Pages

Tuesday, August 25, 2009

Permatang Pasir

Tamat sudah pilihanraya Permatang Pasir.
Tahniah pada yang menang.Pada yang kalah,jangan berputus asa.
Usaha selagi ada daya dan usia.
Jangan lupa kata-kata dari sekolah.Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya.
Gagal berpuluh kali pun sama makna.



Sebelum pilihanraya timbul isu serang peribadi calon.
Apa masalah?
Inilah cara untuk rakyat mengenali calon dan bakal pemimpin mereka.
Dari mana lagi boleh dapat berita.
Dari berita-berita tv dan surat khabar yang dikawal?
Atau dari sumber internet yang tak terkawal?

Biarkan mereka membuka dan melapah keperibadian lawan mereka.
Bukan untuk mereka.
Untuk rakyat jua.
Supaya tidak menderita.

Mengapa perlu dipertikai?
Siapa pula mencipta "rakyat sudah pandai menilai"?



Andai benar mereka bersih.
Sudah pasti mereka dipilih.
Yang lain biarkan tersisih.

Daripada membuang masa mengoyak dan membogelkan latar belakang artis-artis yang sememangnya separa bogel,lebih baik meneliti bakal-bakal pemimpin sebelum mereka memasuki zon selamat.
Selamat dari siasatan.
Selamat dengan kedudukan.



Barangkali kita sensitif dengan perkataan serang.
Maklumlah kita di SATU negara yang aman.
Mungkin boleh diberi nama baru.
Daripada serangan peribadi,namakan saja selidik peribadi.

Wednesday, August 19, 2009

Dari Angkasapuri..Berita Wilayah

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Kuala Lumpur,
Beberapa orang bangang telah menghentikan siaran lansung kejuaraan badminton dunia hanya semata-mata memberikan laluan kepada berita wilayah pada pukul 6.Walhal pukul 8 nanti ada berita lagi.
Tindakan-tindakan bangang ini selalu berlaku tidak kira apa jua siaran lansung yang sedang berjalan.Selepas berpuluh tahun mereka masih bangang dan tidak dapat membezakan yang mana lebih penting.
Selepas pertukaran menteri pun mereka masih dapat kekalkan malah meningkatkan kualiti bangang mereka.
Tahniah diucapkan.

Kuantan,
Seorang peminat sukan yang kacak memaki dan mengutuk stesen tv yang menghentikan siaran lansung kejuaraan badminton dunia untuk di isikan berita yang tahap sampah.Beliau yang ditemui enggan dikenali dipetik telah berkata
" RTM ni memang bongok tahap tenuk.Dah berpuluh tahun dah beroperasi tapi masih bongok juga.Kalau berita penting sangat tu takpe le juga.Tapi nak tunjuk kadar jualan kuih kat Sabah je tak boleh ke tunggu berita malam.Tak pikir ke orang yang takde Astro.Baik layan single wanita main badminton sibuk je nak masuk berita jualan kuih.Memang bongok diorang ni. Dah banyak kali buat macam ni.Ingat best sangat ke?Bongokkkk!!!Satu lagi.Apa jadah salam satu Malaysia tu?Baik cakap Assalamualaikum dan salam sejahtera je.Salam satu Malaysia?Menambahkan kebongokkan mereka"

kata saksi yang ditemui dengan penuh amarah.

Pulau Pinang,
Seorang calon dari sebuah parti telah menarik diri dari bertanding pada pilihanraya kecil Permatang Pasir.Alasan beliau adalah kerana menghormati bulan puasa kerana bagi mengelakkan berlaku caci maki ketika atau sebelum pilihanraya.Kami telah mendapatkan komen dari seorang pemerhati politik bebas yang enggan dikenali ramai.Kata beliau " Secara jujurnya penarikan beliau adalah satu rahmat kepada pengundi.Pengundi memang tidak perlukan seorang pemimpin yang tidak boleh mengawal diri.Perlukah caci maki bila dimaki oleh orang lain.Bukankah sekuat-kuat manusia adalah manusia yang sabar.Alasan beliau untuk menarik diri umpama lawak sarkis.Kalau tak boleh kawal diri beliau bukan saja tak layak jadi pemimpin malah beliau tak layak jadi ahli parti politik tersebut.Baik jadi kambing saja.Pergi makan rumput kat padang sana.Nanti boleh jadi kambing aqiqah.Dapat juga pahala.Ada pula calon yang lewat hantar borang.Sama je dengan kambing tadi.Pergi makan rumput ye."

