Pages

Thursday, April 23, 2009

Maxis

Maxis pandai.Bijak.
Taktik pemasaran yang sangat licik dan berkesan.
Beberapa bulan lepas aku dapat message dari Maxis.

‘caller ringtone percuma selama sebulan’

Dan sebagai manusia yang bersyukur,aku pun terima pelawaan Maxis.
Tak rugi apa-apa.
Guna sebulan.
Habis tempoh percuma.Tamatkan.
Tiada kontrak.Tiada caj.
Mudah kan?

Tapi Maxis sangat pandai berniaga.
Percuma sebulan hanya investment.
Penarik.Ibu duit.Apa saja perkataan sama makna.
Bukan le mahal.
RM2 sebulan saja untuk menghiburkan orang yang telefon.Apa salahnya.
Jangan nak berkira sangat.

Lepas tamat tempoh sebulan.
Maxis hantar message lagi.

‘your caller ringtone(s)(ada juga yang guna banyak—penghibur sungguh) will be renew on blab la bla @ RM2/song.To cancel,dial *100# blab la bla’

Siap ada promotion baru lagi tu.

Dial *100#
Select 4 – Music
Select 2 – Delete CRT
Select 1 – Our children, Our Future
You are about to delete Our children, Our Future from your playlist
Select 1 – Proceed
“Sorry,ada gangguan-cuba lagi sebentar lagi”
“Sorry,ada gangguan-cuba lagi sebentar lagi”
“Sorry,ada gangguan-cuba lagi sebentar lagi”
“Sorry,ada gangguan-cuba lagi sebentar lagi”
“Sorry,ada gangguan-cuba lagi sebentar lagi”

Akhirnya selepas beberapa bulan.

“Caller ringtone anda berjaya dipotong.Terima kasih sedekah beberapa ringgit kepada kami.”

Apa lah sangat RM2/song.
Apalah sangat kalau 8 bulan.
Apalah sangat kalau 400 orang.

No comments: