Pages

Tuesday, April 21, 2009

Negaraku Malaysia

Saya bangga jadi rakyat Malaysia.
Malaysia adalah negara maju.
Ya!Negara maju.

Bukan negara dunia ke 3.
Bukan negara membangun.
Tapi negara maju.
Oh!bangganya saya.

Bukan senang nak jadi negara maju.
Banyak ciri-ciri yang kita kena ada.
Baru boleh setanding.
Rasa megah.
Bangga.
Bongkak.

Kita sudah ada kadar jenayah yang tinggi.
Penting ni.
Ciri-ciri utama negara maju.
Kes ragut dah macam kambing ragut rumput.Mana-mana pun ada.
Kita ada kes penderaan.
Rompak.Tembak menembak.
Bunuh membunuh.Dan yang paling membanggakan tentulah bunuh tanpa sebab.
Kriteria negara maju yang utama ni.Guna bom lagi tu.
Bangganya.

Sayangnya mereka ditangkap dan akan dihukum gantung.
Harap-harap mereka akan dapat pengampunan.
Hargailah jasa mereka mengangkat nama Malaysia ke mercu dunia.

Kita juga ada ahli politik yang berskandal.
Banyak markah ni.
Kenapa nak jadi isu?
Kita patut bangga. Ahli politik kita bertaraf antarabangsa.
Sebelum artis-artis saja ada skandal.Apa le sangat?
Nyanyi tak seberapa,belakon macam kayu,kangkang saja lebih.

Kita juga ada pertukaran pucuk pemimpin dalam masa yang singkat.
Ni pun ciri-ciri penting.
2 penggal cukup le.Kenapa nak berpuluh tahun?
Lembab.Otak dah kuno.Berkarat.
Lagi singkat lagi maju.
Harapnya yang baru ni separuh penggal jadi le.
Baru le maju.
Boleh le bangga.

Apa pun,pencapaian negara kita setakat ni dah boleh dibanggakan.
Tak malu nak ngaku rakyat Malaysia.
Dah boleh jerit kuat-kuat.

Malaysia!! BOLEH!!
Malaysia!! BOLEH!!
Malaysia!! BOLEH!!

1 comment:

MiZz Lee Jun-KI said...

Malaysia masih aman..
dan semakin bahaya utk didiami.
dulu.. nak kua mlm naik basikal sorg pun xpe(walaupun takut antu ha ha)
tapi sekarang... antu x kua..
org yag kua.. thats more dangerous huhu..