Sekian berita.Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

Diari seorang Perantau

Masuk hari ke 10 di Balok,Kuantan, Pahang.
Tiada apa lagi yang menarik sekitar kawasan Balok ini.
Semua kedai makan sudah diharungi, tiada beza antara satu sama lain.
Yang beza hanya kadar masin dan pedas.
Tapi berat badan menokak.Pipi menebal.Adakah menuju kearah ketembaman?

Kerja juga hampir habis kesemuanya.
Musim sakit mula tiba.
Tentera ber skru driver kecundang seorang demi seorang.
Ganti berganti mengambil giliran untuk demam.
Sangat merunsingkan.
Ada yang sudah masuk hari ke 3 tapi belum sembuh lagi.
Batuk dan selsema bukan lagi perkara aneh.
Mampukah bertahan?

Kadang-kadang kerja luar sangat menguji.
Lautan berbeza dari daratan.
Angin yang nyaman juga membawa haba dari laut.
Kepanasan datang dari pelbagai sudut.Atas, bawah, kiri, kanan dan kadang-kadang datang tak berarah.
Saat ini,ketahan fizikal dan antibodi saja tidak cukup.
Sifat-sifat extra diperlukan.
Keegoan sangat penting.
Ketahanan mental sangat dituntut.Andai dapat ku mampu bahagikan kekuatan mental pada tentera ber skru driver,nescaya sudah aku bahagikan.
Agar mereka dapat bertahan.
Agar mereka kuat.
Sekuat aku.

Cukuplah Kuatan.
Jiwaku tidak disini lagi.
Yang ada hanya jasad.Yang berkeliaran.Yang mengembang dari hari kehari.
Jiwa ku sudah kesana.
Ketempat baru.
Lebih indah.
Lebih nyaman.
Lebih gadis-gadis manis.
Harapannya.
Oh Terengganu.Tunggu aku.
Aku perlu sit up dahulu.

Thursday, August 13, 2009

Pantai Balok,Pahang

Hidup ikut putaran roda.Kemana saja roda putar kesitulah aku.
Roda dah putar sampai Kuantan.
Baru masuk hari ke 5 aku di Kuantan sudah 2 kali cirit birit,sekali loya.
Ada beberapa hari lagi kat sini.Boleh mampos aku.

Kerja luar kadang-kadang menarik.
Tapi aku selalu tertinggal berita dunia dikala kerja luar.
Last sekali aku outstation aku tak sedar/tahu Michael Jackson dah tak ada.
Kali ni aku tekad tak nak hilang berita-berita sensasi.
Ikut rapat.

~Mangsa selsema babi dah 51 orang setakat hari ni.
Pelik tapi benar.Babi yang selsema lagi bahaya dari babi yang gila.

~Semalam dikejutkan dengan kehilangan Ust. Asri dari Rabbani.
Al-Fatihah.

~Akubetul kena plagiat.
Blog kawan kena cilok.Sensasi ke?Jue mesti tengah marah ni.
Aku belum lagi melawat anak beliau.Dan juga anak si Malaymind.
Sorry bros,gua sibuk semacam.


~Liverpool tunjukkan player baru,Alberto Aqulilani secara rasmi ganti Xabi Alonso.
Cayalah.

~Man United kalah Charity Shield.Aku menang 2 kotak rokok.
Tahniah aku.

Kesibukan sampai aku tak sempat update blog.
Tak sempat reply komen-komen.
Aku hairan.
Setiap bait bait tulisan aku dibaca dengan serius oleh sesetengah pembaca.
Aku terharu.
Lebih terharu dari lagu Mawi.
Dikomen dengan lantang.
Lebih lantang dari suara Ning Baizura.
Aku keliru.
Lebih keliru dari Ajai.Lebih dari Nurul.
Dari mana datang manusia seserius itu?
Atau benarkah perempuan datang dari Venus dan Lelaki dari Mars?
Entahlah..
Tepuk dada tanya Jue.

