetapi pelaksanaan dan penguatkuasaan sangat lemah.Tapi mungkin tak selemah pasukan takraw Malaysia.Ibarat melepas kentut disaat ribut melanda.Belum dapat cium bau sudah hilang entah kemana.

Saudari,
Tidak perlu faham apa itu KPI.
Tak perlu dicari gali makna-maknanya.
Cukuplah sekadar saudari tahu apa skop kerja saudari.
Juga tahu buat kerja.
Yang lain jangan difikirkan sangat.
Memetik kata-kata dari Filem Ahmad Albab

" KEKAYAAN DAN KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA TERLETAK PADA TANGAN TUHAN BUKAN TANGAN ABAH "
nota: terletak pada tangan Tuhan tidak bermakna anda perlu cari tuhan yang ada banyak tangan


Sekian.

9 comments:

Anonymous said...

sy rasa x perlu nk bertekak pasal KPI nie...duniawi semata2....janji apa yg kita lakukan dlm kerje kita dlm mencari rezeki yg halal utk kita & family kita adalah nawaitu kita bekerja.
pada sy KPI adalah :-
Kerja Perlu Ikhlas
Kerja Perlu Iman
Kerja Perlu Istikhamah
Kerje Perlu Integriti
................

Insyaallah, Allah akan memberi ganjaran setimpal dgn usaha kita...wallahualam....

ikhlas,
LANTERA MERAH

bukan kerajaan said...

Salam saudara
Saya tertarik dengan isu yang dikupas dan ingin berkongsi pendapat saya.

Saya tidak fikir skop kerja dapat dijadikan medium untuk menilai prestasi.Harus sedar, ada golongan yang kerja mengikut skop tapi tetap tidak mempunyai prestasi yang baik kerana masalah masa dan kemahiran dimana isu ini tidak terkandung dalam skop kerja.Prestasi juga bergantung kepada kepantasan dan ketepatan menyelesaikan kerja.Bukan pada scope kerja semata2.
Adakah saudara dikira mempunyai prestasi yang baik jika telah mengikut skop kerja yang ditetapkan walaupun buat kerja lembab macam kura2?(anggaplah saudara memang fokus pada kerja waktu itu)

apa yang saya cuba jelaskan disini,skop kerja sahaja tidak memadai.Skop kerja untuk satu projek memang ada masa yang telah di allocate dan boleh dinilai prestasi secara terus,bagaimana kalau yang bekerja sebagai setiusaha?kerani?apabila elemen2 lain diambilkira, kita sebenarnya masih bercakap perkara yang sama iaitu KPI.
Kesimpulannya,KPI ialah cara yang terbaik waktu ini (walau ada kelemahan daripada tiada sistem langsung)yang boleh kerajaan gunapakai sekarang.
Sekian.

sukun said...

ano,
ni bukan bertekak tapi perbincangan ilmiah.bukan rugi pun.

bukan kerajaan,
skop kerja pun kau tak faham,apatah lagi KPI.
belajar lagi ye adik lantera merah.
kalau tak faham tanya abang serba tahu ni.

Anonymous said...

ini ke yg dinamakan perbincangan ilmiah??kalau dibaca dan diteliti balik penuh dgn cacian dan makian..adakah ini yg dimaksudkan perbincangan ilmiah oleh abang serba tak berapa nak tahu??? sebenarnya...abang nie buat2 tahu je lebih...diri sendiri pun masih tunggang langgang dgn maksud KPI sebenarnya (ini dpt dibuktikan melalui tulisan beliau,pembaca boleh menilai sendiri)......

ikhlas mengomel,
LM

sukun said...

lm,
perbincangan ilmiah guna akal bukan emosi.
renung-renung kan dan selamat ber amal

Anonymous said...

saudara,
Nampaknya saudara sendiri bermasalah dgn skop kerja.balik,fahami dulu skop kerja.baru keluarkan pendapat.sekian

bukan kerajaan

Yaya said...

KPI ni aku yg buat daaa...my opis, my department, my boss, n aku pekeja yang menurut perintah..huhu...

JUE said...

LM,

Saya sokong sedara

Anonymous said...

tks jue...

lantera merah (LM)