Pages

Wednesday, April 22, 2009

Hijrah

Hijrah itu pindah.
Dan pindah itu tidak mudah.
Hampir sebulan aku cuba pindah.

Modus operandi.

1.Tapau barang-barang
2.Angkut ke rumah baru.
3.Susun barang ditempat baru.

Sangat mudah.
Nampak mudah.

Tapi setakat ni aku baru berjaya 20%.
Dari segi peperiksaan.Aku gagal.
Mungkin lulus kalau dapat markah kasihan.

Jangan ditanya kenapa.
Aku sendiri tak boleh jawab.
Kenapa tak boleh pindah ke tempat lebih selesa.
Penempatan percuma.
Internet percuma.Terima kasih Peter.
Walaupun tak tahu kau dimana.
Tanpa pernah bersua.
Dan sampai satu bar saja.
Aku tetap guna.
Pengguna setia.
Pada mereka dengan username eddie dan illiyyin sekitar jalan serambi bukit jelutong.
Buka lah.Kongsilah.Anda tidak akan rugi.

Mungkin aku belum biasa hidup aman.
Senyap sunyi.
Tanpa lagu-lagu tamil dimalam hari.
Tanpa suara jiran bergaduh suami isteri.Yang lansung tak aku fahami.
Tiada lagi langkah tapak kaki naik dan turun tangga.
Dan dengan siapa nak ku berebut tempat letak kereta ?

Mungkin aku perlu sedikit masa lagi.

1 comment:

Anonymous said...

mcm pelarian ae.....he..he...cian nye la dia...