Pages

Tuesday, April 21, 2009

Akademi Fantasia....semua bagus

Sesungguhnya aku tak pernah tengok konsert AF dengan serius.
Tidak secara lansung mahupun tayangan semula yang berulang ulang ulang ulang ulang ulang.......... .

Betul.Tak tipu.
Kalau Saiful si raja sumpah ajak bersumpah pun aku sanggup.

Tapi semalam,ketika menunggu game Liverpool vs Arsenal.Aku melayan ulang tayang konsert AF dek kerana pengkritik adalah penyanyi asal lagu yang akan dinyanyikan peserta.
Oh Siti!Kau masih cantik seperti dulu.
Oh Amy! kau..kau botak.

Oleh kerana aku bukan peminat rancangan tak berilmiah macam ni dan bukan juga kaum-kaum laki yang melayan bini tengok AF maka aku layan sipi-sipi je la.

Sekonyong-konyong keluar satu peserta lelaki yang aku tak ingat apa namanya.Dengan rambut seperti bulu ketiak Tom Hanks dalam filem Cast Away dan berwajah lanun beliau mengalunkan lagu.
Aku Cinta Padamu Siti Nurhaliza.

Lalu berdekah-dekah ketawa ku serta bercucuran air mata.Bergolek-golek dari ruang tamu sampai ke dapur.Dari dapur golek ke ruang tamu.Tak daya aku menahan kegelian perut.Nasib baik pintu tutup.Kalau tak mesti dah bergolek sampai rumah jiran kat depan.

Setelah dapat menenang diri aku pun tunggu apa komen pengkritik.Ternyata aku silap.Penyanyi asal puas hati dengan usaha si rambut bulu ketiak.
Aku hairan.
Macam badut je.
Usaha apa?

Lalu aku tertanya.Bangang macam ni pun boleh masuk jadi peserta?

Pesanan aku pada abang berambut bulu ketiak.
Kalau anda gagal,sila cuba Raja Lawak tahun depan.
Dan,jika anda menang,pesanan aku pada penonton AF..

CUKUP LAH JADI PENONTON YANG BODOH,JANGAN JADI PENGUNDI YANG BANGANG!!

1 comment:

semut sesat said...

hoh!!sukun!jgn ckp sebarang ckp..kutuk sebarang kutuk..kot2 xgerak2 dr tb tgk AF.