Thursday, August 6, 2009

jawab email pembaca

Aku dapat email dari pembaca yang bertanya soalan.Aku lambat jawab sebab email pembaca tersebut sangkut dalam kategori email spam.

Soalan:

salam....

terlebih dulu sy seperti name tertera nak mintak maaf sbb terbaca blog awk. mcm ni bleh tlg sket x?
act sy kurang paham mengenai KPI. bile sy search je kuar blog awk. sy tgk awk ni cam phm je Indeks Prestasi Utama 2.
bleh trangkan detail x mengenai KPI? klu x keberatan, reply la email sy..
sekian, tq
jasamu dikenang.
.

Jawapan:

Alaikumusalam.
Tahniah pada yang bertanya.Jangan minta maaf kerana membaca.Jangan malu bertanya kalau tak tahu.Jangan jadi bodoh sombong macam sesetengah pembaca lain.Anda juga memilih orang yang tepat untuk ditanya.Tahniah sekali lagi.

Jawapan ringkas adalah seperti berikut, yang diberikan oleh pembaca yang belagak pandai.

Petunjuk-petunjuk Prestasi Utama (KPI)

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ialah salah satu kaedah bagi mengukur prestasi perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan



TUJUAN

Untuk mengukur prestasi penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan kepada pelanggan khususnya kepada orang ramai



MAKLUMAT LANJUT

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Aras 6, Blok B2
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

Nombor telefon: 03 – 8888 1199
Nombor Fax: 03-8888 3721



Jawapanku:

Saudari pembaca.Adapun KPI hanyalah satu cara untuk menilai prestasi kerja para pekerja didalam satu organisasi.KPI sudah tercipta beberapa ratus tahun yang lampau.Entah kenapa dikecoh dan dihebohkan sangat bila jabatan kerajaan ingin menggunakan sistem tersebut?Walhal sejak dari dulu lagi memang sudah digunakan sistem ini tapi mungkin dengan nama yang berbeza.

Saudari,
KPI hanyalah sekadar gimik.Andai benar prestasi kerja ingin dinilai maka sesebuah organisasi itu tidak perlu menjalankan sistem KPI.Bukankah sudah ada skop kerja ketika mula masuk kerja?
Dengan kata lain,prestasi kerja seseorang dapat dinilai jika dia memenuhi skop kerja beliau.
Tetapi apa yang berlaku adalah sangat berbeza.Skop kerja berubah sebaik saja memasuki fasa kerja.Para pekerja diajar bagaimana berpolitik, bergosip,bermuka muka, bermulut manis, berlidah cabang cabang dan juga cara-cara jilat buntut bos.Sekurang kurangnya mahir politik pejabat.Andai mahu naik gaji.Kalau mahu naik pangkat.

Saudari,
Perkara ini jika hendak dihuraikan maka akan mengambil masa beratus-ratus tahun hatta hingga ke hari kiamat sekali pun tidak akan habis dibincangkan.

KPI ibarat satu lagi undang-undang yang dicipta tetapi pelaksanaan dan penguatkuasaan sangat lemah.Tapi mungkin tak selemah pasukan takraw Malaysia.Ibarat melepas kentut disaat ribut melanda.Belum dapat cium bau sudah hilang entah kemana.

Saudari,
Tidak perlu faham apa itu KPI.
Tak perlu dicari gali makna-maknanya.
Cukuplah sekadar saudari tahu apa skop kerja saudari.
Juga tahu buat kerja.
Yang lain jangan difikirkan sangat.
Memetik kata-kata dari Filem Ahmad Albab

" KEKAYAAN DAN KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA TERLETAK PADA TANGAN TUHAN BUKAN TANGAN ABAH "
nota: terletak pada tangan Tuhan tidak bermakna anda perlu cari tuhan yang ada banyak tangan


Sekian.